Th Lambat Lapor Polis Kata Ceo Zukri Samat


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat. – Foto The Malaysian Insight
Tabung Haji (TH) terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis berhubung skandal kewangan melanda agensi berkenaan sejak 2014 lagi kerana perlu meneliti kes itu secara mendalam terlebih dahulu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya perlu memastikan maklumat penyiasatan sebelum berpuas hati dan membuat laporan polis.
“Kami membuat laporan polis pada 30 November lalu selepas berpuas hati terhadap semua laporan diterima,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.
Zukri berkata demikian pada sidang media Pemulihan Status Kewangan TH Menerusi Special Purpose Vehicle (SPV) atau Syarikat Tujuan Khas di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus, Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad.
TH sebelum ini dilaporkan membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta empat pegawai pengurusan kanannya.
Pegawai kanan TH yang dinamakan dalam laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) itu ialah Ketua Pegawai Operasi (COO) Datuk Adi Azuan; Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid serta Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.
Laporan pertama membabitkan dana Program Yayasan Tabung Haji 2017, apabila sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk pembiayaan aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik dan bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan Yayasan Tabung Haji (YTH).
Ketika itu, Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi dan Rozaida adalah Pemegang Amanah YTH.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memperkukuhkan skandal kewangan TH apabila mendedahkan hasil siasatan dan audit syarikat juruaudit bebas, PrincewaterhouseCoopers(PwC) mendapati pemberian hibah kepada pendepositnya sejak 2014 dikatakan bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
PwC mendapati akaun TH diaudit berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset keseluruhan RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti ialah RM74.4 bilion, menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 bilion.
Ditanya mengenai sama ada TH akan melakukan tindakan undang-undang terhadap Lembaga Pengarah lama, Zukri berkata, hal berkenaan akan diserahkan kepada peguam mereka.
Mengulas mengenai pembayaran dividen, beliau memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan pendeposit dan akan tetap dibayar mengikut keuntungan, namun belum ditentukan lagi.
Mengenai spekulasi pengeluaran secara besar-besar dalam kalangan pendeposit, berhubung pendedahan TH itu, katanya ia tidak berlaku, sebaliknya ada 170 pendeposit membuka akaun baharu dengan TH pada hari ini.
Malah, beliau turut memberi jaminan kepada pendeposit bahawa isu berkenaan tidak akan menjejaskan operasi mengerjakan ibadat Haji tahun hadapan.
Tahun lalu secara purata, ia membabitkan kos RM20,000 seorang.
Pada sidang akhbar itu, Zukri turut memberitahu, penyata kewangan TH diaudit oleh Jabatan Audit Negara, bukannya PwC kerana PwC hanya melakukan ulasan kedudukan kewangan.
“PwC hanya menilai kedudukan kewangan kami selepas diaudit Jabatan Audit Negara,” katanya.
Zukri juga menafikan laporan bahawa pelan pemulihan SPV, disyorkan juruaudit swasta, sebaliknya menegaskan ia adalah langkah yang dimulakan oleh lembaga dan pengurusan TH.
“Pelan itu juga diluluskan dan disahkan oleh kerajaan,” katanya.
KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa
KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir
KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi
DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?
KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
The post TH lambat lapor polis, kata CEO Zukri Samat appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191030/th-lambat-lapor-polis-kata-ceo-zukri-samat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Th Lapor Polis Berhubung Dana Politik Rm22 Juta

Th Lapor Polis Berhubung Dana Politik Rm22 Juta

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 291 hits
Abdul Azeez Abdul RahimKUALA LUMPUR Dua laporan polis dibuat Lembaga Tabung Haji terhadap beberapa bekas pihak pengurusan badan itu berhubung penyaluran dana politik Mereka adalah bekas Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dua bekas Ke...
Tabung Haji Lapor Azeez Ismee Kepada Polis

Tabung Haji Lapor Azeez Ismee Kepada Polis

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 343 hits
Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Azzez Rahim dan Ismee Ismail dan beberapa individu pengurusan tertinggi lembaga pengurusan Haji umat Islam di Malaysia Foto Utusan Malaysia Lembaga Tabung Haji mendedahkan dana lebih RM22 juta digu...
Spr Lapor Polis 62 Calon Gagal Serah Penyata Pru14

Spr Lapor Polis 62 Calon Gagal Serah Penyata Pru14

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 296 hits
PUTRAJAYA Seramai 62 orang calon Pilihan Raya Umum ke 14 gagal menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya masing masing kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun Jumlah ini meliputi 14 orang calon bagi bahagian pilihan r...
55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 412 hits
Safeek Affendy RazaliPESERTA mengaminkan doa ketika Himpunan ICERD di Dataran Merdeka FOTO Asyraf HAmzahPOLIS Kuala Lumpur menganggarkan 55 000 peserta hadir ke perhimpunan membantah ratifikasi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pe...
Ini Jawaban Ceo Google Soal Mengapa Ketik Kata Idiot Yang Muncul Foto Donald Trump

Ini Jawaban Ceo Google Soal Mengapa Ketik Kata Idiot Yang Muncul Foto Donald Trump

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 290 hits
Pichai membantah tudingan anggota parlemen dari Partai Demokrat Zoe Lofgren yang menyebut Google punya orang yang mengatur hasil pencarian hingga memunculkan foto Trump ketika kata idiot diketik
Dakwaan Guling Mb Perak Karut Exco Cabar Saarani Lapor Polis

Dakwaan Guling Mb Perak Karut Exco Cabar Saarani Lapor Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 287 hits
Dr Abdul Aziz BariIPOH 30 Nov Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan Perak digesa agar tidak mengambil endah kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad berhubung usaha menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Ke...
Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan Walaupun Doktor Kata Kotor

Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan Walaupun Doktor Kata Kotor

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 594 hits
Rupanya ada lagi manusia yang baik hati dan berperikemanusiaan kat dunia ni ingatkan dah tak ada Kisah ni mengenai seorang anggota polis wanita di Argentina Celeste Ayala yang bertugas di Hospital Kanak Kanak Sor Maria Ludovica di Buenos Ai...
Polis Sudah Tahu Siapa Dalang Rusuhan Kuil Kata Muhyiddin

Polis Sudah Tahu Siapa Dalang Rusuhan Kuil Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 380 hits
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis sudah mengenal pasti individu individu yang disyaki menjadi dalang dalam rusuhan kuil Seafield minggu lalu Beliau berkata polis mempunyai maklumat mereka dan sudah mengambil tindak...
Pendeposit Tabung Haji Tak Panik Kata Ceo

Pendeposit Tabung Haji Tak Panik Kata Ceo

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 414 hits
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai eksekutif Tabung Haji Zukri Samat Foto The Malaysian Insight Lembaga Tabung Haji berkata tiada pengeluaran wang besar besaran dilakukan pendeposit yang panik susulan pendedahan masalah kewang...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi