The Story Of Life Witchcraft
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Well,....sudah banyak lama aku tak berjimba² kat blog oren Diari Seorang Lelaki aku ni. Kepada yang sudi datang terjah tanpa jemu blog aku ni terima kasih aku ucapkan buat kalian semua.
Kalau tengok pada entry last bertarikh 4 Mac memang bersawang dah blog aku ni. Untuk tahun 2015 ni memang teramat slow untuk aku berblog. Apa tidaknya, dah masuk pertengahan tahun baru 5 entri mampu aku publish. Bukan takde cerita ceriti ceritu yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Berlambak duk ada.....tapi kesihatan diri membatasi aku untuk berkarya. Bukan semangat aku untuk berblog sahaja pudar tetapi untuk berkarya dalam bidang photography yang aku minati pun dah membasi.
Masuk awal tahun ni aku jadi tidak punya semangat dan motivasi untuk melakukan sesuatu yang aku kira memberi aku kepuasan dan kebebasan. Bukan sahaja dekat blog ni aku mematungkan bicara. Dekat fb dan pages pun aku kaku tanpa bicara. Bukan itu sahaja, aku juga bagaikan berkonfratasi dengan aku punya kerjaya. Mood jadi ke laut hindi tempat MH370 dikatakan terhempas tanpa jejak.
Tetiba aku menjadi someone yang teramat luar dari kebiasaan.....bunyi macam pelik tetapi ia memang situasi yang benar. Banyak kemisterian yang membelenggu kehidupan aku muktahir ini. Hanya orang yang rapat dan terdekat dengan aku sahaja yang tahu apa yang terjadi pada aku. Apa yang aku alami....kesakitan apa yang membungkus diri ini. Kalau nak pikir dengan akal warass memang tak terjangkau akal ku dan akal mu.
Semuanya bermula pada penghujung tahun 2014 yang lalu. Merata riti ritu aku pergi berubat....dukun....bomoh.....ustak....semua aku terjah. Masa aku buat entri demi sebuah cinta yang lepas tu aku sebenarnya dalam kesukaran dan kesakitan. Tengah melawan 'sesuatu' yang dihantar mendiami batang tubuh aku. Nak tak nak....mahu tak mahu....aku terpaksa melawan sakit yang ada untuk kasi settle kerja yang duk ada masa tu. Walaupun dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat, aku gagahi jua diri untuk menampakan bahawa aku seorang yang segagah atomen tora malah lebih gagah lagi dari si hijau hulk.
Mesti koang tertanya² apa penyakit la yang duk melepak atas batang tubuh aku yang motel + sado ni kan? Aku nak merapu-meraban lama dah pasal ni.....tapi aku tak punya masa dan kekuatan untuk berbahasa. Ada yang bertanya why aku tak aktif berblog.....why aku tak aktif berphotography.....sesungguhnya ia bukan kehendak aku tetapi mood untuk berkarya itu seakan² 'koma' disebabkan kemisterian yang membelenggu batang tubuh aku.
Foto: Ehsan lebai GoggleSIHIR. Yup....sebenarnya aku telah di sihir. Siapa yang menyihir aku? Untuk apa tujuan dia menghantar sihir itu? Kenapa dan mengapa? Tiada la aku akan jawapannya....aku serah kan pada Allah SWT atas penganiayaan dan kezaliman yang telah 'someone' itu buat pada aku. Sudah la menganiaya sesama manusia pantas menyekutukan Allah SWT pula. Pakej 2 in 1 menjadi pilihan ke neraka....
Alhamdulillah.....sekarang ni aku dah semakin sihat. Tiada lagi sakit yang aku deritai seperti sebelum ini. Mood yang ke laut juga dah semakin menghampiri daratan. Mudah²an Allah pelihara.....lindungi dan bentengi aku dari orang² fasik dan zalim. Moga² Allah hancur luluh segala plan jahat orang² yang ingin berbuat jahat terhadap diri aku dan ahli keluarga aku. Mudah² juga orang yang menghantar sihir itu insafi atas perbuatannya dan kembali bertaubat sebenar² taubat. Harap lepas ni aku mampu sihat dan kuat walaupun tanpa minum Milo.
Sejak aku berulang alik berubat sakit yang ada ni.... sedikit sebanyak telah menambah keilmuan aku tentang hal² yang berkaitan dengan sihir dan alam jin. Bagi aku, sakit akibat di sihir ni hanyalah asbab semata.....Sebenarnya Allah SWT nak bagi aku sakit supaya aku ingat Dia....pantas aku berikhtiar lalu mempelajari ilmuNYA yang maha luas itu. Dia yang memberi penyakit, Dia juga yang menyembuhkan penyakit.
Tentu korang tak percaya di zaman internet dah 4G pun masih ada lagi orang mengamalkan ilmu sihir. InsyaAllah.....andai ada kekuatan.....kelapangan dan ketabahan, nanti aku sambung story lagi pasal sihir yang di hantar kepada aku untuk pengkongsian ilmu bersama. Nanti aku story tentang sakit yang aku hidapi dan juga entiti² asing yang berlegar disekitar kehidupan aku.
Aku harap korang bersedia untuk penyambungan kisah benar ini nanti.
Jazakallahu khairan khatira.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________❝Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.❞-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://amiraimanakashah.blogspot.com/2015/06/the-story-of-life-new-entry-im-back.html