The Famous Arashiyama Bamboo Forest And Fushimi Inara Taisha


Assalamualaikum Hai.



Starting of the journey
Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto, Japan. So planning harini memang nak berhadapan dengan nature je. Lepas dah penat pusing Arashiyama Bamboo Forest, kita pusing Kimono Forest, dan seterusnya Fushimi Inara Taisha. Part paling best semua tempat ni tiada entrance free. Jadi hanya perlu keluar duit untuk transportation ke sana sahaja. Dengar cerita sehari sebelum kitorang pergi, Arashiyama Bamboo Forest ni ada salji-salji halus. Malangnya, waktu Nad pergi memang langsung takde bayang salji hahaha. So masih belum pernah jumpa salji lagi setakat ni. Salji dekat i-city tu pernah la hahaha.


Waktu terbaik untuk datang ke Arashiyama Bamboo Forest ni dikatakan pada awal pagi dan lewat petang. Sebabnya waktu tu view extra cantik dengan kehadiran sunrise/sunset, ditambah pula dengan bilangan pengunjung yang kurang. Tapi, Nad sampai sana ngam-ngam pukul 9.30 hahaha. Matahari dah selamat naik tinggi dan orang pun dah ramai. Tapi kalau berjalan tu tak rasa panas pun sebab bamboo yang tinggi-tinggi belaka ni dah boleh jadi bumbung untuk kita berjalan dengan redup.




Kalau nak ambil gambar yang focus kita sorang waktu camni memang dah susah haha, sebab ramai yang lalu-lalang. Jadi kita ambil jela gambar apa yang ada yee. Kalau pandang atas memang sejuk je rasa mata memandang. Cantikkk sangat bamboo forest ni, memang diorang jaga rapi dan sihat.


My partner in crime 💕
Kebetulan pula terjumpa dengan akak yang fly sekali dari KLIA2. Nad memang cam muka akak tu sebab ada duduk sebelah dia and dia bawak anak. Terus minta tolong snapkan gambar kami berdua. Susah sikit nak ambil gambar bersama kalau dah travel berdua ni. Mampu selfie je boleh hahah

Pusing punya pusing memang besar juga Arashiyama Bamboo Forest, tapi semua view penuh dengan bamboo jela hahah. Agak-agak dah bosan, Nad dengan Nazirah pun terus cuba cari jalan keluar 😂 Waktu jalan tu ternampak pulak ada penjual yang menghasilkan serangga buatan sendiri menggunakan bamboo. Fuhh. Seni halus yang bukan semua orang mampu buat. Gila wui bamboo yang keras besar ni ni dia boleh buat serangga macam pepatung yang halus tu.

Dari Arashiyama Bamboo Forest ni, Nad jalan je menuju ke Kimono Forest. Di sini dipamerkan tiang berbentuk silinder yang dihiasi dengan corak kimono berwarna-warni. Kalau nak diikutkan memang dekat je nak sampai sini, jalan beberapa metre pun dah boleh sampai. Sebab Kimono Forest ni tempat dia kecil sahaja. Dia buat dekat kawasan track train. Tapi kecil-kecil pun ada lebih kurang 32 jenis textile dan 600 batang kimono yang dipamerkan.




Mamat Korea ke Jepun Nad pun taktau hahah




Laluan yang dihiasi dengan kimono. Extra cantik pada waktu malam

Waktu paling sesuai dan cantik untuk datang ke Kimono Forest ni adalah pada waktu sunset sehingga jam 9 malam. Waktu ni, kimono tu semua akan bercahaya dengan lampu LED. Memang lawa! Boleh search dekat Youtube kalau nak tengok keindahan dia. Nad susun timing memang tak dapat nak pergi waktu malam, so dapat singgah waktu siang pun dah cukup bersyukur sebab berjaya sampai ke sini.



Pond of Dragon
Dekat celah-celah kawasan Kimono Forest ni juga ada "Pond of Dragon" di mana pengunjung akan baling coin dan membuat wish. Dekat box tu juga ada tulis kalau kita rendam tangan jap dalam pond tu, hati akan sentiasa tenang dan gembira ha gitu ~


Pintu gerbang punya besar dan menarik perhatian. Kalau tak jumpa jugak Fushimi Inara Taisha ni memang pelik hahah

Habis saja melawat dua forest ni, terus kitorang menuju ke Fushimi Inara Taisha. Basically, sesiapa yang pergi ke Arashiyama Bamboo Forest, akan terus pergi ke Fushimi Ianara Taisha ni juga. Sebabnya dua tempat ni memang berdekatan. Dari jauh dah nampak pintu gerbang warna oren  kemain tinggi, excited!



Romon Gate


Dekat sini memang ramai geisha okay


Bila dah masuk jauh ke dalam shrine (kuil) ni, korang akan disambut dengan beribu pintu gerbang torii ni. Setiap tiang ni merupakan hasil derma dari individu ataupun syarikat. Dan di setiap tiang tu ada tulisan. Mulanya Nad ingatkan quote-quote tentang kehidupan ke apa. Rupanya tulisan tu merupakan nama penderma dan tarikh dermaan dilakukan. Respect much dengan masyarakat Jepun ni.



Ada lah dalam 1 jam Nad explore Fushimi Inara Taisha ni pastu dah rasa penat. Bukan apa, tiba-tiba terjumpa map dan yang Nad jalan tu hanya lebih kurang suku je dari kawasan tersebut. Pehhh, dah la berbukit dan bertangga. Walaupun cuaca sejuk tapi penat oi 😂 Lalu, Nad pun decide untuk patah balik dan keluar hahah. Kalau korang berniat nak explore seluruh kawasan ni, boleh peruntukkan masa lebih kurang 3 jam. Itu pun kalau tak penat ler heheh.



Dalam perjalanan nak keluar tu terserempak pula dengan geisha-geisha dari Tokyo ni. Diorang study dekat Tokyo dan saja nak berjalan-jalan di Kyoto



Macam ni lah pemandangan bila pergi waktu end of winter, semua kering kontang ye


Dekat depan juga jumpa benda ni. Not sure dekatsana panggil apa. Tapi boleh cuci mulut / kumur-kumur. Nad tengok je orang lain buat, tak rasa nak try pulak 😅
Harini hanya sempat berjalan separuh hari saja. Lepastu terus berkejar untuk naik Shinkansen untuk ke Tokyo! Yeayyy. Bandar Tokyo pun best jugak. Sebab apa best!? Nanti Nad cerita ehh hehe.

Next post : Tokyo Disneysea


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nadnary.com/2019/07/the-famous-arashiyama-bamboo-forest-and.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New Trouble At The Towers

New Trouble At The Towers

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 301 hits
Twin trouble 010719 When you read in the New Straits Times which is still a fly on the wall in the real corridors of power you sit up and take notice And you get worried even if you are not staff with the national oil company I still have s...
Sinopsis Ejen Ali The Movie

Sinopsis Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1192 hits
Sinopsis Ejen Ali The Movie NANTIKAN filem animasi Malaysia akan datang berjudul Ejen Ali The Movie yang bakal menemui anda di pawagam pada hujung tahun 2019 Antara pelakon suara yang membintangi dalam filem ini ialah Ida Rahayu Yusoff Shaf...
17 Fascinating Small Dining Rooms Which Are More Useful Than The Large

17 Fascinating Small Dining Rooms Which Are More Useful Than The Large

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 284 hits
The first association of home is mainly kitchen and dining room Nothing strange because it is a part of the home intended for enjoying delicious meals with family and friends and also a place for The post appeared first on
Leaking This Is The Xiaomi Mi Cc9 Specification

Leaking This Is The Xiaomi Mi Cc9 Specification

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 268 hits
Technology Portfolio Net The China telecom site page TENAA shows the latest device specifications from the Xiaomi cellphone company The device is thought to be strong as the CC9 Mi and Mi CC9e which will be launched on 2 July According to t...
Jdt Tmj Vs Jdt Rest Of The World

Jdt Tmj Vs Jdt Rest Of The World

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 567 hits
JDT TMJ vs JDT Rest Of The WorldSaksikan perlawanan melibatkan All star JDT berlangsung pada malam ini pada jam 8 45 Perlawanan hebat ini akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus Difahamkan perlawanan ini akan dibawa secara l...
The Most Ingenious Studio Apartment You Ll Ever See

The Most Ingenious Studio Apartment You Ll Ever See

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 264 hits
This one is located in a former palazzo in Italy and it simply checks all the right boxes making it a smart space We know that this would be the studio of your dreams so The post appeared first on
Politically Speaking The Return Of Zahid And Mat Hasan

Politically Speaking The Return Of Zahid And Mat Hasan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 316 hits
The rumour of Dato Ahmad Zahid Hamidi returning from gardening leave to resume the UMNO Presidency have been going around for few months It was long anticipated that there was sufficient time for politician led MACC to slap him wiih additio...
Netflix Dedahkan Pandangan Pertama Karakter Utama Siri Tv The Withcer

Netflix Dedahkan Pandangan Pertama Karakter Utama Siri Tv The Withcer

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 216 hits
Selepas hampir 2 tahun menantikan siri televisyen The Witcher selesai penggambarannya akhir Netflix mengumumkan siri terbaru mereka akan menemui penonton pada musim luruh tahun ini Selain itu juga Netflix turut mendedahkan poster pertama si...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik