This Is Kepalabana
Bila Menteri pergi Turki, balik tanpa Kuarantin diri... depa bagi alasan negara Turki itu Negara dan kawasan Hijau.. Dah lah buat salah, berbohong pulak.. apa yang kawasan hijaunya.. Kalau New Zealand tu munasabah lah kata negara hijau sebab pernah sifar kes berbulan lamanya...walaupun ada peningkatan kes..
Kalau dia pergi atas urusan rasmi Negara boleh tahan lagi.. Dalam laporan kata dia pergi atas urusan Peribadi dan perniagaan dengan bini dia.. Lagi teruk dari pemimpin UMNO.. tak sensitif langsung.. Itu kalau tak kerana wabak..satu Dunia depa melancong.. sama mcm Exco dan MB Kelantan dulu lah melancong time Banjir besar.. dalam keadaaan negeri berhutang nak bayar gaji kakitangan awam...
Turki kawasan hijau? Kes harian di Turki lebih 1 ribu kes sehari.. dan kematian harian masih puluhan orang...manakala jumlah kes 250 ribu kes... Dah lah tak kuarantin..relax jer pergi ke Parlimen.. mana pergi gelang pink untuk menteri.. Nampak tak teruknya salah guna kuasa dan dua set Undang Zaman kerajaan tebuk atap ni...
Lagi teruk pentaksub depa kata, Dia disahkan Negatif.. Untuk pengetahuan, Mamak Sivagangga.. Makcik tudung pink pun diuji Negatif masa sampai Malaysia... tapi semua orang kena kuarantin 14 hari..
Dah lah si takiri tu kononnnya duduk dalam kepimpinan Dewan Ulama PAS..tapi takda ciri dan gambaran Ulama Langsung.. inilah wajah buruk orang Agama.. Depa sembang bab Agama..hadis Nabi dilarang keluar dan masuk tempat wabak..Tapi depa sendiri langgar apa yang depa kata...
sebagaimana Hadis Nabi Saw akan kebimbangan yang kita lihat di depan mata kita hari ini.. Kata Nabi..
" يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ "
“Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.”
Tu sebab Nabi SAW dah habaq dah..Akhir zaman depa lebih bimbangkan orang agama yg jahat dari kalangan kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah berbanding Ahli Maksiat.. kelompok ini lah yang merosakkan nama baik agama dan Islam...:)
Ipohmali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/08/this-is-kepalabana.html