Tetangga Kita Melancarkan Kempen Makasih Ya Bekerjasama Dengan The Hope Branch


Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya” Bekerjasama Dengan The Hope Branch | Sebuah Inisiatif CSR bagi Membantu Komuniti yang Terjejas Akibat Pandemik COVID-19. Tetangga Kita, kedai makanan berasal dari Indonesia yang khusus menjual martabak, hari ini telah memperkenalkan bungkusan makanan terbarunya – “To all our frontliners, Makasih Ya” – bagi menzahirkan penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berjuang sepanjang tempoh wabak COVID-19 yang serba mencabar ini. Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya” Bekerjasama Dengan The Hope Branch
Sempena kempen yang bermula hari ini hingga Februari 2021, Tetangga Kita dengan kerjasama The Hope Branch, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine juga dikenali sebagai Pertubuhan Harapan Amal Harith Iskander, akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan keseluruhan kempen berkenaan kepada NGO tersebut.
Disasarkan untuk memperkenalkan makanan jalanan asli Indonesia secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia, Tetangga Kita ini menggunakan ramuan serta resepi asli yang dibawa daripada Indonesia. Tetangga Kita menawarkan dua pilihan, Martabak Manis dan Martabak Telor, yang masing-masing terkenal dengan rasa manis dan savuri. Bagi Martabak Manis, para pelanggan mempunyai pilihan sama ada ingin menikmati martabak yang lebih tebal yang kaya dengan perisa dalam setiap kunyahan atau martabak nipis untuk menikmati rasa yang lebih garing dan rangup.


Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya”
Tetangga Kita Melancarkan Kempen “Makasih Ya” Bekerjasama Dengan The Hope Branch


Antara resipi-resipi istimewa menu Tetangga Kita termasuklah Jagung Keju (Tebal), Lotus Biscoff (Tebal) dan Sapi, iaitu martabak telur garing dengan daging lembu, bawang dan daun bawang. Tetangga
Kita turut menyajikan minuman sejuk seperti Cold Brew Latte yang diperbuat daripada biji kopi Ethiopian Yirgacheffe yang dibru sejuk dengan susu dan sedikit gula Melaka, sesuai untuk dinikmati dengan mana-mana pilihan martabak. Setakat ini, Tetangga Kita mempunyai dua buah cawangan di Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur dan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Tetangga Kita, sebuah jenama yang sentiasa bersedia untuk menabur bakti kepada komuniti, menyedari impak COVID-19 ke atas kehidupan sebahagian besar anggota masyarakat. Tetangga Kita menyasarkan untuk menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan yang memerlukan, bagi menyokong petugas-petugas barisan hadapan. Dengan pelancaran bungkusannya yang terbaru ini, Tetangga Kita turut bersama ingin menyatakan penghargaannya kepada petugas-petugas barisan hadapan daripada hospital, polis dan tentera.


Kerjasama dengan The Hope Branch
Tetangga Kita akan menyalurkan sumbangan kepada The Hope Branch, sebuah NGO yang ditubuhkan secara khusus bagi membantu keluarga yang mudah terjejas, ibu bapa tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti terpinggir dan golongan B40 menghadapi cabaran sepanjang tempoh pandemik ini. Setakat ini, The Hope Branch telah menyumbangkan sebanyak 25,000 makanan dan telah mengedarkan hamper barang runcit yang memberi manfaat kepada 200,000 buah keluarga. The Hope Branch turut bekerjasama dengan KitaJagaKita, sebuah “one-stop-shop” yang mempamerkan inisiatif-inisiatif akar umbi Malaysia dalam melawan COVID-19, bagi mempercepatkan penyaluran bantuan dan mengekalkan hubungan dengan petugas-petugas barisan hadapan perubatan.
Keseluruhan kempen ini dijadualkan untuk berlangsung selama tiga bulan bermula hari ini hingga Februari 2021. Di sepanjang tempoh kempen ini, para pelanggan Tetangga Kita akan menerima bungkusan baru, "To all our frontliners, Makasih Ya”. Di penghujung kempen ini, Tetangga Kita akan menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehinya selama tiga bulan kepada The Hope Branch. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kedua-dua cawangan Tetangga Kita hanya akan menyediakan makanan dan minuman untuk dibawa pulang dan servis penghantaran sahaja.
Para pelanggan boleh membuat pesanan melalui laman sesawang rasmi Tetangga Kita https://tetanggakita.oddle.me/en_MY/ atau aplikasi rakan penghantaran makanan mereka seperti Grab Food, Food Panda dan Oddle.


Mengenai Tetangga Kita Enterprise
Tetangga Kita Enterprise ditubuhkan pada April 2018. Ia adalah sebuah syarikat makanan dan minuman yang khusus menjual martabak dari Indonesia. Berasal dari Pulau Bangka Belitung yang terletak di perairan wilayah Sumatera Selatan, ia menyasarkan untuk memperkenalkan makanan jalanan asli Indonesia secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia.
Berbekalkan ramuan dan resipi asli yang dibawa dari Indonesia, Tetangga Kita menawarkan pelbagai jenis martabak manis dan savuri, didatangkan dalam dua pilihan iaitu nipis atau tebal. Selain daripada itu, mereka juga pakar dalam menyediakan minuman Indonesia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tetangga Kita, sila kunjungi laman sesawang rasmi mereka di https://tetanggakita.oddle.me/en_MY/ atau Instagram @tetanggakita.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/12/tetangga-kita-melancarkan-kempen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Croods A New Age Dominasi Kutipan Box Office

The Croods A New Age Dominasi Kutipan Box Office

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 328 hits
Filem animasi The Croods A New Age mendominasi kutipan box office apabila mencatatkan kutipan sebanyak 35 juta dolar seluruh dunia Dipasaran domestik US The Croods A New Age mengutip 9 7 juta pada minggu pertama mengatasi kutipan 9 35 The p...
7 Who Did Not Stand For The National Anthem Freed

7 Who Did Not Stand For The National Anthem Freed

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 267 hits
The seven outside the Magistrate s Court in Kuching Sarawak today KUCHING A group of activists charged with refusing to stand when the national anthem was played during an event on Sept 27 last year was acquitted and discharged by the Magis...
The 2021 Volkswagen Tiguan Soon To Hit Dealerships

The 2021 Volkswagen Tiguan Soon To Hit Dealerships

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 229 hits
The Tiguan SUV is one of Volkswagen s most successful vehicles in the market with over 6 million units sold since it came out in 2019 The historical triumphs of the Tiguan have led the German auto giant to release the 2021 model ExteriorThe...
The Best Christmas Trees Seen On Pinterest For Inspiration

The Best Christmas Trees Seen On Pinterest For Inspiration

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 345 hits
In this dark year Christmas presents itself as the perfect occasion to find the peace love and shelter we need The warmth of home and the company of our relatives are true treasures that take The post appeared first on
R100xe The Bmw R80g S Evolution We Deserve

R100xe The Bmw R80g S Evolution We Deserve

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 272 hits
The BMW R80G S created a new genre of motorcycling when it first appeared and is considered an icon today The GS designation is still a staple of BMW s range but it s evolved a lot since 1980 both technologically and visually By 1987 the R1...
Jangan Lupa Undi Saya Blogger Of The Year Kemmainn

Jangan Lupa Undi Saya Blogger Of The Year Kemmainn

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 302 hits
assalamualaikumholaa bloggers hollaa readers kali ni aku nak mintak tolong kawan kawan aku untuk undi aku kat kehkehkeh kemmain kan BLOGGER OF THE YEAR tujuan akU masuk ni pun suka suka je mana la tau kan tiba tiba Nuffnang ke Digi ke salah...
The Benefits Of Automation

The Benefits Of Automation

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 227 hits
Automation in terms of or in industrial companies has come a long way in making work easier The sole reason for automating machines in a factory is to produce more at a faster rate with more efficiency This will then hopefully cater to sati...
Mulatto Denies Colorism Remarks Stop With The False Narrative

Mulatto Denies Colorism Remarks Stop With The False Narrative

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 288 hits
Mulatto Denies Colorism Remarks Stop With the False Narrative While it remains to be seen what exactly B h From Da Souf says on Clubhouse app some Internet users quickly drag the female emcee for allegedly saying that colorism isn t real De...
Anwar Ibrahim Is The Problem Not The Solution

Anwar Ibrahim Is The Problem Not The Solution

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 317 hits
But then whatever is wrong with Malaysia is because of Anwar Whatever Mahathir and Daim may have done to Malaysia was possible because of Anwar Anwar helped Mahathir and Daim screw Malaysia If there had not been a person named Anwar then Ma...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari