Throwback Makan Anak Gajah Aiskrim Ko
Throwback Makan Anak Gajah Aiskrim || Hai, harini kat Taman Bukit Dahlia ni hujan..Cuaca sejuk gini mengingatkan aku pada 'Anak Gajah Aiskrim' yang aku makan beberapa bulan lepas dalam majlis kahwin anak member sekerja..
Menu sedap sedap.. Antara dessert yang menarik ialah aiskrim! Nampak je terus aim nak makan lepas makan nasi nanti.. Hehe..
Aiskrim dalam bentuk cone... tapi gambar aiskrim aku bergegar.. Nak snap banyak kali, dah tercair weh.. Depan orang ramai lak, tak jadi ler take bebanyak gambo lagi😅 Pelbagai perisa dan topping boleh pilih..Rasanya macam aiskrim biasa ler yang berperisa tu.. Aku suka sebab namanya comel 🤭 So aku share la sini.. In case ada orang JB atau sekitar yang nak buat majlis perkahwinan, hari lahir atau lain lain, boleh try tanya mereka.. Haritu majlis kahwin berada di area Sierra Perdana, Taman Rinting sini ❤️
Booth Anak Gajah Aiskrim camni 😍
Social Media Anak Gajah Aiskrim
Next, sebelah booth ni, ada jugak box yang berisi aiskrim batang pelbagai perisa.. Eh zaman dulu memang favourite betul.. Kalau beli yang asam tu sebab nak nampak bibir macam pakai lipstick 🤭
Now dah bertambah tambah perisa yang lebih menarik..Ikut peredaran zaman gitu.. Fuhhhh! Dicampur campur gitu.... Jadik lagi padu oi.. Ada Oreo campur vanilla, coklat campur bandung dan banyakk lagi lah.... Puas hati betol... Lama jugak tak buat sendiri 🙂
Banyak perisa sedap belaka
Now, teringin lagi lah pulak bila buat Throwback Makan Anak Gajah Aiskrim nih 🥺
Notakaki: Mood bulan ni nak cut air manis.. Tengok kat karnival pun tak beli langsung 😂
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2022/09/throwback-makan-anak-gajah-aiskrim-ko.html