Teruskan Subsidi Ayam Telur Pastikan Harga Berpatutan Perniagaan Bertahan
Tindakan Kerajaan Perpaduan meneruskan subsidi ke atas pengeluar
ayam dan telur sewajarnya disokong penuh dan dialu alukan.
Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup, Keusahwanan dan
Pertanian Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, penerusan subsidi itu bukan
sahaja menjamin harga asas ayam dan telur mampu dibeli rakyat tetapi juga untuk
memastikan pengeluar boleh bertahan dan terus menghasilkan bekalan.
"Saya secara peribadi sebagai Ahli Parlimen dan juga anggota
Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup, Keusahwanan dan Pertanian menyokong
pengumuman Perdana Menteri untuk meneruskan subsidi ayam dan telur
"Dengan adanya pemberian subsidi bermakna industri ternakan
ayam dan telur di Malaysia dapat hidup serta dapat mengeluarkan bekalan yang
mencukupi di pasaran
"Apabila industri ternakan diberi subsidi ia bermakna
Kerajaan boleh menguatkuasakan harga kawalan ke atas ayam dan telur
"Bila harga ayam dan telur terkawal ia bermakna rakyat dapat
membeli kedua bahan mentah itu yang menjadi sumber makanan dan protein dengan
harga mampu beli," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, tindakan memberi
subsidi pada jangka pendek atau sederhana tidak akan menjelaskan ekonomi.
Katanya, subsidi perlu diberi memandangkan kos pengeluaran ayam
dan telur naik mendadak akibat harga makanan ayam yang diimport melonjak
berikutan pandemik Covid-19, perang di Ukraine dan rantaian bekalan yang
terganggu serta nilai Ringgit merosot berbanding Dolar Amerika.
"Kerajaan Persekutuan cukup menyedari langkah memberi subsidi
untuk bekalan ayam dan telur perlu disemak semula apabila industri pengeluaran
ayam dan telur pulih serta dapat berdikari
"Maka waktu itu apabila industri telah siap sedia, barulah
subsidi ayam dan telur ditamatkan di mana pengeluar ayam dan telur itu berupaya
menjual dengan harga yang berpatutan dalam keadaan pihak pengeluar boleh
mendapat keuntungan.
"Kerajaan Persekutuan akan dapat menjimatkan berpuluh billion
ringgit setahun apabila industri ayam dan telor ini dapat bangkit semula dan
harga kembali stabil di pasaran pada ketika itu," katanya lagi.
Tambah Hassan, sekiranya penarikan subsidi dibuat maka ianya akan
memberi kelebihan kepada ekonomi negara. Namun ketika ini, katanya, subsidi
ayam dan telur masih amat perlu diteruskan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/06/teruskan-subsidi-ayam-telur-pastikan.html