Teruskan Menghayati Al Quran Dengan Mata Hati Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa, teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 18 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan umat Islam supaya meneruskan tadabbur iaitu menghayati, merenung dan memikirkan al-Quran dengan mata hati sempena sambutan Nuzul al-Quran, hari ini.
Perdana Menteri berkata, wahyu pertama diterima Rasulullah SAW iaitu Iqra’ (Bacalah), yang menjadi peristiwa penting dalam Nuzul al-Quran, menjadi titik permulaan sebuah era berasaskan ilmu.
Katanya, ia juga menjadi panduan dalam mengangkat martabat insan dengan nilai keadilan dan ihsan.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa, teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati.

“Al-Quran adalah hidayah dan petunjuk, bagi hamba yang bertaqwa, dan bagi yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan sahaja akan merasai kemanisan taqwa.
“Salam Nuzul al-Quran saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia walau di manapun kalian berada,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkongsi sejarah peristiwa penting Nuzul al-Quran ketika wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’.
Beliau turut memetik firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah pada permulaan ayat 185:
‎شَهۡرُ رَمَضَانَ الَّذِىۡٓ اُنۡزِلَ فِيۡهِ الۡقُرۡاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الۡهُدٰى وَالۡفُرۡقَانِۚ
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri mengingati umat Islam supaya mengejar keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.
“Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatul qadar, malam seribu bulan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/teruskan-menghayati-al-quran-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkr Disaran Teruskan Penggunaan Teknologi Terkini Jimat Kos Pm Anwar

Kkr Disaran Teruskan Penggunaan Teknologi Terkini Jimat Kos Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 183 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR di Kompleks Kerja Raya pada 20 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 21 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Kementerian Kerja R...
Kerajaan Persekutuan Negeri Perlu Kerja Keras Bina Masa Depan Malaysia Pm Anwar

Kerajaan Persekutuan Negeri Perlu Kerja Keras Bina Masa Depan Malaysia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 237 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor di Shah Alam pada 13 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimSHAH ALAM 13 Mar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras...
Foto Berita Anwar Seru Pemimpin Masyarakat Perjelas Kejayaan Kerajaan Madani

Foto Berita Anwar Seru Pemimpin Masyarakat Perjelas Kejayaan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 176 hits
FOTO BERITA Majlis Berbuka Puasa MADANI 2025 YAB Perdana Menteri Turut hadir YAB Dato Menteri Besar Selangor bersama sama pimpinan masyarakat tempatan Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia Seksyen 7 Shah Alam Selangor 13hb ...
Manusia Bernama Anwar Ibrahim Ini Tak Takut Siapa Dia Buat Apa Dia Rasa Betul

Manusia Bernama Anwar Ibrahim Ini Tak Takut Siapa Dia Buat Apa Dia Rasa Betul

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 264 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 14 2025Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah gentar dengan ancaman mana mana pihak Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden PKR Datuk Romli Ishak berkata sepanjang beliau mengen...
Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 183 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 15 2025Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak mampu menahan air mata selepas penantiannya selama 36 tahun untuk mendapatkan kembali empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi akhirnya selesai Dalam nada sebak pela...
Pm Anwar Lawat Bazar Ramadan Seksyen 2 Nasihat Peniaga Jaga Harga Jualan

Pm Anwar Lawat Bazar Ramadan Seksyen 2 Nasihat Peniaga Jaga Harga Jualan

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 247 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam pada 13 Mac 2025 Foto RTMSHAH ALAM 13 Mar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan ...
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

Ikea Malaysia Fokus Kepada Konsep Berpatutan Seiring Perubahan Trend Kehidupan Di Rumah

Warga Asing Agresif Diberkas Jpj

Kedah Bekas Suami Mangsa Tikam Di Guar Chempedak Dicari

Pvc Folder Menu Printing Pilihan Premium Untuk Restoran Caf Hotel

Simpan Video Dan Foto Dari Threads Dan Instagram Dengan Mudah

Doa 13 September 2025

Bungkusan Disyaki Mengandungi Mayat Ditemukan Di Tepi Sungai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

Bahan Untuk Penanaman Pokok

Lemang Rendang Ayam Pencen

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Senarai Pemenang Aim24

Buah Belimbing Buluh Rancak Berbuah