Th Bukan Ambil Masa Lama Tetapi Tunggu Laporan Lengkap


KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) mendakwa pihaknya mengambil tempoh masa panjang untuk membuat laporan polis berhubung skandal kewangan melanda agensi berkenaan yang didedahkan berlaku sejak 2014 lagi, kerana perlu meneliti isu itu secara mendalam terlebih dulu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata pihaknya perlu memastikan maklumat penyiasatan kira-kira dilakukan dan benar-benar berpuas hati sebelum melakukan laporan polis.
“Kami membuat laporan polis pada 30 November lalu selepas berpuas hati terhadap semula laporan diterima,” katanya.
TH sebelum ini dilaporkan membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta empat pegawai pengurusan kanannya.
Pegawai kanan TH yang dinamakan dalam laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) itu ialah Ketua Pegawai Operasi (COO) Datuk Adi Azuan; Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid serta Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.
Laporan pertama membabitkan dana Program Yayasan Tabung Haji 2017, apabila sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk pembiayaan kegiatan yang mempunyai kecenderungan politik dan bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan Yayasan Tabung Haji (YTH).
Ketika itu, Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi dan Rozaida adalah Pemegang Amanah YTH.
Zukri, berkata demikian pada sidang akhbar Pemulihan Status Kewangan TH Menerusi Special Purpose Vehicle (SPV) atau Syarikat Tujuan Khas.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus, Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, memperkukuhkan skandal kewangan TH apabila mendedahkan hasil siasatan dan audit syarikat juruaudit bebas, PrincewaterhouseCoopers(PwC) mendapati pemberian hibah kepada pendepositnya sejak 2014 dikatakan bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
PwC mendapati akaun TH diaudit berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset keseluruhan RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti ialah RM74.4 bilion, menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 bilion.
Ditanya sama ada TH akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Lembaga Pengarah lama, beliau berkata hal berkenaan akan diserahkan kepada peguam mereka.
Mengulas mengenai pembayaran dividen, Zukri memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan pendeposit dan akan tetap dibayar mengikut keuntungan, namun belum ditentukan lagi.
Mengenai spekulasi pengeluaran secara besar-besar dalam kalangan pendeposit berhubung pendedahan TH itu, katanya ia tidak berlaku, sebaliknya ada 170 pendeposit membuka akaun baharu dengan TH pada hari ini.
Malah, beliau turut memberi jaminan kepada pendeposit bahawa isu berkenaan tidak akan menjejaskan operasi mengerjakan ibadat Haji tahun hadapan. Tahun lalu, secara purata ia membabitkan kos RM20,000 seorang.
Pada sidang akhbar yang sama, Zukri turut memberitahu, penyata kewangan TH diaudit oleh Jabatan Audit Negara, bukanya PwC kerana PwC hanya melakukan ulasan kedudukan kewangannya TH.
“PwC hanya menilai kedudukan kewangan kami selepas diaudit Jabatan Audit Negara,” katanya.
Zukri juga menafikan laporan bahawa pelan pemulihan SPV disyorkan juruaudit swasta, sebaliknya menegaskan ia adalah langkah yang dimulakan oleh lembaga dan pengurusan TH.
“Pelan itu juga diluluskan dan disahkan oleh kerajaan,” katanya.
The post TH Bukan Ambil Masa Lama Tetapi Tunggu Laporan Lengkap appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/th-bukan-ambil-masa-lama-tetapi-tunggu-laporan-lengkap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Tepat Arif Dapat Adik Tya Ariffin Tak Merancang Tunggu Lama Kali Ni Tiada Alahan Teruk

Masa Tepat Arif Dapat Adik Tya Ariffin Tak Merancang Tunggu Lama Kali Ni Tiada Alahan Teruk

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 515 hits
Tya Arifin mengakui sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya hamil anak kedua Menurut menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza dia dan suami Asyraf Khalid sudah bersedia dan tidak merancang tunggu lama lama menimang cahaya mata seterusnya ...
Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang

Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 432 hits
Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang
Tabung Haji Buat Laporan Polis Pengurusan Lama

Tabung Haji Buat Laporan Polis Pengurusan Lama

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 301 hits
Lembaga Tabung Haji telah membuat dua laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini yang melibatkan mantan Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan ...
Th Rafizi Bimbang Yang Miskin Terpaksa Tunggu Lebih Lama Tunai Haji

Th Rafizi Bimbang Yang Miskin Terpaksa Tunggu Lebih Lama Tunai Haji

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 255 hits
Tabung Haji rugi sebenar secara undang undang tidak boleh membayar dividen Rafizi menyeru supaya Tabung Haji menubuhkan satu pasukan bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasi pengendalian haji Foto The Malaysian Times oleh Ra...
Pekerja Amazon Di Minneapolis Berdemo Untuk Masa Bersolat Lebih Lama

Pekerja Amazon Di Minneapolis Berdemo Untuk Masa Bersolat Lebih Lama

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 258 hits
Amazon ialah antara lima syarikat dengan nilai tertinggi di dunia Selama beberapa hari tahun ini ini berjaya memintas Apple sebagai syarikat paling bernilai apabila harga saham keseluruhan melangkaui 1 trilion Tetapi kejayaan ini dibina di ...
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 430 hits
Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbagai aktiviti dan rutin harian mereka Dengan perkembangan teknologi terkini dan seiring dengan kemajuan semasa ma...
Formula Anyar Harga Bbm Tunggu Restu Menteri Sri Mulyani

Formula Anyar Harga Bbm Tunggu Restu Menteri Sri Mulyani

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 277 hits
Kementerian Energi Sumber Daya Mineral telah menyelesaikan penetapan formula harga BBM jenis bensin atau gasoline Atas acuan baru tersebut dapat mengurangi beban subsidi Formula baru harga bensin telah selesai dirumuskan saat ini sedang dil...
Simon Korban Selamat Dari Buruan Kkb Di Papua Tunggu Kepastian Pulang Kampung

Simon Korban Selamat Dari Buruan Kkb Di Papua Tunggu Kepastian Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 254 hits
Pascakejadian itu Simon jadi berpikir dua kali untuk bekerja di Papua PT Istaka Karya menurut Simon sempat mengutarakan opsi lain apabila Simon masih ingin bekerja
Kami Sentiasa Tunggu Kehadiran Aidil Kembali Ke Sisi Anak Anak Rita Rudaini

Kami Sentiasa Tunggu Kehadiran Aidil Kembali Ke Sisi Anak Anak Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 377 hits
Perceraian tidak dinafikan akan memberikan impak besar terhadap anak anak apatah lagi perpisahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan mempunyai pelbagai isu dan kontroversi Tidak pernah menanam rasa benci dalam diri anak anak terhadap bapa mereka ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan