The Third The 2nd Trimester
Assalamualaikum
Pembuka minggu ke 12, 8 Julai 2018. Pitam masa di majlis raya hospital. Nasib baik bila detect badan tak sedap cepat-cepat duduk, cepat-cepat jelah bagitau kawan-kawan. Dah tak mahu ke mana, nak berehat sahaja, tapi geng ofis heret jugak pergi majlis hari raya lawyer. Dapat makan kambing kat majlis raya tu terus feel good. Hahaha..
Pada minggu ke 12 itu jugak selepas magrib pertama kali merasa first kick baby (12 Julai 2018)
Aktifnya the third, macam bola yang tengah melantun
Minggu ke 13, merasa pitam itu makanan hari-hari walaupun dah makan, tetap ehh ko tetiba berpinar, gelap je mata
Minggu 14, masih terasa pitam sekali sekala. 24 Julai.Dah makan pun, perut rasa tak selesa sangat, mual teramat. Sakit perut rasa memulas sampai ke tulang belakang. Risau sangat kalau apa-apa jadi kat baby
Tapi takde pun tanda-tanda turun darah ke apa. Balik kerja rehat jelah
25 Julai, TCA di Klinik Desa, terus refer ke KK. Doc kata gastrik je. Fuhh lega. Dapat MC, balik dan berehat sahaja. HB masa check-up 10.5
Minggu 15, alhamdulillah makin better. Thaqif macam kena hfmd, info papanya. Papanya terus apply cuti, ibu pun dapat cuti kuarantin mula 31.7.18-2.8.18. Marilah berjimba kat rumah bersama keluarga. Untuk pertama kali juga la husband dapat rasa gerakan baby
Minggu 16, masih dok dalam rentak dengan HB yang rendah, pitam sekali sekala.
Memang tak boleh nak berdiri atau berjalan lama-lama. Mendukung Aisyah sekali sekala kala keluar pun memang tak boleh. Cepat nak rasa penat dan pitam. Rasa macam darah tu berhenti mengalir seketika.
Maka, dengan ini kandungan kali ni lebih berhati-hati la. Tak boleh dah nak buat keras kepala macam dulu-dulu, suka-suka jalan sampai ke bandar KB dengan berjalan kaki secara berseorangan.
Check-up Klinik Desa minggu tu, HB turun ke 10.1. Masa tu complaint dekat nurse tak boleh makan zincofer tu sebab lepas makan akan rasa loya, sendawa dok bau ubat je. Nurse tukar ke ubat tiga serangkai, ferus.
Hujung minggu tu juga, spend time ke family day office husband di Tasik Kenyir.
Walaupun kebanyakan masa sekadar dok diatas houseboat, hanya sesekali turun mandi air terjun/ melawat kawasan sekitar. Terasa jugak la mengejar anak-anak yang dok naik turun tangga atas houseboat tu.
.
Minggu 17-18, agak menjaga pemakanan la risau HB menurun lagi. Tak nak check-up kat KK. Penat menunggu nanti.
Alhamdulillah, jumpa HB booster dah.
Kiwi dan epal hijau.
Check-up minggu 18 sebelum raya haji tu, HB meningkat ke 10.8, walaupun belum melepasi paras selamat syukur la.
Minggu 19-20, sekali lagi terumbang ambing. Terasa penat dikebanyakan masa tapi alhamdulillah survive.
Check-up minggu 20, HB sekali lagi turun kepada 9.9.
Minggu ni juga scan baby lagi.
Alhamdulillah, baby tak malu-malu tunjuk gender. Aduhai anak ibu, tak sabar nak menatap wajahmu anak. Baik-baik sayang.
Hujung minggu itu juga backpacker berdua dengan husband ke Hatyai. Pelepas angin ibu yang mengidam nak makan Thai Street Food.
Papa bercuti panjang sempena cuti umum yang berselang.
.
Till then.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikjelita899.blogspot.com/2018/11/the-third-2nd-trimester-12-20-week.html