Th Jamin 31 600 Jemaah Haji Berpeluang Ziarah Raudah


 
Mengikut rekod Tabung Haji daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah haji tahun ini, 36% berusia 60 tahun ke atas manakala bakinya 60 tahun ke bawah. (Gambar AP)MADINAH: Tabung Haji (TH) memberi jaminan akan memastikan semua 31,600 jemaah haji bagi musim 1445H/2024 akan mendapat peluang melakukan ziarah Raudah iaitu satu daripada pengisian ketika mereka berada di sini selama enam hari lima malam.
Naib konsul haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin, berkata permohonan untuk aktiviti itu akan dilakukan oleh pihak TH sendiri menerusi aplikasi Nusuk mengikut kumpulan KT atau kumpulan penerbangan dan disusun mengikut tarikh ketibaan.
“Insya-Allah, Tabung Haji akan membuat permohonan secara rasmi menerusi aplikasi nusuk untuk kesemua 31,600 jemaah haji melakukan ziarah Raudah. Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Jadual ziarah akan diberikan oleh pihak zon iaitu tempat jemaah haji menginap bagi membuat aturan pergerakan kerana kita mengetahui bahawa pergerakan jemaah haji untuk memasuki raudah ini adalah dikawal dan disusun oleh pihak pengurusan Masjid Nabawi,” katanya dalam sidang media di pejabat operasi TH.

Ashrof berkata, terdapat perbezaan pergerakan antara jemaah haji wanita dan lelaki selain perbezaan masa untuk melakukan ziarah.
Kataya, kumpulan jemaah haji akan dipimpin pembimbing ibadah haji Tanah Suci TH yang akan membawa jemaah ke kawasan Raudah dan permit kemasukan itu akan diberikan kepada penjaga pintu masuk Raudah untuk membolehkan mereka beribadat dalam tempoh tertentu.
Sementara itu, untuk jemaah haji yang berusia, TH akan mengenal pasti keupayaan kesihatan mereka dan waris sebelum menawarkan bantuan pergerakan untuk mengunjungi Raudah.
“Jika tidak ada waris, petugas akan membantu pergerakan jemaah yang berusia ini dari tempat penginapan ke Masjid Nabawi atau sekiranya tidak boleh berjalan tetapi sihat untuk bergerak ke Masjid Nabawi, TH juga ada menyediakan bantuan kerusi roda untuk membawa jemaah ini ke Raudah,” katanya.
Mengikut rekod TH, daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah haji tahun ini, 36% berusia 60 tahun ke atas, manakala bakinya 60 tahun ke bawah.
Aktiviti ziarah Raudah merupakan sebahagian daripada pengisian program ziarah dalam yang diatur oleh pihak TH untuk semua jemaah haji sepanjang enam hari lima malam di Madinah selain ziarah luar.
Mengulas kepentingan melakukan aktiviti ziarah sepanjang berada di Madinah, Ashrof berkata TH mengharapkan jemaah mendapat pelbagai kebaikan dan iktibar daripada kisah sejarah di tempat dilawati.
Antara tempat ziarah luar yang diatur untuk jemaah haji termasuk masjid pertama yang dibina Rasulullah, Masjid Quba dan Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai dua arah kiblat.
Masjid berkenaan yang mulanya dikenali Masjid Bani Salamah, mempunyai arah kiblat menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis sebelum turun wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhamad untuk menukar arah kiblat ke Masjidil Haram semasa baginda sedang solat Zuhur di masjid itu.
Selain itu, jemaah haji juga akan dibawa ziarah secara kumpulan dengan menaiki bas ke Masjid Tujuh, Bukit Uhud serta ke ladang kurma. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/th-jamin-31600-jemaah-haji-berpeluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cek Persiapan Akhir Layanan Jemaah Haji Menag Yaqut Terbang Ke Arab Saudi Dini Hari

Cek Persiapan Akhir Layanan Jemaah Haji Menag Yaqut Terbang Ke Arab Saudi Dini Hari

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 215 hits
Menag Yaqut dijadwalkan melakukan sejumlah pertemuan dengan masyariq untuk memastikan persiapan akhir
Simak Ini Bus Bus Gratisu Untuk Jemaah Haji Indonesia Selama Di Mekkah

Simak Ini Bus Bus Gratisu Untuk Jemaah Haji Indonesia Selama Di Mekkah

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 224 hits
Khusus bus ramah lansia ini disediakan sebanyak 20 armada Masing masing bus tersedia 18 kursi
Visa Jemaah Haji Reguler Sudah Terbit 554 Kloter Siap Terbang Mulai 12 Mei 2024

Visa Jemaah Haji Reguler Sudah Terbit 554 Kloter Siap Terbang Mulai 12 Mei 2024

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 188 hits
Sebanyak 554 kloter sudah terbentuk dan tervisa sesuai dengan jumlah kuota jemaah haji Indonesia
Jemaah Tiada Permit Haji Diingatkan Elak Masuk Kawasan Larangan

Jemaah Tiada Permit Haji Diingatkan Elak Masuk Kawasan Larangan

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 233 hits
SEPANG Jemaah negara ini yang tiada memiliki permit haji dinasihatkan agar jangan sekali kali cuba memasuki tujuh kawasan larangan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar...
New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan

Google Fi Tingkatkan Perlindungan Peranti Dapatkan 2 Kali Tuntutan Kehilangan Atau Kecurian

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor