Terung Sambal Berlado




Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hari ini adalah hari keempat kempen PRU15 bermula. Semoga semua jentera pilhanraya tidak mengira dari mana parti dapat mengekalkan keharmonian semasa berkempen. 
Jangan ada provokasi, jangan kutuk mengutuk. Jangan berbohong dan menipu kerana segala kata kata yang keluar dari mulut akan dihitung dan dicatat dalam buku catatan amal seseorang. Sebaliknya berkempen lah secara sihat.
Kita pula sebagai pengundi, jangan lupa untuk menjalankan tanggungjawab anda untuk mengundi kerana mengikut data, hanya 60% kalangan orang Melayu yang keluar mengundi, terutama di bandar. Ini berbeza dengan orang China dan India yang peratusan keluar mengundi lebih tinggi.
Mungkin tidak keterlaluan dikatakan kerajaan dan pemimpin majoriti dipilih oleh masyarakat luar bandar. Peratusan keluar mengundi mereka lebih tinggi. Malahan saya tahu beberapa keluarga yang memang tidak pernah keluar mengundi. Bukan kerana tidak ambil peduli tapi kisah jer bercakap bab politik di sana sini cuma tidak ada rasa tanggungjawab untuk mengundi. Sangat menyedihkan. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 
Apa sahaja masakan berlado memang kegemaran saya. Saya suka makan kerana sedap dan enak. Hahaha dan saya suka memasaknya kerana mudah dan cepat serta bahan bahan yang ringkas. Siapa geng dengan saya? 
Kalau sayur pula, saya suka terung terutama yang jenis isinya halus mulus. Jadi oleh kerana kedua duanya kesukaan saya, iaitu terung dan sambal berlado, maka hari ini saya menyediakan terung sambal berlado. 
Sedikit petua supaya terung kekal cantik warnanya, ialah semasa digoreng kena selalu dikacau kacau sehingga sedia untuk diangkat. Jadi warnanya tidak lebam dan nampak lebih menarik warna ungunya dalam hidangan kita. Cer tengok dalam gambar di bawah... 

Saya masih menggunakan resipi yang sama, cuma kali ini saya meletakkan sedikit sos tiram. Sos tiram ini dikira sebagai perasa, sama juga dengan serbuk pati ayam. Ia menambah rasa dan keenakan masakan kita. 
Jadi kalau nak letak, bolehlah letak. Kalau tak suka atau tak ada stock, tak perlu letak. Kita yang buat dia kan. Jadi ikutlah gerak hati kita masa memasak tu nak letak apa. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Terung Goreng BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4-5 biji terung - belah 2½ biji bawang besar - hiris1 sudu besar gula1 sudu besar sos tiram½ sudu kecil garam atau secukup rasaSerbuk perasa1 keping asam kepingMinyak masak
Bahan kisar kasar:5 biji cili merah merah5-6 biji cili padi - ikut pedas disukai5 biji bawang mera3-4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng terung. Sentiasa dikacau supaya warna terutama bahagian kulit terung akan cantik dan tak lebam. Perlahankan api dan angkat. Ketepikan.

Kurangkan sikit minyak jika perlu dan tumis bahan kisar kasar (saya dah terlebih kisar) sehingga terbit minyak. Masukkan sos tiram dan asam keping.
Masukkan gula, garam, serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris dan terung yang digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api.


Nota:Jika minyak berlebihan, boleh ceduk keluar.
Untuk warna terung cantik dan tidak lebam, sentiasa dikacau ketika menggoreng terung.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/11/terung-goreng-berlado.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Bilis Garing Viral Hakak Maneh Terbaek

Sambal Bilis Garing Viral Hakak Maneh Terbaek

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 262 hits
Assalamu alaikum apa khabar semua Setelah sekian lama menghilangkan diri tiber makcik munculkan diri hahaha Makcik nak tanya ni korang pernah tak makan sambal bilis garing viral hakak maneh Makcih dah makan sumpah sedap korang cuba lah seda...
Masak Sambal Tumis Sotong

Masak Sambal Tumis Sotong

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 336 hits
Assalamualaikum WBTMAMBANG rajin muncul semalam Maka terjadilah lauk simple Sambal Tumis Sotong untuk makan malam Tengahari Iman telefon beritahu gas habis jadi semalam Sk tak ke Senai Nak dekat sampai rumah telefon kedai gas mintak hantar ...
Sambal Cili Padi Sardin Dan Pembukaan Semula Rissmart Container Cafe

Sambal Cili Padi Sardin Dan Pembukaan Semula Rissmart Container Cafe

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 237 hits
Semalam saya membantu sahabat saya untuk merasmikan pembukaan dengan penjenamaan semula Rissmart Container Cafe di perkarangan bangunan Risda Negeri Selangor seksyen 9 Shah Alam Semalam mereka menghidangkan ikan patin masak tempoyak ikan pa...
Dinner Dengan Menu Sambal Kupang Sedap Dan Segar

Dinner Dengan Menu Sambal Kupang Sedap Dan Segar

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 348 hits
Baca GAMBAR LOKASI Dinner Dengan Menu Sambal Kupang Sedap Dan Segar Sambal Kupang Sedapnya Aromanya membuka selera Konon nak masak sardin je malam ni tapi malas pulak Lepas solat asar cakap dengan anak bujang sorang tu ibu malas nak masak S...
Tambah Stok Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Yang Betul Betul Berapi

Tambah Stok Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Yang Betul Betul Berapi

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 336 hits
Tambah Stok Sambal Nyet Berapi Khairul Aming yang Betul Betul Berapi Berapi Berapi mulut aku Hahahahaa First time masa semua berebut nak beli sampai setiap saat habis stok adik aku dapat beli tapi dia bagi rasa rasa sikit je sebab limited k...
Udang Bantu Kekalkan Sel Sihat Hasilkan Dna Dr Rizal Kongsi Resipi Udang Berlado Sihat

Udang Bantu Kekalkan Sel Sihat Hasilkan Dna Dr Rizal Kongsi Resipi Udang Berlado Sihat

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 149 hits
Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak usia kecil lagi Ibu bapa perlu mendidik anak anak untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya mereka tahu kepentingan penjagaan pemakanan untuk kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang Memper...
Sambal Tumis Ikan Bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 651 hits
Bahan bahannya Bawang besar 2 bijiBawang putih 7 bijiIkan bilis Asam Jawa segengamcili giling 3 senduk garam Mesin bawang besar dan bawang putihikan bilis hendaklah di rendam sebentar air asam jawaCara caranya Panaskan minyak dan tumis baha...
Ikan Kembung Masak Sambal

Ikan Kembung Masak Sambal

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 280 hits
Bahan bahan Ikan Kembung di goreng garing Bawang besar 3bijiBawang Putih 7biji bahan di atas hendaklah di mesin atau di tumbuk Cili giling 3 sudu besar GaramCara caranya Panaskan minyak Guna minyak goreng ikan tadi dan tumis bahan mesin tad...
Lauk Ayam Berempah Dengan Sambal Tomato

Lauk Ayam Berempah Dengan Sambal Tomato

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 264 hits
Baca GAMBAR LOKASI Lauk Ayam Berempah Dengan Sambal Tomato Tak lupa dengan sayur bening kobis putih Nikmatnya hingga tak sedar seekor ayam berempah habis dikerjakan oleh kami 3 beranak Mungkin dah lama tak makan masakan kampung yang simple ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash