Kedai makan dan penginapan berkonsep kontainer sememangnya sudah menjadi trending sejak sekitar 5 tahun lepas.
Sumber: @xqim_, @missbellarnasir
Ruang tempat letak kereta yang luas dan tempat makan dua tingkat, food court ini pasti boleh memuatkan ramai pelanggan dengan selesa dan penjarakan sosial yang sesuai.
Sumber: Zul Aizat
Sumber: Khairul Asyrani
Menu makanan yang disediakan di sini memang banyak. Masakan Utara dari Restoran Mamoo membawakan hidangan speciality orang Penang, Fat Papacito membawakan burger gourmet istimewa, Dallah Restaurant menawarkan makanan Arab dan Timur tengah, Shellicious sediakan pengalaman makan shell-out, Chinguya memberi kelainan dengan makanan Korea, dan banyak lagi. Anda pasti tidak akan kurang pilihan bila berkunjung ke sini.
Sumber: The J
Sumber: The J
Sumber: The J
Selain dari kepelbagaian makanan, suasana dan vibe yang best, The J juga merumahkan sebuah kedai gunting rambut iaitu ZD Barbershop untuk para lelaki tampil smart dan kemas.
Sumber: Zul Aizat
Lebih 15 kedai makan, kemudahan tempat letak kereta, fasiliti lengkap, The J adalah salah satu tempat makan yang perlu anda cuba bila berada di Johor Bahru. Kami cadangkan anda ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri suasana di The J dan dapatkan maklumat terkini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |