Tertipu Pengalaman Ngeri Menjadi Pekerja Pemetik Buah Di Australia




Anda pernah terbaca di Twitter atau Facebook tak dimana seorang ejen dari Malaysia menawarkan pekerjaan yang sangat menarik. Anda boleh mendapat ribuan ringgit dalam masa seminggu dengan hanya memetik buah di Australia. Wahh, kerja senang macam tu siapa yang tak nak beb. 
Kerja kat negara sendiri bagai nak rak pun sampai ke sudah tak kaya-kaya. Huhu. Tapi sebelum anda berangan untuk menjadikan memetik buah sebagai kerja tetap anda, anda kena baca kisah yang dikongsikan insan yang bernama Kayla ni. Kami baca luahannya terus tak jadi nak pindah Australia. Seramnya..
Jangan terpedaya dengan iklan kerja pemetik buah gaji lumayan
Kisah ini dilaporkan oleh Sinar Harian, dimana wanita bernama Kayla menceritakan pengalaman sebenar memetik buah di Australia. Pada mulanya Kayla bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji sekitar RM5, 000. Tetapi dia terpaksa berhenti kerana ingin menjaga ibunya yang sakit. 
Antara adik-beradik, hanya saya yang masih bujang, jadi tugas menjaga ibu jatuh di bahu saya. 
Selepas ibunya pulih, Kayla ambil keputusan untuk pindah ke Australia dan mencari ‘lubang’ serta berusaha untuk mencari orang tengah supaya dia dapat bekerja sebagai pemetik buah. Iya lah, siapa yang tak rambang mata jika nampak iklan pekerjaan di Facebook yang menawarkan gaji RM12, 000 sebulan dengan kerja yang senang macam tu. 
Dengan restu ibu, Kayla nekad mengeluarkan semua duit simpanan serta menjual motor kesayangannya. Kayla juga ketika itu meminjam duit adik beradik yang lain serta rakan-rakan demi untuk cukupkan modal. 
Pada waktu itu, saya meletakkan keyakinan kepada ejen dengan harapan saya tidak akan ditipu, malangnya ia sia-sia sahaja.Sampai ladang, ejen ‘ghaib’ 
Selepas semua persiapan dah buat, Kayla pun meninggalkan bumi Malaysia dan dalam perjalanan ke Australia, pelbagai persoalan bermain di fikiran Kayla. Kata ejen yang memperkenalkan diri sebagai Mie (berasal dari pantai timur) tidak putus-putus memberitahu Kayla supaya jangan bimbang kerana semuanya sudah diuruskan. 
Saya nekad, saya teruskan. Saya sudah tidak boleh berpatah balik, lagipun tujuan utama saya untuk menjadi pemetik buah di Australia ialah mahu melangsaikan hutang dan pinjaman. 
Bila sampai sahaja di sebuah ladang di Victoria, Kayla pun memulakan pekerjaannya sebagai pemetik buah. Tapi perasaan curiga bermula apabila ada pemetik buah yang lebih lama di sana merungut tidak dibayar gaji. 
Apabila saya cakap kontraktor ladang tidak bayar gaji kepada ejen yang menguruskan saya, ejen berkenaan terus ‘ghaib’ tanpa jejak. Dia terus lepas tangan begitu sahaja. 
Merasakan sesuatu yang tak kena.. 
Di situ bermula lah mimpi ngeri Kayla sebagai pemetik buah. Selepas dirinya ditipu kontraktor ladang, Kayla diarahkan oleh ejen lain supaya ke sebuah pekan kecil yang bernama Robinvale, Victoria. 
Ejen itu hanya memberikan saya satu nombor telefon yang dia sendiri tidak pasti siapa, tetapi mendakwa ia milik kontraktor yang akan memberikan saya pekerjaan. 
Malangnya saya tak dapat menghubungi ejen berkenaan dan dari situlah bermulanya siri penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-ratanya mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap di Australia. 
Amat menyedihkan Kayla ialah apabila yang menipunya adalah orang dari negara kita sendiri. 
Seperti berada di ‘neraka’, sering kena tipu 
Demi untuk meneruskan hidup di sana, Kayla terpaksa tempuhi rintangan dan cabaran yang datang. Sehingga kan dia tak sedar pun dia sudah sebulan bekerja keras di Australia. Kontraktor pula semakin galak membuat tipu helah kononnya upah akan dibayar mengikut jam kerja, namun semua hanya janji sekadar janji. 
Setiap kali tiba hari bayaran, kontraktor akan gunakan alasan untuk memotong upah kononnya kotak buah hilang, buah rosak dan pelbagai lagi alasan. Potong punya potong, dapatlah AU$5.4 (RM16), lepas tolak duit sewa rumah AU$80 (RM245). 
Kena ingat, di Australia sebanyak 10 peratus GST ditolak daripada gaji. 
Mungkin lebih baik jadi penjual nasi lemak atau goreng pisang di Malaysia daripada kerja seperti saya di sana. 
Menurut Kayla kadang-kadang dia merasakan diri dia dipergunakan tapi tak boleh buat apa-apa mengenai perkara tersebut. 
Cuma saya kesal ramai mangsa yang sudah ditipu tidak mendedahkan kisah mereka, kalau ia diuar-uarkan setidaknya mungkin dapat mengelak saya daripada melalui azab seperti itu. 
Inilah pengajaran berurusan dengan penipu. Nasihat saya seboleh-bolehnya kalau ada sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah, dapatkan ‘working holiday visa’ untuk tempoh setahun, tidak mahal pun lebih kurang RM1,000. Cari kenalan yang boleh dipercayai dan boleh tawarkan kerja sepanjang musim, bukannya ejen. 
Banyak beri pengajaran 
Kehidupan Kayla sebagai pemetik buah selama dua bulan di Australia beri banyak pengajaran kepadanya. Wang poket yang dibawa sebanyak RM9, 000 habis digunakan untuk menampung perbelanjaan di sana termasuklah tiket penerbangan balik ke Malaysia. 
Kesusahan hidup sebagai pekerja dan dengan hanya menggunakan visa pelawat juga membuatkan hidup Kayla tidak tenteram, kerana setiap kali sedang memetik buah, dia bimbang akan ditangkap oleh pihak berkuasa. 
Oleh kerana tidak tahan dengan pelbagai kos serta wang yang telah digunakan, Kayla buat keputusan untuk terus berhenti menjadi pemetik buah dan meninggalkan ladang tersebut. Dengan Visa yang hampir tamat tempoh, Kayla akhirnya balik ke Malaysia. Bagi Kayla, cukup lah dua bulan yang amat memeritkan tu. 
Kredit : ohbulan

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/09/tertipu-pengalaman-ngeri-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19 Rawatan Dan Petua

Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19 Rawatan Dan Petua

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 249 hits
Akhirnya setelah 2 tahun bertahan dan menepis melalui pelbagai peringkat SOP PKP lockdown dan sebagainya saya bertemu jua dan dijangkiti virus Covid 19 ini Sejak 2 tahun lepas inilah virus yang paling kita nak elak sekali Paling tak sangka ...
Hilang Kestabilan Pekerja Penyelenggaraan Cemas Gondola Dipukul Ribut

Hilang Kestabilan Pekerja Penyelenggaraan Cemas Gondola Dipukul Ribut

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Beberapa pekerja penyelenggaraan yang berada dalam dua kren gondola di sebuah bangunan di Jalan Kemuning di sini berdepan detik cemas apabila gondola itu terhayun beberapa kali ketika ribut petang tadi Angin kuat menyebabkan go...
Bertemu Pimpinan Serikat Pekerja Menaker Pastikan Aturan Soal Jht Bakal Direvisi

Bertemu Pimpinan Serikat Pekerja Menaker Pastikan Aturan Soal Jht Bakal Direvisi

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 137 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menerima audiensi Pengurus Pusat Konfederasi Kongres Aliansi Serikat Buruh Indonesia di Gedung Kementerian Ketenagakerjaan Jakarta Rabu
Bertarung Nyawa Punca Angin Kencang Pekerja Terpaksa Berpaut Gondola Bergoyang Video

Bertarung Nyawa Punca Angin Kencang Pekerja Terpaksa Berpaut Gondola Bergoyang Video

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 135 hits
Bertarung Nyawa Punca Angin Kencang Pekerja Terpaksa Berpaut Gondola Bergoyang VIDEO PEKERJA gondola di Kuala Lumpur berhadapan detik cemas apabila alat pengangkat yang dinaiki itu bergoyang di udara susulan terlepas daripada tali penambatn...
Pekerja Tersangkut Dalam Gondola Akibat Angin Kencang

Pekerja Tersangkut Dalam Gondola Akibat Angin Kencang

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 130 hits
Pekerja tersangkut dalam gondola akibat angin kencang Suasana cemas apabila sebuah gondola dinaiki beberapa pekerja berpusing pusing di udara akibat ditiup angin kencang dalam kejadian di Jalan Kamuning di sini petang semalam Menerusi sebua...
Susah Betul Mencari Pekerja Sekarang Habis Pakat Jadi Rider Food Delivery

Susah Betul Mencari Pekerja Sekarang Habis Pakat Jadi Rider Food Delivery

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 218 hits
Ramai di kalangan usahawan yang saya kenal hadapi masalah yang serius kekurangan tenaga kerja sekarang Antara yang kena impak besar adalah perniagaan seperti perkhidmatan dan selengaraan kedai makan seperti restoran dan proses pembuatan dan...
Video Resmi Dibatalkan Pekerja Bisa Cairkan Jht Tak Usah Tunggu Usia 56 Tahun

Video Resmi Dibatalkan Pekerja Bisa Cairkan Jht Tak Usah Tunggu Usia 56 Tahun

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 222 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menindaklanjuti arahan Presiden Jokowi Terkait tata cara persyaratan dan pembayaran JHT yang harus dipermudah
Wanita Cem4s Terbuang Dompet Barang Kemas Mujur Pekerja Mbsp Sanggup Korek Timbunan Sampah Cari Sampai Jumpa

Wanita Cem4s Terbuang Dompet Barang Kemas Mujur Pekerja Mbsp Sanggup Korek Timbunan Sampah Cari Sampai Jumpa

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 141 hits
ALHAMDULILLAH terima kasih Ya Allah semua yang terjadi atas izin dari Mu dan Allah hantar orang lain asbab untuk jumpa kembali Demikian tulis seorang wanita yang melu4hkan rasa syukur selepas barang kemasnya ditemui kembali semuanya hasil p...
Langkah Penting Konsultasi Tripartit Melalui Komunikasi Dengan Pekerja Dan Pengusaha

Langkah Penting Konsultasi Tripartit Melalui Komunikasi Dengan Pekerja Dan Pengusaha

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 185 hits
Sekretaris Jenderal Kementerian Ketenagakerjaan Anwar Sanusi mengemukakan langkah penting dalam melakukan Konsultasi Tripartit pada laporan penerapan Konvensi International Labour Organization adalah melalui komunikasi dengan perwakilan kel...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa