The Trauma Code Heroes On Call Kdrama
05 September 2025 - Sabtu (13 Rabiulawal 1447H)
Dah lama sebenarnya entry ni tersimpan dalam draf — sejak bulan Januari lagi. Masuk bulan September barulah berjaya aku update
K-Drama perubatan yang pertama bagi tahun 2025. Satu drama yang menarik untuk ditonton, Aku suka drama yang macam ni - doktor brutal, tebuk kepala pesakit dalam helikopter dan ambulans. Doktor pula bukan doktor biasa tetapi bekas doktor tentera dari kawasan perang.
Pada 24 Januari 2025 satu siri K-Drama [genre: Perubatan, aksi, komedi, perubatan] The Trauma Code: Heroes on Call yang diarahkan oleh Lee Do Yoon telah disiarkan secara eksklusif di Netflix. Drama yang menpunyai lapan episod yang diadaptasi daripada novel web 'Jungjeungoesangsenteo: Goldeun Awo' (중증외상센터: 골든 아워) oleh Hansan Iga (한산이가)
This drama is a MASTER PIECE.Credit goes to the script writer, the Director for drawing the best from the actors and making this drama so thrilling.
Director: Lee Do Yoon
SINOPSIS;Baek Kang Hyuk (Ju Ji Hoon), seorang pakar bedah cemerlang dengan pengalaman luas dalam melakukan pembedahan di zon konflik yang paling berbahaya. Beliau diamanahkan untuk mengetuai Pasukan Trauma yang kekurangan dana yang dipinggirkan di Hankuk National University Hospital. Misi yang akan menguji kepakaran dan ketahanannya
Pasukan yang cuba dibentuk dianggotai oleh Yang Jae Won, bekas pakar bedah proktologi yang menjadi anak murid pertama Baek Gang Hyeok, jururawat Cheon Jang Mi dan residen anestesiologi, Park Gyeong Won. Di bawah kepimpinan beliau, pasukan tersebut berubah daripada sekadar unit simbolik kepada sebuah pasukan yang benar-benar aktif dalam menyelamatkan nyawa.
Watak Utama:Ju Ji Hoon as Baek Gang HyeokChoo Young Woo as Yang Jae WonHa Young as Cheon Jang MiYoon Gyung Ho as Han Yu RimJeong Jae Kwang as Park Gyeong Won
Watak Pembantu:Kim Eui Sung as Choi Jo Eun [Director of Korea University HospitalKim Won Hae as Hong Jae Hun [Director of Planning and Coordination]Jang Sung Yoon as Kim Seong Yun [Nurse]Kim Sun Young as Kang Myeong Hui [Minister of Health and Welfare]Hong Woo Jin as An Jung Heon [Rescue Team's Member]

- Trailer -
Episode pertamaBaek Gang Hyeok telah mengejutkan banyak pihak dengan tindakan beraninya hingga membuatkan pengurusan atasan tidak senang dengannya
Episod akhir Punca mengapa Baek Gang Hyeok memilih kerjaya untuk menjadi seorang doktor
Behind The SceneIni baru drama, kalau filem mesti lagi hebat teknologi yang digunakan
wawancara di [SINI]
Aku..
Hanya ada satu kesilapan dalam drama ini - kenapa hanya 8 episod? Patutnya 16 episode baru puas menontonnya tapi walau hanya 8 episod, aku ulang tengok banyak kali
Walaupun hanya sebuah drama, karya yang dihasilkan serta diterjemahkan untuk tontonan umum menjadikannya sangat menarik. Dengan penggunaan teknologi green screen di dalam studio, props dan latar yang dipersembahkan terasa begitu realistik — jauh lebih maju berbanding drama Melayu.
Satu lagi KDrama yang menggunakan teknologi green screen ialah drama JIRISAN, tahun 2021. Dari drama itulah aku mula mengenali pelakon Ju Ji-hoon, watak utama dalam drama The Trauma Code: Heroes on Call ini. Betullah agaknya kata orang, makin tua makin seksi dan tahun 2025 Ju Ji-hoon telah buktikannya sekali lagi dengan lakonannya yang sangat berkesan dan seksi
@RemajaPurba: - sumber gambar dan video dari en. Google -
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2025/09/trauma-code-heroes-on-call-kdrama-2025.html