Terus Usaha Dan Kejayaan Milik Anda
Usaha dan rajin harus saya katakan ialah salah satu faktor kejayaan saya dari zaman sekolah sehingga kini. Bila mana saya mulakan suatu usaha ke arah sesuatu kejayaan dan buat tanpa jemu, jarang sekali saya gagal. Tetapi yang paling utama ialah kita tahu dari siapa kejayaan kita.
Kita tidak berjaya kerana 300% kita rajin berusaha dan tidak jemu berusaha.
Kita berjaya kerana Allah yang izinkan disebabkan oleh niat kita adalah kearah kebaikkan.
Dan walau saya tidak dibesarkan dalam keluarga yang alim, tetapi saya dididik walau apa jua kemahuan saya inginkan, minta dengan Allah. Saya mula solat hajat semasa saya tingkatan 3, waktu itu saya sedar saya bukanlah seorang pelajar yang bijak. Saya tidak terus faham apa yang cikgu ajar di dalam kelas. Malah saya perlukan banyak latihan untuk jadi pandai.
Waktu itu saya buat solat hajat setiap hari dengan doa yang sama. Doa dengan kuat seolah-olah gigi kita sedang diketap. Tidur pada jam 3 pagi. Alhamdulillah, siapa sangka saya berjaya dapat 7 A 1 B akhirnya. Punyalah suka masya Allah.
Alhamdulillah
Dan ya, bila kita usaha buat jahat, memang Allah tidak akan memihak kepada kita. Berbuat jahat mungkin rasa best dari segi kepuasan nafsu dan kepentingan diri tetapi tiada support dari Pencipta. Tiada kegiatan jahat yang bawa diri kita lebih dekat kepada Pencipta. Ianya hanya menjauhkan sahaja.
Sejak saya berniaga bermula pada tahun 2008-2009. Saya berusaha terlalu gigih sehingga meletakkan Allah di tepi. Sedangkan pada masa dulu, usaha itu ialah cara untuk berjaya dan Allahlah tempat kita bergantung dan berharap sepenuhnya. Tetapi saya lupa.
Makin dewasa, makin lupa.
Teruknya saya ketika itu. Bayangkanlah usaha giler-giler pastu sebulan dapat berapa ringgit je. Syukurlah time tu bukan keluarkan modal ke apa.. Saya memang bermula dengan dropship dan buat bisnes secara online. Saya tahu saya ada masalah modal. Saya tahu saya tidak yakin untuk mempunyai masa handle produk dan pos. Masa ni saya masih bekerja lagi. Saya bekerja di kilang pembuatan plastik di Nilai, Negeri Sembilan sebagai Jurutera Kualiti atau QC Officer.
Saya tinggal bersama anak pertama saya sahaja. PJJ dengan encik suami. Gaji jurutera saya waktu ini tidaklah besar, RM2,300. Jika nak banyak, kenalah buat overtime. Terus terang, saya tidak suka buat OT. Tepat atau lebih sedikit jam 5.30 petang, saya akan pulang ke rumah.
Entah kenapa saya minat berniaga. Jadi saya bermula dengan menjual pakaian-pakaian muslimah. Entah mana dorongannya, saya tak muslimah pun. Tak pakai pun blouse labuh ke tudung labuh ke, tapi kuasa Allah dan lorongan dari Nya membawa saya ke pakaian sopan dan menutup aurat. Saya suka dan saya join sebagai dropship produk tersebut. Dan dari sinilah moment saya sebagai seorang peniaga online secara dropship iaitu untung atas angin.
Bukan senang nak senang. Bukan susah untuk rasa susah.
Ia datang dari mindset kita sendiri. Kitalah orangnya yang menjatuhkan diri sendiri. Kita jugalah yang menaikkan diri kita.
Oleh itu, untuk jadi orang yang berjaya. Jaga baik-baik mindset diri kita terutamanya bila kita bermonolog dalam diri. Kerana dari monolog itulah datangnya semua biawak yang akan cuba menjatuhkan kita dari berjaya.
Jika niat anda bermula dengan baik. Insha Allah teruskan walau apa jua halangan. Allah akan bantu. hanya pastikan niat anda tiada yang buruk atau jahat.
Jadi kemana kita selepas ini?
Saya? Saya mahu duduk rumah, buat bisnes dan keluar mengajar orang ramai berbisnes. Doakan ya. Doakan saya dapat sampaikan sebanyak ilmu yang mungkin buat kalian semua.
Follow dan subscribe Youtube saya (Emme Marina), di sini banyak info, review dan tutorial. Insha Allah yang terbaik semuanya dari Allah. Saya hanya penyampai sahaja. Semoga apa yang saya sampaikan buat sahabat mendapat manfaat buat kita semua dunia dan akhirat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2019/12/terus-usaha-dan-kejayaan-milik-anda.html