The Founders Bagels Cinnamon Rolls
Assalamualaikum WBT
CERITA dah lama, bulan September hari tu, Iman ajak pergi JBCC Komtar. Lupa pasal apa, tapi kami letak kereta di City Square atau kami panggil CS. CS dengan JBCC ni shopping mall sebelah-menyebelah yang dihubungkan dengan satu jejambat. Dah nak balik tu, Sk terpandang kiosk ini, hati tertariks untuk singgah tengok apa yang ada eh, sebab tak pernah nampak. Warna ungu dia tu menyerlah betul
Dua produk yang dijual di sini iaitu Bagels dan Cinnamon Roll
Dekat sini dia dah rekomen siap-siap bagels dan filling yang sesuai tapi boleh juga pilih filling. Ada yang manis dan ada yang savoury
Untuk ala carte bagels ni, harga dia lain-lain untuk bagels dan filling.
Boleh tengok rupa filling dia kat sini
Yang ni pulak bagels, sebelah sana tu cinnamon rolls
Buat pesanan di kaunter, terus bayar dan tunggu pesanan siap. Ni samalah dengan kebanyakan kiosk-kiosk makanan dan minuman kan
Bagels ni macam donut dan vadei sikit kan rupa dia.
Beli la.. nak rasa
Jap kita tunjuk
Cinnamon Roll. Lupa nama flavour ni tapi yang atas tu cream cheese
Kami pesan ala carte bagel tapi pakai belasah aje bagel dan filling dia. Tak silap Cheddar & Jalapeno with Lemon Cheesecake. Mana nak kenanya, bagel savoury, filling pulak letak manis, hahaha. Tapi bagi Sk okeylah, sebab filling dia tu manis masam macam tu.
Gabungan dua jenis keju, iaitu parmesan dan cream cheese, sedap jugak. Bagel ni besar, Iman tak nak, dia memang ada sikit cerewet macam bapak dia, hahaha. Sudahnya, makan separuh aje, lepas tu bawa pergi office buat sarapan. Cinnamon Roll pun sama, Iman tak minat sebab dia kata keras, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/the-founders-bagels-cinnamon-rolls.html