The Best Story From Kak Nanad
Assalamualaikum sahabat 😘Salam Jumaat.
Excited pulak di hari Jumaat ni. Kak nanad sekarang rasa happy bila bertemu dengan hari jumaat. 😍
Dah ready nak baca? Pegang botol air dulu takut dahaga .😂
Panjang bebelan kak nad pagi jumaat ni.
Sebab hari jumaat la semua amalan kita selama seminggu akan di pos. Setiap hari akan ada masa turun naik nya iman kita.
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍
Kak nad jugak tak terlepas dari kesalahan tu. Minggu ni je ,kak nad dah terlepas 2 malam tahajud. 😭
Sedih nya Allah je yang tahu, rasa macam nak marah diri ni kenapa boleh tak sedar. Kata nak Istiqamah tapi lalai ingatkan diri sendiri! Astaghfirullahalazim 😌
Sebab dan puncanya kak nad mimpi naik bangunan tinggi. Turun naik turun naik sampai penat. Bila bangun tido je dah pukul 6.30am. Penatnya sampai realiti terasa 😞
Dah stop merepek! Kak nad nak cerita ni. Cerita ni dah jadi favorite kak nad bila Encik Mohd selalu ceritakan kisah ni bila kak nad sedih dan kak nad akan ceritakan pulak kepada kawan kak nad bila tengah bersedih. ☺
Maaf ye, skrip cerita ni nada kak nad la. Jadi kalau tak faham boleh lah komen kat bawah 🤗
Kisah Nabi Musa AS & Nabi Khidir AS
Pada suatu hari Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s untuk menimba ilmu-ilmu yang telah Allah kurniakan kepada Nabi Khidir as.
Nabi Musa AS : Khidir , boleh tak aku nak ikut kau ? Boleh aku menimba ilmu-ilmu yang telah kau dapat untuk aku pelajari
Nabi Khidir AS : Sesungguhnya kau tak kan boleh bersabar dengan perbuatan aku ni
Nabi Musa AS : InsyaAllah kau akan dapati aku seorang yang penyabar dan aku tak akan menentang perbuatan engkau
Nabi Khidir AS : Kalau kau ikut aku, kau tak boleh tanya aku apa-apa sampai aku bagi tahu kat kau .
Nabi Musa As : Okay, aku tak akan Tanya apa-apa kat kau.
Lalu dorang pon berjalan sampai satu perkampungan di tepi pantai. Kat situ ada satu perahu lepas tu Nabi Khidir as bocorkan perahu tu. Nabi Musa as pon marah la kat Nabi Khidir as ni
Nabi Musa AS : Kenapa kau bocorkan perahu tu? Kan orang lain boleh naik perahu tu
Nabi Khidir AS : Kan aku dah cakap kau tak akan boleh bersabar dengan aku.
Nabi Musa As : Aku minta maaf, jangan lah kau menghukum aku atas kelupaanku ini.
Dorang teruskan perjalanan semula sampai dorang kat satu kampung ni. Ada seorang budak kecik tengah bermain . Lalu Nabi Khidir as keluarkan parang dan membunuh budak tu. Nabi Musa as terkejut lepas tu dia marah Nabi Khidir as lagi.
Nabi Musa As : Kenapa kau bunuh budak kecil tu? Sedangkan dia tidak membuat dosa apa-apa pon
Nabi Khidir AS : Kan aku dah pernah cakap kat kau yang kau tak akan boleh bersabar bersama dengan aku.
Nabi Musa AS : Aku minta maaf, lepas ni kalau aku bertanya lagi kau janganlah bagi aku ikut kau lagi.
Lepas tu dorang teruskan perjalanan mereka sampai satu kampung Nabi Khidir as membetulkan dinding rumah. Nabi Musa as pon cakap, kalau kau nak kau mesti kau akan ambil upah untuk itu
Nabi Khidir as pon cakap, sampai sini je pertemuan kita dan di sini lah perpisahan kita. Aku akan bagi tahu tujuan perbuatan-perbuatan yang kau tak akan bersabar terhadapnya.
Kat perkampungan tadi ada seorang raja yang zalim akan merampas semua perahu-perahu. Jadi aku bocorkan perahu tu dan rosak . Jadi raja tu tak kan ambil perahu bocor tu. Penduduk kampung kat situ boleh baiki dan boleh bekerja kat laut. Kedua Orang tua budak kecil tu adalah orang-orang yang mukmin dan kami khuatir budak tu akan mendorong ibu bapanya kepada kesesatan & kekafiran. Selepas aku membunuhnya, aku memohon pada Allah supaya gantikan anak yang lain dan lebih baik dan lebih dalam kasih sayangnya kepada ibu bapanya. Dinding tu adalah hak milik 2 orang anak yatim, kat bawah tanah tu ada harta yang banyak untuk mereka berdua . Ayahnya seorang yang soleh. Maka Allah menghendaki supaya mereka sampai kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan tu sebagai rahmat dari Allah SWT. Jadi semua yang berlaku ni bukan atas sebab aku melakukannya sendiri mengikut kemahuanku sendiri . Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kau tak akan dapar sabar terhadapnya.
Salam Jumaat . Ni adalah cerita dari Surah Al-Kahfi 😘https://.facebook.com/nor.nadiah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-nadya.blogspot.com/2019/01/the-best-story-from-kak-nanad.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MissNadyaPunyerBlog+%28PERSONAL+BEAUTY+LIFESTYLE%29