Dekorasi sambutan Hari Raya menghiasi lobi hotel. Mungkin sebab pihak hotel ada menyediakan bufet buka puasa, maka hiasan begini penting dibuat awal bagi menghidupkan suasana
Laluan menuju ke bilik penginapan kami yang terletak di tingkat 5
Disebabkan buat tempahan hotel di saat akhir, maka kami tak dapat bilik dengan katil bersesuaian. Paling penting, dapat bilik yang selesa. Cadarnya kemas dan bersih tanpa sedikit pun cela. Bantalnya pun sangat empuk selesa
Kemudahan yang disediakan dalam bilik. Semuanya dalam keadaan baik dan nampak bersih. Saya jadi tak ragu-ragu nak masak air dan bancuh minuman panas
Saya pandang skrin tv, terpapar notis berkenaan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 Mac 2024 kepada 8%, berbanding 6% sebelum ini. Tak perlu cepat melenting, tapi kita ambil tahu info yang tepat berkenaan kenaikan ini
Bilik air bersih dan berfungsi baik. Saya tertarik dengan ruang tempat letak deretan sabun dan syampu, ringkas dan kemas. Kalau ada rezeki reka rumah sendiri, mungkin boleh ambil idea begini
Pemandangan luar hotel dari jendela bilik
Pagi Ahad, kami turun sarapan di bawah. Menariknya di sini, terdapat pelbagai pilihan makanan disediakan. Sampai susah nak memilih, semua nampak sedap. Roti canai telur dan kuetiau ni kami kongsi berdua. Sedap semuanya kena dengan selera kami|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |