The Audition 2021 Armani Entertainment Group Platform Untuk Anda Yang Mempunyai Bakat Dan Keunikan Tersendiri


THE AUDITION 2021 Armani Entertainment Group Platform Untuk Anda Yang Mempunyai Bakat Dan Keunikan Tersendiri. | Assalammualaikum semua! Adakah anda mempunyai bakat seperti nyanyian dan lakonan? Jika ya, anda layak mencuba uji bakat terbitan Armani Entertainment Group (AEG) di The Audition 2021. 
Ia bukan program realiti show, tetapi lebih kepada platform untuk anda sertai industri kreatif tanah air dengan saluran yang lebih tepat. Ibarat highway untuk anda sukses. AEG memiliki platform penerbitan filem dan drama, syarikat rakaman muzik dan bertanggungjawab sebagai agensi menjaga bakat-bakat hebat ini. Seramai 120 peserta telah hadir pada sesi uji bakat pada hari ini yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur. AEG telah menerima 1781 penyertaan untuk lokasi uji bakat di Kuala Lumpur. 

THE AUDITION 2021 Armani Entertainment Group Platform Untuk Anda Yang Mempunyai Bakat Dan Keunikan Tersendiri



The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi

Uji bakat THE AUDITION adalah 100% daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing beserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan di panggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda. Mudah!
Seterusnya semasa uji bakat bersama juri, anda hanya perlu mendaftar, menunggu giliran dan terus ke bilik uji bakat. Jika anda mendapat STAR PASS, anda akan di wawancara oleh emcee Meor Addelan. Pada ketika ini, anda boleh belajar cara berkomunikasi dan menjawab soalan. Pendedahan awal berinteraksi bersama media. Hebat bukan

Pada sesi sidang media yang berlangsung hari ini, para juri berkongsi pengalaman masing-masing. Menurut Dato KK Chua, keistimewaan THE AUDITION 2021 adalah komitmen kami kepada semua peserta. Kami tidak mahu terlepas peluang menggilap bakat-bakat terpendam. Ia adalah platform untuk peserta menjadi Super Star!
Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik. Dengan kemampuannya sebagai Pengarah dan Penerbit yang mapan, sinergi para juri akan menjadi hebat dalam mencapai objektif mencari bintang baru industri hiburan Malaysia


Datuk KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG)


Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, berkata "Pihaknya yakin dengan kemampuan yang ada pada Michael Ang, sinergi para juri akan menjadi hebat dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air. Dunia hiburan tanah air memerlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saing

“Ledakan teknologi media sosial juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni termasuk kerja-kerja di sebalik tabir. Mereka perlu menjadikan bidang seni sebagai satu karier yang serius dan menjamin masa depan,” katanya

Juri-Juri THE AUDITION 2021
THE AUDITION 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram. Akhirnya, para peserta akan disenarai pendek untuk menjalani uji bakat secara langsung di di hadapan juri profesional yang terdiri daripada Datuk KK Chua (Ketua Pegawai Eksekutif AEG), selebriti terkenal industri hiburan Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. 
Michael Ang (Pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd)
Michael Ang turut memberi pandangan, ini bukan rancangan realiti show biasa yang kita tonton. Ini adalah platform untuk bakat yang tidak dipandang. Penyanyi indie, pelakon youtube, pencipta kandungan media sosial merebut peluang. THE AUDITION adalah jalan pintas untuk peserta masuk dalam industri melalui jalan yang betul. Sudah tiba masanya, industri hiburan menerima wajah baru. Ia adalah masa sesuai untuk mencari bakat baru untuk drama-drama terbaru Michael Ang pada tahun 2022 akan datang. Pandemik COVID-19 banyak mengajar kita bahawa masa amat singkat tetapi kita perlu cepat maju kehadapan

Nabila Razali

Nabila Razali berkongsi pengalaman beliau yang pernah melalui pengalaman menyertai uji bakat, memahami perasaan gementar. Jadi, saya akan memberi sokongan agar mereka terus berkeyakinan agar bakat yang ada teserlah semasa uji bakat. Mungkin meminta mereka menyanyi lagu lain tanpa muzik. Semestinya THE AUDITION mencari mereka yang berbakat besar, mempunyai keunikan tersendiri dan lain dari selebriti sedia ada di Malaysia

Amira Othman

Amira Othman juga berkongsi pengalaman bahawa, untuk muncul di dalam industi hiburan dan terus kekal relevan memerlukan perjalanan yang panjang. Pengalaman dalam menyertai uji bakat pada tahun 2013 dan berjaya memenangi tempat ketiga merupakan anjakan paradigma untuk terus mara kehadapan. Peserta yang menyertai uji bakat THE AUDITION tidak perlu melalui pengalaman seperti saya yang perlu melalui beberapa peringkat uji bakat. Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 peringkat perlu dilalui sebelum bertemu juri. Jadi, anda jangan putus asa dan perlu terus mencuba.
Sisipan Gambar Semasa Uji Bakat Di Kuala Lumpur

Hadiah Pemenang THE AUDITION 2021
Pemenang THE AUDITION 2021 akan menerima kontrak 3 hingga 5 tahun dibawah jagaan Armani Entertainment Group (AEG) bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian / lakonan bernilai RM10,000. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, anda akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Encik Michael Ang dalam drama terbaru beliau! 



Cara-Cara Menyertai THE AUDITION 2021
Follow Instagram ARMANI ENTERTAINMENT GROUP: https://www.instagram.com/armanientertainmentMuat naik video ujibakat berdurasi sekurang-kurangnya 1 minit (boleh lebih) di akaun Instagram anda. Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan ke tetapan umum.Wajib letak tanda pagar #theaudition2021 #AEG pada kapsyen ujibakat anda.Tarikh tutup penyertaan mengikut lokasi ujibakat yang anda ingin sertai.Paserta yang telah tersenarai pendek akan diumumkan di akaun Instagram @armanientertainment pada tarikh yang ditetapkan. Sentiasa ikuti Instagram @armanientertainment untuk maklumat lebih lanjut.
Syarat Penyertaan THE AUDITION 2021
Terbuka kepada Warganegara MalaysiaBerusia dari 18 tahun hingga 35 tahunBujang dan belum berkahwinTidak terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan selebriti atau agensi hiburan.
Garis Masa Uji Bakat THE AUDITION 2021
Dalam mencari bintang-bintang baru, sebanyak enam lokasi uji bakat akan diadakan di seluruh Malaysia. Kuala Lumpur, Kuantan, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, dan Kota Kinabalu. Ia bagi memastikan agar tidak ada bakat terpendam yang ketinggalan

17 October 2021: Kuala Lumpur24 Oktober 2021: Kuantan, Pahang31 Oktober 2021: Johor Bahru14 November 2021: Kota Kinabalu, Sabah20 November 2021: Kuala Terengganu. Terengganu28 November 2021: Penang12 Disember 2021: Final
Mengenai Armani Entertainment Group (AEG)
ARMANI ENTERTAINMENT GROUP, juga dikenali sebagai AEG, adalah syarikat pengurusan selebriti yang berfungsi sebagai wakil profesional dan penasihat untuk penyanyi dan pelakon. AEG juga merupakan Platform Profesional Selebriti yang memberikan jaminan, konsisten aliran pendapatan, dan platform untuk kemasyhuran sebagai selebriti dengan bakat yang baik & personaliti yang hebat

Selain itu, AEG adalah sebuah syarikat produksi yang berfungsi dalam proses menghasilkan kandungan video untuk televisyen, media sosial, promosi korporat, komersial, atau bidang lain yang berkaitan dengan media. AEG adalah pasukan yang mengumpulkan keunikan bakat berbeza dan menjadi kepakaran mereka untuk menghasilkan isi kandungan hiburan sebagai produk yang sangat bagus

FACEBOOK | INSTAGRAM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/10/the-audition-2021-armani-entertainment-group.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Untuk Serlahkan Bakat Seni Dengan The Audition 2021

Peluang Untuk Serlahkan Bakat Seni Dengan The Audition 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 364 hits
Hello pembaca kesayangan Peserta The Audition 2021Bertempat di hotel Hilton Kuala Lumpur pada 17hb Oktober 2021 Misz ella berpeluang menyaksikan proses ujibakat The Audition 2021 yang dihadiri seramai 120 peserta Dalam hati sudah terfikir A...
Lexis Hotel Group Invites Fully Vaccinated Malaysians To Enjoy A Ten Tastic Vacation With 10 Out Of 10 The Perfect Sale

Lexis Hotel Group Invites Fully Vaccinated Malaysians To Enjoy A Ten Tastic Vacation With 10 Out Of 10 The Perfect Sale

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 454 hits
Treat Your Family And Loved Ones To The Perfect Lexis Staycation Via Available Only From 8 October Until 15 October 2021 This Special E Voucher Sale Is For A 2 Days 1 Night Stay for 2 Pax Brand New Lexis Shop Launches On 8 October 2021 For ...
Farm In The City Seri Kembangan Tarikan 2021

Farm In The City Seri Kembangan Tarikan 2021

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 391 hits
Nak kemana hujung minggu Yer la dah lama terperap atau terkurung dalam rumah anak anak pun dah bosan Jadi bila saja kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri sekali gu boleh juga rentas daerah kan Jadi inilah masanya untuk meraikan kejay...
The Battle Is On Yoodo Presents Pubg Mobile Campus Championship 2021

The Battle Is On Yoodo Presents Pubg Mobile Campus Championship 2021

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 337 hits
Campus Gamers To Battle For A Shot At RM60 000 Prize Pool Get ready for the action Yoodo Malaysia s first truly customisable and 100 digital mobile service is once again partnering with popular gaming giant PUBG Mobile for the 2021 edition ...
Asics Invites Runners To Run Together To Uplift The World In The Asics World Ekiden 2021

Asics Invites Runners To Run Together To Uplift The World In The Asics World Ekiden 2021

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 272 hits
Hi Everyone ASICS is inviting teams of up to six to run together to uplift the world by completing the ASICS World Ekiden 2021 Following on from the success of last year s inaugural event which brought together over 56 000 people from 179 d...
Iqiyi S The Long Night Named Best Ott Original At Biff S Asia Contents Awards 2021

Iqiyi S The Long Night Named Best Ott Original At Biff S Asia Contents Awards 2021

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 301 hits
iQiyi s The Long Night snagged the award for Best OTT Original at the Busan International Film Festival s 2021 Asia Contents Awards following the streaming giant s ACA win for its Original C drama The Bad The post appeared first on
Senarai Peserta Star Of The Week Yang Mara Ke Final All Together Now Malaysia 2021

Senarai Peserta Star Of The Week Yang Mara Ke Final All Together Now Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 732 hits
SERAMAI 250 peserta 50 juri tetapi hanya seorang sahaja yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50 000 berserta trofi bergelar Juara program realiti yang diadaptasi dari United Kingdom terbitan BBC One iaitu All Together Now ...
The Top 4 Car Shipping Companies Of 2021

The Top 4 Car Shipping Companies Of 2021

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 262 hits
Affiliate disclosure Automoblog and its partners may be compensated when you purchase the products below Each car shipping company charges different rates for different distances and most offer more than one type of discount The best car sh...
The Best Trends In Fall Decorations 2021

The Best Trends In Fall Decorations 2021

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 505 hits
Among the trends that will triumph this fall in decoration the return of the Japandi the always welcome indoor plants and the prominence of natural materials and textures stand out FLAX STAYS But accompanied by The post appeared first on
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner