The Lanai Event Space Ruang Acara Cukup Eksklusif Dan Nampak Mewah
Orang-orang di sekitar Shah Alam khasnya, tak perlu susah hati atau pening kepala lagi nak cari tempat buat event. The Lanai Event Space adalah antara tempat yang cantik untuk majlis korang!
Serius, memang lawa dengan konsep hiasan dalaman Botanical Garden yang diketengahkan. Malah, kehadiran lampu chandelier dan lampu gantung membuatkan suasana eksklusif dan nampak mewah jelas terpancar.
Dekorasi yang dipersembahkan nampak eksklusif dan mewah
Korang boleh singgah dan tengok dengan mata sendiri. Cantik atau tidak? Menepati citarasa ataupun tak? Nak ke sini pun tak lah sesukar mana sebab lokasi atau kedudukan The Lanai Event Space berada berada di antara bangunan lot-lot kedai di Seksyen 23 Shah Alam (bahagian belakang). Tak jauh gak dari AEON Big, Seksyen 23, Shah Alam.
Serba selesa dan menambat hati!
The Lanai Event Space mampu memuatkan 400 orang (buffet) dan 160 orang (banquet). So memang ok sangat-sangatlah bagi yang bercadang nak buat majlis kecil-kecilan. Sesuai sangat untuk apa jer majlis. Tak semestinya untuk majlis akad nikah, majlis pertunangan, majlis aqiqah sahaja. Boleh juga untuk buat parti hari jadi atau majlis pelancaran produk
Antara menu yang disajikan pada majlis pelancaran tersebutPuas hati, puas makan! Memang syoklah kalau dapat buat apa-apa majlis kat sini
Fav sis nie... puding karamel. Memang sedap dan tak cukup kalau makan satu jer!
The Lanai Event Sapece lengkap dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Contohnya, pakej-pakej katering, sewaan meja, dan kerusi, PA system, dekorasi pentas dan pramusaji. Semua ini akan memudahkan serta melancarkan lagi perjalanan sesuatu majlis yang ingin dibuat.
Di hari majlis perasmian tempohari , pihak pengurusan The Lanai Event Sapece ada bagi tau sekarang ini mereka sedang memberikan harga yang berbaloi. Jadi, adalah lebih baik korang tempah sekarang dan rebut harga promosi tersebut. Hubungi sekarang tau!
Antara pakej yang ditawarkan:
Pakej Bertunang/Akad Nikah – RM10,000.00
(termasuk makanan, deko pelamin, meja akad nikah serta hiasan pintu masuk percuma.)
Kapasiti: Minimum 200 orang sahaja
Pakej Parti Hari Jadi – RM 6,500.00
(termasuk dewan, hiasan dewan serta makan dan minuman.)
Kapasiti: Minimum 100 orang sahaja
Pakej Aqiqah- RM 6500.00
(termasuk dewan, hiasan dewan serta makan dan minuman)
Kapasiti: Minimum 100 orang sahaja
Ada Pertanyaan? Carilah…
Senang sangat nak cari The Lanai Place nie.... tersergam megah dan gagah!
The Lanai Event Space,
No; 36, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23 Shah Alam.
(Google Map: The Lanai Event Space)
Atau hubungi:
[email protected]03-58559224
012-2533973
012-2503090
011-18784681
Antara rakan-rakan blogger yang hadir di majlis Pelancaran The Lanai Event Space
Semoga perkongsian lokasi cantik The Lanai Event Space ini bermanfaat untuk korang semua. Jumpa lagi!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/03/the-lanai-event-space-ruang-acara-cukup.html