Throwback Kenangan Pergi Pesta Buku Big Bad Wolf 2020
Assalamualaikum. Hai
Hari ni nak update entri basi yang dah setahun berlalu. Sabar je dengan pompuan sorang ni. Tak pernah berubah dari dulu. Suka bebenor tulis entri peristiwa yang dah berkurun lama berlalu. Nak buat camna. Dah jadi tebiat. Lagi satu sebenarnya, sekarang dalam proses nak clear album dalam phone ni. So, kita tulis je la semua kenangan gambar-gambar tersebut dalam blog. Hihi.
Entri kali ni nak tepek kenangan pergi Pesta Buku Big Bad Wolf 2020 kat Kuantan. Tahun ni dah tak merasa lagi dah la nak pergi pesta buku. Musim covid masih mengganas ni kan tak boleh ada event yang melibatkan crowd. Bahaya. Kang timbul pulak kluster baru tak memasal je. Event ni pun masa kami pergi, elok sebelum diumumkan covid dah serang Malaysia. Setahun dah berlalu. Itu yang tak ter'update' kisah ni awal-awal. 😅
Anak-anak dengan hasil tuaian dorang kat Pesta Buku Big Bad Wolf 2020.
Ni yang terlintas nak update sebab terkeluar memories kat FB. Jadi, kita ambik la peluang update blog dengan kenangan lama ni. Entah la bila nak dapat peluang bawak anak-anak pergi memborong buku banyak-banyak murah camtu lagi. Selagi virus covid tu duk ada, mimpi je la kita nak seronok-seronok keluar tanpa bimbang keselamatan anak-anak dan diri sendiri. Benci awak covid!
Jadi, inilah kisah throwback masa pergi event Big Bad Wolf Book Sale 2020. Kalau tahun 2019 event ni buat kat Mydin Gong Badak Terengganu, tahun 2020 turn Pahang pulak event ni diadakan. Buat kat UMP Kampus Gambang Kuantan. Kalau korang nak baca pengalaman kami sekeluarga pergi event BBW ni kat Ganu, boleh terjah entri yang CikSha letak link kat bawah ok.
BACA JUGA : Pengalaman Pertama Ke Pesta Buku Big Bad Wolf 2019
Kat sini la event BBW 2020 tu berlangsung. Strategik. Budak-budak U kan suka buku. Gituhhh.
Tenkiu adik student UMP yang sudi ambilkan gambar kami sekeluarga.
Kami pergi Pesta buku Big Bad Wolf 2020 ni masa hari pertama event berlangsung. Saja pergi hari mula-mula konon masa tu buku fresh-fresh lagi belum kena sentuh banyak tangan. Hihi. Lambakan buku punya la banyak, buat juling bijik mata menengoknya sampai tak tahu nak rembat yang mana.
Yang CikSha ingat, memang best sangat event kali tu yang buat kat UMP Kampus Gambang! Tempat strategik. Yang penting luas dan ada aircond. Selesa nak pilih buku. Siap ada food truck lagi kat perkarangan depan dewan tu. Dekorasi kat luar tu walaupun simple tapi attractive. Memang sesuai sangat untuk bergambar kenangan
Spot me! Hahaha. Encik CH la tu snap gambar curik.
Luas dan selesa. Buku pun berlambak gilaaaa.
Serius bebenor muka pakwe iols tu membelek buku untuk anak-anak beliau. 😅
Overall CikSha dan famili memang puas hati pergi event Pesta Buku Big Bad Wolf 2020 tu. Seronok tengok anak-anak excited pilih buku walaupun last nye mak pak yang decide nak ambik buku mana. Hihi
Memang tak cukup sejam je spend masa nak belek buku puas-puas. Tapi sebab kami jauh dan dah rancang perjalanan, itu je la masa sejam yang dapat diluangkan masa tu. Kalau ikutkan rasa nak berkampung kat situ. Pilih buku sampai muntah! 😝
Nak balik dah masa ni. Si encem Iman berlari nak pergi shopping makanan pulak. Hahahaha.
Rindunyaaa nak join lagi event camni. Dapat gembirakan anak-anak. Dapat lepas gian shopping buku berlambak-lambak. Tapi itulah. Entah bila lagi la boleh buat kan. Selagi si covid tu duk ada lagi, memang tak boleh la event yang melibatkan orang ramai camni dibuat.
Harapnya dengan usaha kerajaan beri suntikan vaksin kepada rakyat untuk wujudkan herd community dapat membendung virus ni dari terus merebak dan sekaligus terus lenyap takda lagi dah. Atas rakyat pulak la nak bagi kerjasama ke tak untuk ambil suntikan vaksin. CikSha ni mahu lagi 3 tahun baru boleh ambik vaksin tu. Tengah memboyot lepas tu nanti fasa menyusu pulak. Kena berkurung dalam rumah je la gamaknya. 😌
Bisik-bisik :: Rindu kehidupan yang tenang sebelum covid menyerang dulu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shahadafauzi.com/2021/03/throwback-kenangan-pergi-pesta-buku-big-bad-wolf-2020.html