The Regency Hotel Hatyai Jadi Pilihan
Sambung story cuti-cuti k.fiezz & family in law ke Hatyai bulan lepas. Kang asyik story pasal k.fiezz kena tukar ni, bosan pula korang. Macam sis je yang kena tukar. Orang lain tak. hehe. Tak boleh move on. So masuk lah topik cuti-cuti pula. Tak habis lagi story pasal cuti-cuti kitaorang tu. Kali ni pasal hotel yang jadi penginapan kitaorang pula. Hotel pilihan The Regency Hotel Hatyai. Macam biasa mr hubby booked thru Agoda kalau tak tak silap.
THE REGENCY HOTEL HATYAIBest tak kat hotel ni. Boleh lah. Hotel lama. Design & perabot dalam bilik pun macam jenis lama. Tapi boleh lah jadi tempat untuk berehat, mandi lepas penat keluar berjalan-jalan kat Hatyai ni.
Mr hubby booked 3 bilik untuk kitaorang 7 dewasa & 1 kanak-kanak. Masa nak check in, kitaorang dapat 3 bilik yang berlainan tingkat tapi deret pintu sama. Cuma kedudukan bilik lain-lain tingkat. K.fiezz & mr hubby kat tingkat 9 tak silap. Mak mertua, biras, adik ipar & anak buah kat tingkat 11. Adik ipar & wife kat tingkat 13..Tingkat ni k.fiezz lupa tau. haha. Faktor usia & memori sis si ikan dory ni. Haha. Tapi memang confirm kitaorang lain-lain tingkat. Masa check in mr hubby request bilik yang ada connecting door, sekali reception beritahu bilik lain-lain tingkat. Nak buat macamana, #pasrah je lah.
So apa-apa kitaorang nak berkomunikasi melalui telefon hotel. Eh kenapa bukan handphone atau senang cerita, whatsapp. Erm..Ni satu lagi kelemahan hotel. Line wifi dia kelaut dalam. Tak tahu lah kat handphone orang lain tapi sis punya langsung tak detect. Pihak hotel memang ada bagi password semua tapi memang tak boleh sambung langsung. Adeh. Nasib baik beli juga sim card, jadi sepanjang berapa hari kat Hatyai memang bergantung line sim card je.
Dari depan hotel. Ni k.fiezz snap sementara kitaorang yang perempuan nak keluar shopping. Mak mertua, mr hubby, anak buah & adik ipar lelaki tak larat, nak berehat kat hotel je. Sebelum keluar kitaorang pi beli sim card dulu. So tunggu adik ipar naik kejap hantar sim kad pada suami dia.
Ni pula kat lobi. Tunggu mr hubby pi register untuk check in..hehe..Lepas check in baru kitaorang yang perempuan ni keluar shopping..
Dari view bilik sis & mr hubby..Tingkat 9 kalau tak silap bilik kitaorang ni..
Bilik dia luas tapi lighting memang ala-ala mood honeymoon..hehe.
Lengkap semua..Almari pakaian, meja solek (tak ada dalam gambar) ada kat belah tepi katil..Siap ada hair dryer juga..
TV, mini fridge, complimentary (mineral, tea/coffee set, sugar), jug elektrik, cawan semua ada..
Selfie jap dalam bilik air..Toilet untuk membuang belakang k.fiezz tu.
Ada bath tub tapi k.fiezz & mr hubby tak rasmi pun..Tak larat plus mr hubby seram nak bangun kalau dah duduk dalam bath tub ni..Risau licin & tak ada tempat nak berpaut..
Ada sabun, shampoo, shower gel, cotton bud, shower cap & set menjahit..hehe.
Overall hotel ni okey je, dekat dengan Lee Garden Night Market yang famous dengan jualan makanan Halal kat situ. Ramai orang kita bila sampai ke Hatyai ni, mesti terjah Pasar Lee Garden Night Market ni. Adik ipar & biras-biras k.fiezz masa hari ke-2, lepas tour sehari suntuk kat Hatyai, diaorang turun ke Lee Garden Night Market tu. Mr hubby & k.fiezz lepak dalam bilik je. Dah tak larat terutama mr hubby. Kaki dia sakit..Lagi pun sebelum tu memang kitaorang dah siap-siap beli makanan untuk makan malam. So idak lah kitaorang turun ke Lee Garden Night Market ni.
Kalau korang yang cari tempat penginapan dekat dengan Lee Garden Night Market ni, k.fiezz suggest bermalam kat hotel ni. Memang dekat je. Jalan kaki nak ke situ. Kalau nak urut kaki/badan, turun je dari hotel on the way nak keluar ke jalan utama, bersepah kedai-kedai urut. Pilih je lah nak yang mana.
Total RM untuk 3 hari 2 mlm kat The Regency Hotel Hatyai ni untuk 3 bilik RM1,800..Yang ni mr hubby & mak mertua kongsi, kalau tak silap k.fiezz.
Berapa rate k.fiezz nak bagi menginap kat sini > 3.5 / 5...
Eh lupa pula masa check in kalau guna khidmat staff hantar beg kita sampai ke bilik, pastikan bagi lah tips tau sebab kalau buat-buat tak tau nanti dia akan lama dalam bilik kita tunggu juga kita bagi tips. So dia buat-buat check semua barang / elektrik dalam bilik kita tengok berfungsi ke idak. haha. Nasib baik k.fiezz & mr hubby memang plan nak bagi pun so tak ada lah lama dia dalam bilik kitaorang.
Lepas check in, girls day out jap..hehe..Mana tu..Stay tune..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/09/The-Regency-Hotel-Hatyai-Jadi-Pilihan.html