Th Digesa Kaji Semula Subsidi Haji Fokus Jemaah Kurang Mampu


 
Tabung Haji dianggar membelanjakan hampir RM200 juta untuk musim haji tahun ini bagi menampung sebahagian daripada kos sebenar mengerjakan ibadah itu.KUALA LUMPUR: Sejurus berakhirnya musim haji tahun ini, isu kemungkinan berlaku lagi peningkatan bayaran mengerjakan ibadah itu untuk jemaah muassasah di negara ini kembali dibicarakan.
Kemungkinan itu dibayangkan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Azman Mokhtar bulan lepas yang berkata, Tabung Haji dijangka membincangkan isu kenaikan kos musim depan dengan kerajaan.
Bagi mereka yang terlibat dalam pengurusan haji, peningkatan bayaran untuk musim haji 1444 Hijrah/2023 Masihi, jika berlaku, dianggap wajar kerana kos mengerjakan ibadah itu sebenarnya meningkat saban tahun atas beberapa faktor, termasuk inflasi, pergerakan nilai tukaran mata wang, pengenalan caj dan cukai baharu oleh Arab Saudi, selain pembangunan di Makkah serta Madinah.
Pun begitu, kata mereka, kenaikan kos itu tidak begitu dirasai jemaah haji muassasah negara ini, lantaran langkah TH yang menyediakan bantuan kewangan.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Tidak dapat elak
Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Md Daud Che Ngah berkata, peningkatan kos haji perlu diterima bakal jemaah kerana ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Menurutnya, kenaikan itu fenomena yang sudah dijangka, khususnya pasca pandemik Covid-19.
“Memang dijangka kos haji meningkat setiap tahun atas beberapa faktor, termasuk penginapan jemaah, pengangkutan dan pergerakan jemaah haji serta lain-lain perkara yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di saat kita masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini.
“Umat Islam yang berhasrat menunaikan haji perlu bersedia dengan kenaikan kos itu, dan mereka (bakal haji) tidak boleh bergantung pada subsidi atau bantuan kewangan semata-mata untuk menunaikan ibadat tersebut,” katanya kepada Bernama.
Ini juga seiring pendekatan maqasid syariah (matlamat dalam setiap hukum syarak) yang mana antara kewajipan menunaikan fardu haji adalah bagi mereka yang berkemampuan, termasuk dari sudut kewangan.
Justeru, sekiranya bakal jemaah haji memahami konsep berkemampuan mengikut lunas Islam, pasti secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban kos subsidi yang ditanggung TH.
“Istilah kemampuan ini juga boleh dipecahkan kepada aspek berikut, iaitu bakal haji berkemampuan membayar kos tunai haji, ada bekalan nafkah untuk waris ditinggalkan, ada pengangkutan, aman perjalanan (tiada kekacauan), sihat tubuh badan dan mempunyai masa dan kebenaran (untuk menunaikan haji).
“Sudah tiba masanya TH tidak dibebankan dengan jumlah subsidi haji yang tinggi dan bakal haji perlu bersedia membayar lebih serta tidak boleh lagi bergantung pada bantuan TH semata-mata.”
TH dianggar membelanjakan hampir RM200 juta untuk musim haji tahun ini bagi menampung sebahagian daripada kos sebenar mengerjakan ibadah tersebut.
Teliti pemberian subsidi
Sebagai “orang lama” dalam bidang pengurusan haji, katanya, pemberian bantuan kewangan haji perlu diteliti semula, termasuk hanya diberikan kepada bakal haji yang benar-benar layak.
Ini kerana bantuan kewangan yang diberikan secara langsung oleh TH ketika ini tidak hanya dimanfaatkan golongan sasaran, tetapi turut dinikmati mereka yang berpendapatan tinggi dan berkemampuan membayar kos sebenar.
“Saya pernah berkhidmat dengan TH kira-kira 25 tahun, dan saya melihat peruntukan subsidi yang diberikan kepada jemaah muassasah ini terlalu tinggi hingga lebih 60% untuk seorang jemaah.
“Bagi saya, secara peribadi, TH kena nilai semula pemberian subsidi haji secara menyeluruh sebab kita tidak mahu, jika bantuan tersebut diberikan dalam jangka panjang, akan beri kesan kepada TH sendiri. Bagi saya, kalau nak bagi bantuan pun cukup sekadar 30%.
“Dalam situasi ini, kita kena berbalik kepada maqasid syariah. Selain keupayaan kewangan, mereka yang layak juga mestilah sihat tubuh badan dan bebas penyakit. Saya lihat ada jemaah menggunakan kerusi roda dan ditolak dengan bantuan petugas haji, sedangkan mereka yang sakit ini tidak wajib pun menunaikan haji.”
Awal tahun ini, TH menganggarkan kos menunaikan ibadah itu bagi setiap jemaah muassasah untuk musim 1445 Hijrah/2022 Masihi ialah RM25,540, namun angka sebenar meningkat kepada RM28,632.
Daripada jumlah itu, seorang jemaah muassasah B40 hanya membayar RM10,980, manakala bukan B40 sebanyak RM12,980.
Pandangan senada turut disuarakan Pengarah Eksekutif Wira Saujana Travel & Tours, Mohamad Adzri Othman yang berkata, pemberian bantuan itu seharusnya dibuat secara bersasar dengan memfokuskan individu kurang berkemampuan, bukan meliputi semua jemaah seperti amalan semasa.
“Bantuan yang diberikan biarlah adil, sedangkan ada dalam kalangan jemaah muassasah ini daripada mereka yang mampu pergi haji tanpa bantuan (kewangan) TH pun. Bagi saya, perkara seperti inilah yang perlu dinilai semula.”
Perkhidmatan lebih baik
Adzri berkata, jemaah seharusnya akur dengan peningkatan kos mengerjakan haji kerana ia seiring kualiti perkhidmatan dan kemudahan ditawarkan kepada setiap jemaah.
Namun begitu, menurutnya, jemaah haji di negara ini masih beruntung kerana bayaran ditetapkan itu masih rendah berbanding negara lain.
“Untuk jemaah muassasah, mereka yang mendapat subsidi hanya perlu membayar jumlah kecil berbanding kos sebenar ibadah itu.
“Jemaah swasta pula perlu membayar kos haji lebih RM30,000 seorang. Walaupun jumlah ini disifatkan agak besar, perkhidmatan yang kita berikan sebagai pengendali haji swasta adalah yang terbaik, termasuk penginapan dan kemudahan pengangkutan selesa untuk jemaah.”
Jelasnya, peningkatan kos mengerjakan ibadah haji juga dibuat mengikut situasi semasa berikutan kerajaan Arab Saudi sentiasa menaik taraf semua perkhidmatan bagi keselesaan jemaah haji.
“Jika belum berkemampuan, tidak perlu memaksa diri mengerjakan haji. Bagi saya, dengan kos tinggi yang jemaah bayar, mereka boleh menikmati setiap kemudahan terbaik, bukan saja disediakan kerajaan Arab Saudi, tetapi juga syarikat pengendali haji.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/th-digesa-kaji-semula-subsidi-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Subsidi Haji Dari Kerajaan

Tiada Lagi Subsidi Haji Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 243 hits
Semalam kecoh di laman sosial berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar yang meminta bakal jemaah Haji dari Malaysia tidak lagi mengharapkan akan wujudnya subsidi dari kerajaan untuk memba...
Kos Haji Naik Allah Tidak Memaksa Jika Kita Tidak Mampu Idris

Kos Haji Naik Allah Tidak Memaksa Jika Kita Tidak Mampu Idris

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 209 hits
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Ahmad berkata haruslah menjadi panduan dan ingatan bahawa sy
Arab Saudi Lancar Platform Digital Baharu Mudahkan Jemaah Haji

Arab Saudi Lancar Platform Digital Baharu Mudahkan Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 139 hits
Arab Saudi lancar platform digital baharu mudahkan jemaah haji Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Sep 2022 11 4
Husnul Khatimah Bekas Ketua Cawangan Pas Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Seorang Pemurah Jaga Solat Jemaah

Husnul Khatimah Bekas Ketua Cawangan Pas Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Seorang Pemurah Jaga Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 210 hits
Bekas Ketua Cawangan Pas Kampung Kenor Kuala Krai Mohd Radzi Ibrahim 63 tahun yang meninggal dunia sewaktu menunaikan solat Maghrib berjemaah baru baru ini merupakan seorang yang pemurah lapor Sinar Harian Imam Tua Masjid Mukim Kenor Ahmad ...
Jemaah Menteri Setuju Ambil 10 000 Pekerja Asing Dari Sri Lanka

Jemaah Menteri Setuju Ambil 10 000 Pekerja Asing Dari Sri Lanka

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 168 hits
Jemaah Menteri bersetuju bagi pengambilan 10 000 pekerja asing dari Sri Lanka dengan mengambil kira keadaan negara tersebut yang dilanda krisis ekonomi ketika ini Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata kerajaan Sri Lanka tela...
Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 215 hits
Nak buat PRU15 tahun ni memang dah terlambat dan boleh dikatakan agak melampau sekiranya diadakan pada musim tengkujuh Rakyat sedang risau malapetaka banjir apakah yang bakal mereka hadapi Ismail sabri tidak perlu tunduk dengan desakan geng...
Cara Tingkatkan Konsetrasi Agar Lebih Fokus

Cara Tingkatkan Konsetrasi Agar Lebih Fokus

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 222 hits
Ada tiga cara yang bisa kamu lakukan agar kamu bisa berkonsentrasi
Zaid Ibrahim Persoal Sikap Kurang Ajar Maljis Peguam Terhadap Ydpa

Zaid Ibrahim Persoal Sikap Kurang Ajar Maljis Peguam Terhadap Ydpa

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 231 hits
Oleh Adam MalikAdakah rakyat bakal diperdaya sekali lagi berkenaan terma2 perundangan oleh Majlis Peguam Ketika seorang hakim didapati ada kesalahan melakukan rasuah dan majoriti rakyat mahu dia didakwa dan dibicarakan maka Majlis Peguam pu...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik