Thalassaemia Diagnosis



Thalassaemia - Diagnosis

Talasemia boleh didiagnosis dengan melakukan ujian darah. Seterusnya ujian DNA mungkin diperlukan untuk menentukan jenis sebenar talasemia.

Pemeriksaan Antenatal




Pemeriksaan antenatal (saringan yang dijalankan semasa mengandung) adalah bertujuan untuk memeriksa gangguan yang diwarisi sepertimana anemia (sickle cell anaemia).Ianya juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat bilamana ibu bapa perlu membuat sesuatu keputusan nanti.
Pemeriksaan Antenatal untuk talasemia biasanya dilakukan di kawasan-kawasan dimana kes-kes talasemia biasa terdapat. Masyarakat di bandar-bandar besar seperti di negara-negara Asia Selatan banyak melakukan ujian ini. 
Di kawasan yang agak terpencil dari kes talasemia, mereka melakukan soal selidik terhadap sesebuah keluarga terlebih untuk menilai tahap risiko talasemia. Mereka yang sedang hamil disaring dan jika mereka positif, pasangan mereka juga perlu melakukan ujian. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai sifat talasemia, terdapat kemungkinan 1 dalam 4 peluang bayi mereka akan dilahirkan dengan talasemia.
Ujian selanjutnya(bergantung kepada keperluan) adalah untuk mengesahkan sama ada bayi anda pasti akan dilahirkan dengan talasemia. Terdapat tiga kaedah untuk melakukan ini :

Chorionic Villus Sampling (CVS) - semasa CVS, sampel kecil plasenta (organ yang melekat pada lapisan rahim) dikeluarkan untuk diuji

Amniocentesis - sampel kecil cecair di dalam rahim (amniotic fluid) diambil untuk diuji

Foetal Blood Sampling (FBS) - sampel darah diambil dari tali pusat bayi atau dari urat pusat yang melalui hati



Kaunseling



Pada ibu bapa atau kelaurga yang bakal menerima cahaya mata yang mengidap talasemia, mungkin keadaan mereka agak tertekan dan akan mengalami trauma. Oleh itu anda dan pasangan akan diberi kaunseling agar anda dapat berkongsi masalah, bertanya soalan dan mengenalpasti bagaimana sesuatu diagnosis itu memberi kesan kepada anda dan keluarga.
Kaunselor akan memberitahu pilihan yang ada, agar anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat dalam menguruskan kehamilan anda.

Pre-implantation genetic diagnosis (PGD)




Pre-implantation genetic diagnosis (PGD) adalah salah satu pilihan untuk pasangan yang tidak mahu untuk melahirkan kanak-kanak talasemia tetapi tidak sanggup untuk menghentikan kehamilan.
Seperti In-Vitro fertilisation (IVF), PGD melibatkan mengeluarkan telur dari ovari wanita, yang disenyawakan dengan sperma. Embrio yang disenyawakan tersebut diuji untuk talasemia. Jika keputusannya negatif, embrio akan dikembalikan ke dalam rahim wanita.

PGD ​​adalah satu prosedur baru yang hanya boleh didapati di beberapa pusat pakar talasemia.

IVF adalah kaedah membantu pasangan hamil dengan pembedahan mengeluarkan telur dari ovari wanita dan benih sperma lelaki di dalam makmal.

Selepas kelahiran

Berbeza dari sickle cell anaemia, bayi yang baru lahir tidak akan menjalani ujian untuk talasemia.

Terdapat dua sebab:

Ujian darah biasanya tidak berapa tepat dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan

Talasemia tidak menunjukkan kesan serta merta kepada kehidupan bayi. Jika bayi anda mula menunjukkan simpton bersamaan dengan usianya yang meningkat, diagnosis ujian darah boleh dilakukan.


Menilai tahap zat besi

Bagi pesakit yang mengalami Beta Talasemia Major (BTM), mereka memerlukan pemindahan darah yang kerap. Oleh itu itu juga meningkatkan tahap zat besi dalam badan mereka.

Untuk membuang lebihan zat besi, mereka mesti menjalani rawatan terapi yang dipanggil chelation. Ianya dapat membantu mencegah komplikasi yang serius, seperti pada jantung ataupun hati.

Sila dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana talasemia dirawat.

Ujian yang kerap untuk menilai tahap besi adalah penting. Ianya bagi memantau keberkesanan terapi chelation tersebut.
 
Terdapat tiga cara yang paling utama untuk menilai tahap zat besi:
Ujian DarahMenjalani Imbasan Pengimejan Magnetik (MRI)Biopsi Hati

Ujian darah





Ujian darah adalah cara yang mudah untuk mengukur jumlah zat besi dalam darah anda walaupun ia tidak menyediakan penilaian yang terperinci berapa banyak zat terkumpul dalam organ-organ tertentu. 
Ukuran yang disediakan oleh ujian darah juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain, seperti jangkitan.
Ujian darah digunakan untuk memberikan gambaran umum bagaimana terapi chelation berjalan, tetapi tidak boleh digunakan secara berasingan.Adalah disyorkan untuk pesakit talasemia menjalani ujian darah sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

Imbasan MRI




Pengimejan resonans magnetik (MRI) menggunakan imbasan gelombang magnetik yang kuat untuk membina satu gambaran yang terperinci dalam badan anda. 
Imbasan MRI mampu untuk mengesan dan kemudian mengukur zat besi pada mana-mana organ badan anda.
Organ yang dikenali sebagai paling terdedah kepada kesan zat besi adalah hati dan jantung.
Adalah disyorkan untu anda menjalani imbasan MRI hati anda sekurang-kurangnya sekali setahun dan imbasan MRI jantung anda sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. Imbasan lebih kerap mungkin diperlukan jika tahap zat besi yang tinggi ditemui dalam jantung dan hati anda.

Biopsi hati




Biopsi hati memerlukan pembedahan kecil untuk memgambil sebahagian kecil hati. Ianya kemudiannya diuji untuk kehadiran zat besi.

Imbasan MRI biasanya menjadi pilihan untuk memeriksa hati (bagi doktor dan pesakit). Namun untuk penilaian terperinci mengenai tahap zat besi dalam badan biopsi hati mungkin diperlukan.

Hasil adaptasi dan dialih bahasa oleh STM dari



Untuk maklumat lanjut sila layari Thalassaemia - Diagnosis

Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan  untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sahabatthalassaemiamalaysia.blogspot.com/2015/09/thalassaemia-diagnosis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Worrying Number Of Thalassaemia Carriers

Worrying Number Of Thalassaemia Carriers

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 187 hits
Julita presents a certificate of appreciation to a representative of the Red Crescent Society who is one of the partners of Queen Elizabeth Hospital in the blood donation campaign PENAMPANG The number of Malaysians diagnosed as ca
Diagnosis Of Breast Cancer

Diagnosis Of Breast Cancer

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 82 hits
causes of breast cancer Wh n ou re t ld th t u hav br ast can r t s natur l t w nder wh t ma have cau ed th d ase But n ne knows the x t au f bre t n r Doctors eld m know This is a content summary only Visit my website for full links other ...
Punca Salah Diagnosis Covid 19 Wanita Hilang Kaki Dan Koma 23 Hari

Punca Salah Diagnosis Covid 19 Wanita Hilang Kaki Dan Koma 23 Hari

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 150 hits
Washington Seorang ibu dua anak koma selama 23 hari dan kehilangan kakinya selepas tersalah anggap simptom jangkitan darah dialaminya gejala Covid 19 New York Post melaporkan Cher Little mula berasa sakit kepala dan demam tetapi menyangka d...
First Ever Thalassaemia Medicine On Clinical Trials

First Ever Thalassaemia Medicine On Clinical Trials

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 130 hits
India may receive first ever thalassaemia medicineHimani Chandna New Delhi Updated Sep 16 2015 23 51 ISTOver 30 million people in India who are affected by thalassaemia may soon get a first ever drug that treats the genetic blood disorder P...
All About Thalassaemia

All About Thalassaemia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 205 hits
Versi alih bahasaBuku ini diusahakan untuk menerangkan tentang apa itu talasemia dan asasnya terutama kepada anak anak kecil Seharusnya banyak usaha sebegini perlu diusahakan Dengan ini kesedaran mengenai talasemia lebih menyeluruh dan berk...
Thalassaemia Advert Kkm

Thalassaemia Advert Kkm

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 68 hits
I N G A T R E M A J A INGAT JALANI UJIAN TALASEMIAHANYA SEKALI SEUMUR HIDUP
International Thalassaemia Day 8th Of May

International Thalassaemia Day 8th Of May

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 119 hits
As been shared with Sebagaimana yang dikongsikan oleh For the global thalassaemia family the 8th of May constitutes a very special day as it is dedicated to both commemorate the thalassaemia patients who are no longer with us but are always...
Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalassaemia

Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalassaemia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 112 hits
Isu pengguguran janin adalah merupakan isu sensitf terutama kepada umat Islam Malaysia Bagaima pula jika janin tersebut telah dikenal pasti mengidap Thalassaemia Ibu bapa perlu membuat pilihan tepat samada ianya patut digugurkan atau tidak ...
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment