The Impersonation Scam
Artikel asal dari perkongsian di Laman Facebook kami.
Baru-baru ini kami ada menerima perkongsian dari seorang fan yang mengatakan bahawa terdapat sindiket penipuan (scam) yang memperdayakan mangsa melalui kaedah impersonasi.
Setakat ini sahaja, dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan wang yang berjaya dicuri melalui sindiket ini ialah RM63 ribu.
Oleh itu, mari kita lihat apa sebenarnya yang dah berlaku beberapa bulan ke belakangan ini.
Terdapat beberapa variasi penipuan dari kaedah ‘impersonasi’.
Salah satu darinya melibatkan panggilan telefon dari seseorang yang menyamar sebagai pegawai kerajaan, seperti polis, pegawai imigresen atau pegawai mahkamah.
Selain itu, pemanggil atau penghantar mesej (melalui sms, WhatsApp, Telegram) akan mengaku dirinya tersalah hantar mesej, dan memintar agar penerima mesej menghantar semula One-Time Password (OTP) kepadanya.
Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh membuat anda dapat mengenali seorang penipu (scammer) dengan segera.
Antaranya:
Pegawai kerajaan, kakitangan syarikat kurier, bank atau telekomunikasi, tidak akan meminta butiran peribadi dan perbankan atau pemindahan wang melalui telefon.
Ini tidak akan berlaku, apatah lagi melalui WhatsApp dengan meminta OTP.
Pemanggil yang meragukan, sama ada tidak memberikan anda informasi dirinya, atau terlalu memberi maklumat (maklumat berlebihan).
Apa yang boleh dilakukan?
Jangan terpedaya, jangan ikut arahan scammer. Anda mungkin akan diugut, tapi itu biasa. Jangan takut. Benda tak salah, nak buat apa takut.
Jangan berikan informasi sulit seperti maklumat akaun bank anda, nombor kad kredit ataupun OTP. Jangan bagi!
Sekat (block) nombor scammer serta-merta supaya mereka tidak dapat membuat panggilan kepada anda. Jika mereka hantar mesej melalui WhatsApp, sekat di WhatsApp juga. Ini dapat mencegah pengklonan nombor. Elakkan dari terus berhubung dengan scammer. Berhenti dari menghantar mesej ketika itu juga.
Buat laporan polis sekiranya terdapat pemindahan wang yang berlaku sewaktu anda berhubung dengan scammer.
Pastikan ‘favorite lists‘ dalam akaun bank anda dapat dihubungi. Maklumkan situasi yang berlaku dan sila pastikan tiada sebarang pindahan wang ke akaun lain dibuat, jika mereka ada menerima wang tiba-tiba.
#OMGHSharing #OMGHInfo #AntiScam #Impersonation #omghackers
The post The Impersonation Scam appeared first on OMG! Hackers?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/the-impersonation-scam/