The Street Cafe Sunway Pyramid
Salam July semua!Ok hari ni nak share cafe K-POP yang halal kat selangor nie. Bukan senang ek nak dapat restoran or gerai gerai ke yang dok jual makanan Korea yang halal. Jadi bila jenjalan kat Sunway Pyramid (area ASIAN AVENUE) korang pasti akan terjumpa cafe ni yang berdepan dengan shihlin taiwanese chicken tu.
Menu carte simple dan straight forward x perlu nak fancy fancy, kena la dengan konsep dan food yang dierang dok serve, iaitu makanan jalanan orang korea, so ni antara food ruji orang korea tu dan kita dapat merasa tanpa rasa was was
Sebelum kita tengok food2 dari The Street Cafe ni, meh kita tengok dalaman dia dulu, hall deco memang poster K-pop la dan kalo korang nak feel lagi dierang pon dok pasang lagu2 k-pop kat sini so sambil makan korang leh feel nyanyi lagu sekali yea dak, tapi jgn kuat2 sangat lah sebab susunan meja dierang rapat2 takut orang sebelah tumbuk korang pulak
Kita start dengan food stall yang fames kat sana iaitu Toboki (ni base tepung beras bentuk panjang panjang). Kira kalau kat pasar malam kita wajib ada jual keropok lekor, dierang ada toboki nie. Yang ni aku order Toboki Street Style yang di rekemen dan paling popular kat kedai ni. Masa dierang serve memang masih menggelegak fresh dari atas api terus kat meja kita. Bagi mereka yang tahan pedas, ini sangat sesuai untuk korang sebab memang sangat pedas dan panas. So bila dah pedas dan panas, boleh mengalir air mata makan toboki ni, memang terbaik, dimasak dengan chili paste korea, ada fishcake jugak dalam set ni. Sangat sedap ok.
Then kita ke menu seterusnya iaitu Ramyun (Ramen) yang menjadi ruji dierang gak, macam kita dengan maggi kita, dierang ada Ramyun! Tapi bukan biasa biasa sebab taste dierang agak pedas tapi sangat sedap dan ada yang spicy mushroom dan Bulgogi (beef bbq) dan taste kedua dua jenis ni sangat sedap dan ada kerekter tersendiri. Tapi bagi aku yang bulgogi punye sedap sebab taste daging tu dah ada dalam sup dia.
Macam aku cakap tadi, kebanyakan fud dia adalah makan harian kat sana, ni lagi satu namanye JA JANG (Chicken Black Bean Noodle), set ni untuk mereka yang tak suka aksi berpeluh banyak sangat, set ni tak pedas tapi terasa lah black been tu punya gravy, dalam gravy dia ada letak ubi kentang dan disediakan dengan chili flake kalau korang nak pedas sikit sebab memang plain takde pedas langsung mee ni, tu pasal disediakan chili flake tu
Yang ni lunch box Korean BBQ Chicken yang pada aku worth it jugak la, ada ayam bbq, sausage, telor n salad, lengkap set ni dan sangat mengenyangkan maybe sebab nasi kan. Tapi sos korean bbq dia rasa cam blackpepper sauce dalam botol tu, tapi sedap la dengan ayam masak cukup2 tak overcooked and dry
Dan last sekali kita pekene aiskrim dari Korea. Memang sangat similar dengan Ice Pong kita (ice yang batang panjang leh potong 2 tu) tapi yang ni tak perlu nak susah susah pusing aiskrim tu sebab leh patahkan side atas tu dengan mudah, sangat upgrade packaging dia! Ada banyak flavor, tapi ni kami ambik watermelon dengan soda. Dua dua aiskrim ni terbaik dan sangat recommended!!
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM50
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot 197, Asian Avenue, F Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://foodt8ge.blogspot.com/2013/07/the-street-cafe-sunway-pyramid.html