These Pizzas Are The Best They Say Lets Look At Them
Best Pizza | Siapa peminat pizza? Meh angkat tangan ! CN ni nama je melayu tapi tekak Italy tu kuat sangat tau. Teringat masa mengandungkan anak sulung si Irfan dulu, kalau boleh hari-hari nak makan pizza tau. Suka sangat pizza lagi-lagi bila tarik cheese tu, rasa bahagia je mak buyung. Sebab tu bila keluar je budak tu, kemain bambam! Hehehehe.
CN percaya, bukan sahaja CN, malah ramai lagi diluar sana memang sukakan pizza kan? Sampaikan bila ke pasar malam pun dah ada orang jual pizza. Topping pizza pun pelbagai sekarang ini, dari yang original pizza sampai ke topping ala Malaysia seperti pizza sambal petai lah, pizza sambal tempoyak lah, pizza nasi lemak lah. Macam-macam dan kretif orang Malaysia ni kan? Malah ada juga pizza jenis manis seperti pizza coklat dan pizza peanut butter. Sedap pulak rasanya tuh. Best pizza mana pilihan anda? Original Italy atau autentik ala Malaysia?
Best Pizza pilihan anda?
Best pizza pilihan CN
Hokay, dekat Malaysia ni ada pelbagai restoren pizza. Dekat Lembah Klang ni sahaja, ada beratus-ratus restoren pizza. Paling famous dan super sedap antaranya adalah Pizza Hut, Dominos, Papa John's dan US Pizza. Empat restoren ni adalah antara restoren yang menawarkan pelbagai pilihan pizza yang sedap. Mana satu pilihan anda?
Bagi CN, tekak ni kena sangat dengan Pizza Hut. Mungkin rasa klasik Italy tu ada pada setiap pizza di sana. Mungkin.... Yela, masing-masing mempunyai pilihan sendiri bukan? CN memang suka sangat Hawaian Chicken di Pizza Hut. Bukan sahaja CN, malah suami dan anak-anak pun sukakannya. Senang kalau ke Pizza Hut je memang wajib pilih tu. Rasa ayam dengan nenas memang ngam. Makan pulak dengan cili sos, yela, tak pedas tak sah kan. Tekak melayu katakan. Bahagia hokay.
Deluxe cheese yang kaya dengan mozarella cheese. Baunya, fuh! Wangiiiiii
Selain hawaian chicken, CN suka sangat Deluxe Cheese. Rasa cheese dia, fuh! Bahagia betul makan panas-panas. Rasa seronok je tarik cheese tu tau. Bau Deluxe Cheese ni pun semerbak wangi lepas dibakar. Yela, mozarella dibakar memanglah mengancam kan.
Selain tu, boleh dikatakan signature di Pizza Hut adalah Super Supreme. Kenyang giler makan hokay! Penuh topping Super Supreme ni. Ada pepperoni, daging, chicken loaf, capsicum dan nenas jugak tau. Wajib ada mozarella cheese untuk rasa original pizza dan bahagia ditarik ketika panas-panas.
Sebenarnya seronok makan pizza ni sebab boleh tarik-tarik cheese tu kan? Betul tak
Super supreme di Pizza Hut. Menggoda tak?
Bestnya bila order pizza ni, boleh pilih crust tau. CN kalau tengah gedik nak makan cheese, memang suka pilih stuffed crust. Janji kena makan panas-panas, bahagianya rasa. Biasanya CN suka crust jenis hand stretched. Rasa original pizza di situ hokay. Macam orang tua sangat pulak kan, kemain nak original.
Syioknya makan pizza ni, tak perlu nak penat-penat bawak satu keluarga pergi Pizza Hut atau mana-mana restoren pizza pilihan korang. Guna je Pizza Delivery. Call, bayar dan sampai ke rumah the best pizza pilihan anda. Janji area rumah anda termasuk dalam kawasan jajahan pizza delivery ni tau. Memang senyum lebar bila abam pizza delivery sampai depan rumah! Lagi-lagi yang hantar tu abam FoodPanda kaler pink, i loike! Eh.
Mana satu best pizza pilihan anda?
So, anda malas nak masak hari ini? Order je pizza delivery dekat Pizza Hut, Papa John's, Domino's atau US Pizza. Senang sangat, Pizza Delivery by Food Panda kan ada. Call saja, dah sampai pizza depan rumah. Paling best, ada pelbagai promosi bila tempah secara online ni tau. Masukkan je promo code, harga lagi murah berbanding beli terus di kedai. Itu yang CN suka sangat bila beli secara online ni. Banyak jimat dan tunggu sahaja depan rumah. Jom makan pizza uolss !
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2019/12/these-pizzas-are-best-they-say-lets.html