Tg Piai Undi Ph Lebar Kekakan Dominasi Dap Dupp




DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru kepada semua pengundi PRK Tanjung Piai untuk tidak memberikan sebarang undi kepada calon PH walaupun calon PH bukan dari parti DAP. 
Memberikan undi kepada mana-mana calon PH hakikatnya hanya melebarkan atau mengekalkan kuasa DAP dalam mendominasi PH pada hari ini. Inilah kemudaratan yang besar mesti dielakkan. 

Antara kaedah yang terpakai dalam hal seperti ini ialah:
إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما 
“Apabila bertembung dua kerosakan, maka hendaklah dijaga daripada terjadi mudharat yang lebih besar dengan memilih mudharat yang lebih ringan antara keduanya.”
Sehubungan itu, DUPP menyokong calon yang telah dikemukakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 nanti. 

Sokongan ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai antara PAS dan Umno pada 14 September 2019 yang lalu sekali gus melibatkan parti-parti dalam komponen Gagasan Sejahtera dan juga Barisan Nasional. Lantaran itu, secara asasnya apa sahaja syarat bersama pada perkara yang tidak mengandungi unsur haram dan percanggahan syariat adalah dihormati dan disempurnakan. 
Sabda Rasulullah S.A.W:
الصلح جائز بين المسلمين، إلا صلحاً حرم حلالاً، أو أحل حراماً. والمسلمون على شروطهم، إلا شرطاً حرم حلالاً، أو أحل حراماً 

"Perdamaian dibenarkan di kalangan orang Islam, kecuali perdamaian itu mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Dan umat Islam atas syarat mereka (wajib memelihara), kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram." (Riwayat at-Tirmizi)


Melihat kepada situasi semasa politik Malaysia di bawah pemerintahan PH, fokus utama dalam pertimbangan sesuatu PRK yang berlaku serta PRU15 yang akan datang ialah dengan tidak memberikan kemenangan kepada PH untuk terus berkuasa. Ini kerana, dengan jelas kebiadaban yang ditunjukkan oleh DAP dalam mendominasi PH sangat memberikan kesan negatif ke atas agama Islam, ummah dan negara. 
Justeru, walaupun calon dari Muafakat Nasional yang diwakili oleh BN adalah non-Muslim namun ia bukanlah terlarang secara mutlak. Ini kerana penentangan kita bukanlah atas sentimen berlainan agama atau bangsa. Malah Islam sendiri tidak melarang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non-Muslim yang tidak melawan Islam. 
Firman Allah S.W.T:
لَّا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ لَمۡ یُقَـٰتِلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَلَمۡ یُخۡرِجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِینَ 

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [al-Mumtahanah: 8]
Perlu difahami bahawa penentangan ke atas DAP adalah kerana sikap mereka yang keras memusuhi agenda umat Islam yang dizahirkan oleh pimpinan mereka dalam banyak isu serta keterlibatan pimpinan mereka dengan kumpulan pengganas iaitu LTTE. 

Menyelamatkan negara dan agama Islam dari terus menjadi mangsa kerakusan PH merupakan satu kewajipan pada masa kini. Maka apa sahaja usaha untuk menjayakan kewajipan ini sekali gus juga menjadi wajib:
ما لَا يَتِمُّ اَلْوَاجِبْ إِلَّا بِهِ ، فَهُوَ وَاجِبٌ 
“Perkara yang tidak akan sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.”
Perlu diingat bahawa setiap undi dalam kiraan sistem demokrasi adalah sangat penting. Maka, pengundi hendaklah keluar untuk mengundi dengan mengundi calon dari Muafakat Nasional kerana melalui kuasa undian, kemudharatan boleh dicegah. Hal ini juga termasuk dalam kaedah melenyapkan kemudaratan. 

Ini kerana mudarat adalah perkara yang wajib dijauhi dan dilenyapkan sebagaimana kaedah asas dalam perbincangan displin ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah iaitu:  
الضرر يزال 
“Kemudaratan (wajib) dihilangkan”
Justeru, DUPP mengajak semua ahli dan masyarakat umum agar terus fokus kepada usaha-usaha menyelamatkan negara menerusi kerjasama Muafakat Nasional yang telah digerakkan ini secara konsisten dan serius.  
Sekian. 
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEHKetua Dewan Ulamak PAS Pusat Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh) - HARAKAHDAILY 31/10/2019




Undilah PAS.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/tg-piai-undi-ph-lebar-dominasi-dap-dupp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ternow Dap Jadi Beban Kepada Bersatu Untuk Menang Di Tanjung Piai

Ternow Dap Jadi Beban Kepada Bersatu Untuk Menang Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 297 hits
tahanan sosma yang DAP pertahankan PH juga mempunyai banyak isu untuk melemahkan calon BN tetapi sejauh mana jentera pilihanraya berkesan
Spr Keluarkan 253 Kertas Undi Pos Bagi Prk Parlimen Tanjung Piai

Spr Keluarkan 253 Kertas Undi Pos Bagi Prk Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 359 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tg Piai Banyak Calon Majoriti Kemenangan Mungkin Bawah 100 Undi

Tg Piai Banyak Calon Majoriti Kemenangan Mungkin Bawah 100 Undi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 253 hits
Persaingan sengit 6 penjuru dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai mungkin menyaksikan majoriti undi pemenang kerusi di bawah 100 undi Menurut Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran Pakatan Harapan hanya boleh mencatat kemenangan jika mel...
Prk Tanjung Piai Anwar Dan Dap Tidak Bantu Calon Mahathir

Prk Tanjung Piai Anwar Dan Dap Tidak Bantu Calon Mahathir

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 532 hits
Kalau dibaca 5 perkara utama yang perlu ditumpukan oleh calon PPBM di PRK Tanjung Piai pengundi pengundi kawasan parlimen itu sebenarnya tidak susah untuk memilih ahli parlimen mereka yang baharu Mereka tidak perlukan seorang lagi ahli parl...
Tanjong Piai By Election Is A Test For Dap

Tanjong Piai By Election Is A Test For Dap

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 410 hits
Tanjong Piai sits at the southernmost tip of mainland Asia In the 90s there were ideas and proposals to take advantage of the attraction to turn it into a major tourist destination However it never got off the ground There were no serious c...
Rm7 Juta Untuk Tanjung Piai Bukan Mahu Raih Undi Pm

Rm7 Juta Untuk Tanjung Piai Bukan Mahu Raih Undi Pm

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 289 hits
Kabinet keluar amaran supaya MP kerajaan hadir Dewan Rakyat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan peruntukan berjumlah RM7 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk kawasan Tanj...
Prk Tg Piai Presiden Mca Senyum Lebar Selepas Mesyuarat

Prk Tg Piai Presiden Mca Senyum Lebar Selepas Mesyuarat

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 272 hits
October 29 2019 9 32 PMKUALA LUMPUR Presiden MCA Wee Ka Siong gembira dengan hasil mesyuarat bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC SA Vigneswaran mengatakan orang ramai sudah boleh meneka calon Barisan Nasional bagi Pili...
Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

Dua Adun Dap Terbabit Ltte Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 314 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan didakwa di mahkamah esok Dua ADUN terbabit akan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh Melaka pagi esok Peguam mer...
12 Dap Tamil Tigers To Be Charged In Court

12 Dap Tamil Tigers To Be Charged In Court

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 190 hits
The 12 people investigated for alleged links to the now defunct Tamil separatist group Liberation Tigers of Tamil Eelam are to be charged in court tomorrow and on Friday sources confirmed This includes two DAP state assemblyman Saminathan G...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya