Bahagian atap adalah tajam dan mempunyai banyak permukaan yang rata. Pilihan estetik ini disengajakan dengan permukaan yang rata tubuh kaca tahan karat Cybertruck direka untuk tahan dihentak dengan tukul Triple H dan tembakan dari pistol 9mm. Elon Musk berkata kaca yang digunakan juga lebih tahan lasak berbanding cermin kenderaan semasa.
Rekaan dalaman juga menggunakan tema bersegi dengan kerusi berkotak. Kabin boleh menempatkan lima penumpang, Sebuah skrin LCD sebesar 17″ diletakkan pada konsol tengah. Konfigurasi kabin adalah sama seperti yang digunakan pada Model 3. Keempat-empat tayar menggunakan sistem gantungan udara yang boleh dilaras. Elon menunjukkan demo menyimpan sebuah Quad-Bike pada bahagian belakang. Cybertruck menurunkan ketinggian belakang kenderaan secara automatik apabila tanjak terbina ditarik keluar dari pintu belakang.
Bagaimana pula dengan spesifikasi? Tiga model dilancarkan dengan pilihan satu, dua atau tiga motor elektrik. Model satu motor mampu menarik beban sehingga 3400 kg dan jarak operasi 402 km, Model dwimotor mampu menarik beban sehingga 4535 kg dan jarak operasi sehingga 482 km, Akhir sekali model trimotor mampu menarik beban sehingga 6350 kg dan jarak operasi sehingga 800 km.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |