Teruskan Karier Lakonan Jiho Bekas Ahli Oh My Girl Sertai Agensi Baru
Kim Ji-ho bekas ahli kumpulan Oh My Girl kini dikhabarkan sedang mencari agensi baharu setelah menamatkan kontraknya dengan agensi sebelum ini WM Entertainment.
ARTIKEL BERKAITAN
"Awak Dalam Keadaan Gawat" - Eunkwang BTOB & Yubin Oh My Girl Kongsi Baki Akaun Bank
Baru-baru ini, satu agensi yang mengadakan perbincangan bersama Ji-ho memeberi satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.
P&Studio mengumumkan bahawa
Memang benar kami mengadakan pertemuan dengan Ji-ho. Kami berbincang secara positif.
P&Studio adalah agensi yang turut menguruskan pelakon Park Hyung-sik dan Sung Yu-bin. Ji-ho meninggalkan pasukannya dengan menamatkan kontraknya dengan agensi kumpulan Oh My Girl iaitu WM Entertainment pada April lalu.
Kumpulan Oh My Girl terus bekerja sebagai kumpulan sebagai enam ahli iaitu Hyo-jeong, Mimi, Yoo-A, Seung-hee, Yu-bin dan Arin. Ji-ho berkata melalui satu laman web kafe peminat rasmi Oh My Girl pada bulan Mei lalu bahawa,
Saya telah bercakap dengan syarikat beberapa kali tentang aktivit masa depan, tetapi kami memutuskan untuk menyokong satu sama lain di masa hadapan. Saya masih akan menyokong aktiviti kumpulan Oh My Girl.
Dia menyambung,
Saya tidak boleh memberitahu kalian semua secara terperinci tentang perancangan masa depan saya, tetapi apa sahaja yang saya lakukan pada masa hadapan, saya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan imej yang baik.
Semoga bila Ji-ho dah berkerjasama dengan agensi baru, segala aktivitinya di masa hadapan akan menjadi satu kejayaan buat dirinya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/teruskan-karier-lakonan-jiho-bekas-ahli-oh-my-girl-sertai-agensi-baru/