Tersangkut Dalam Lif Pejabat


Pagi ni kali pertama sangkut dalam lif pejabat kat bangunan yang sis kerja sekarang..Dulu kat Kementerian, dah pernah kena dua kali..Ni kali ketiga kes tersangkut dalam lif pejabat cuma ni kali pertama kat bangunan yang sis bertugas sekarang..
Ceritanya pagi tadi masa k.fiezz tunggu lif, lif yang sama terbuka tapi sebabkan tak ada orang lain. Sis seorang je, sis tekan dari dalam tingkat 9 (main tekan je). Nak bagi lif tu lepas..Nampak lif tu bergerak sampai tingkat 9. Sis memang tak mau naik lif yang ni sebab bermasalah..Lif ni sejenis kalau nak tutup tu, berapa kali buka tutup pintu dia baru dia gerak. Lif yang ni juga dari sis bertugas kat sini dah lama bermasalah. Baru seminggu dua, lif ni dibuka untuk beroperasi cuma itu lah tetap bermasalah juga. Kalau naik lif ni, pintu dia tu entah berapa kali buka tutup baru lah bergerak...
So pagi tadi lif ni terbuka tapi masa tu k.fiezz seorang je yang ada..Memang idak lah sis nak naik. Itu yang tekan dari bahagian dalam bagi dia lepas. K.fiezz tunggu lif lain..
Tengah duk tunggu lif lain, nampak seorang member pejabat k.fiezz baru sampai on the way nak ke lif juga. Lepas tu ada seorang lagi staff yang kerja kat bangunan sama ni..K.fiezz pun sembang-sembang dengan member pejabat ni sesambil tunggu lif, eh sekali tengok lif yang k.fiezz bagi lepas sebelum tu juga yang buka..K.fiezz dah membebel kat member 'eiii tak nak naik lif ni'...Tapi kaki ikut masuk juga sebab member k.fiezz & seorang lagi tu dah masuk kat dalam lif..Dah lambat..Memasing nak kejar thumb in...
Dah masuk dalam lif, kitaorang tekan butang tingkat masing-masing..Sekali tak berfungsi pula..Masa tu pintu lif pun dah tutup..Kitaorang tekan-tekan butang lif tapi tak berfungsi.  Lif pun tak bergerak..Statik kat tingkat G..Tekan butang pintu buka pun tak boleh..Ahhh sudah...
SANGKUT DALAM LIFLepas beberapa minit, lif masih tak bergerak. Butang pun tak menyala lampu bila tekan..Sah lif sangkut..Try tekan butang loceng..Sama jugaaaaa..Tak berfungsii..Apoooo..
K.fiezz memang dah gelabah tapi nasib baik ada member dengan seorang lagi dalam lif..Kurang lah gelabah tu..Nasib baik ada line telefon..K.fiezz cuba telefon nombor yang tampal kat dinding lif untuk bantuan kecemasan sangkut dalam lif tapi terus ke peti pesanan suara..Kat bawah tu ada tulis beroperasi 7pg-11mlm. K.fiezz call tadi pukul 7.30 lebih kurang..Try satu lagi nombor pejabat, baru lah berangkat cuma bukan orang kita yang jawab..K.fiezz beritahu je lah kitaorang yang tersangkut dalam lif..Dalam masa yang sama kawan k.fiezz beritahu dalam group whatsapp pejabat, kitaorang sangkut dalam lif..Minta bantuan..Akak yang lagi seorang tu pun call kawan dia minta bantuan..Selang beberapa minit dengar diaorang kat luar tengah cuba buka pintu tapi bukan lah terus buka pun..Setengah jam juga lah kitaorang kat dalam lif sebelum diselamatkan keluar...

Lif yang k.fiezz tersangkut pagi ni..Aihhhh gelabahhh weiii..


Walaupun tersangkut dalam lif & dah start overthinking macam-macam, tetap lah wefie wajib..haha..
Tudung merah tu member pejabat k.fiezz..Tudung kuning tu staff yang kerja kat bgn ni..Berkenalan lah dengan akak ni sesambil tersangkut tadi..K.Yusnita nama dia.

Kitaorang masuk lif ni tadi pukul 7.27-7.28pg macam tu..Berjaya keluar diselamatkan pukul 7.58-8.00pg lebih kurang..Dekat setengah jam tersangkut dalam lif..Cuakkk weiii..Kakak fiezz ni dah pikir macam-macam..Risau tak boleh bernafas lah apa..Mau tak gelabah..Member k.fiezz cakap muka sis ketara gelabahnya..haha...
Cuma k.fiezz boleh control gelabah tu dalam hati sebab ada orang lain dalam lif bukan sis sensorang..Kalau sensorang tadi memang gelabah teruk...
Jadi tadi walaupun udah tersangkut, tetap lah boleh wefie untuk tenangkan diri..haha...
Psstt -  Gelabah weiii sangkut dalam lif...Aduiyaiii...Buat masa ni lif yang sis tersangkut ni, di boikot sementara..haha..Tunggu lah lama sikit baru guna semula..Management bangunan pun satu hal, dah tahu lif ni bermasalah duk buka untuk beroperasi dah kenapa..Menyusahkan betul...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2024/07/Tersangkut-Dalam-Lif-Pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Syl Kembalikan Uang Hasil Urunan Pejabat Kementan Rp550 Juta Ke Kpk

Keluarga Syl Kembalikan Uang Hasil Urunan Pejabat Kementan Rp550 Juta Ke Kpk

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 76 hits
Keluarga SYL mengembalikan uang hasil urunan pejabat Eselon I Kementrian Pertanian
10 Printer Terbaik Untuk Kegunaan Pelajar Pejabat 2024

10 Printer Terbaik Untuk Kegunaan Pelajar Pejabat 2024

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 71 hits
Apakah printer terbaik untuk kegunaan pelajar dan pejabat yang boleh anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 printer terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Canon Pixma MG3070S Pros Fungsi...
Daftar Mutasi Pejabat Utama Polda Metro Jaya Wakapolda Dirresnarkoba Hingga Kapolres

Daftar Mutasi Pejabat Utama Polda Metro Jaya Wakapolda Dirresnarkoba Hingga Kapolres

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 63 hits
Daftar Mutasi Pejabat Utama Polda Metro Jaya Wakapolda Dirresnarkoba hingga Kapolres
Mantan Pejabat Kemenkes Beberkan Ada Perintah Jabatan Pimpinan Dalam Kasus Korupsi Pengadaan Apd

Mantan Pejabat Kemenkes Beberkan Ada Perintah Jabatan Pimpinan Dalam Kasus Korupsi Pengadaan Apd

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 55 hits
Mantan pejabat Kemenkes membocorkan ada perintah dari pimpinannya terkait pengadaan Alat Pelindung Diri
Menguasai Teknik Forex Trading Di Pasaran Malaysia

Hanya Sebanyak 16 Peratus Sahaja Rakyat Pahang Berpandangan Kewangan Perlu Di Rancang

Buat Pancang Para Junjung Trellis Di Raised Bed

Pertama Kali Dalam Sejarah Merek Hp Ini Resmi Dipakai Dalam Esports World Cup 2024

Keisya Levronka Tersemogakan Chord

Mca Youth Gets 173 Appeals From Rejected 10as Students

Selamat Berlapar Jangan Bunuh Diri Dan Mati Tanpa Menyusahkan Orang

Raja Farah Kongsi Nama Anak Keempat Doakan Jadi Anak Solehah



8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda


Datuk Awie Kagum Bukan Islam Positif Al Hamdulillah

Raffa Affar Suci Chord

Sg Bakap A Good Day At Black Rock

Mahb Deal Merging Control Through Public Private Partnerships

Tiya Gala Gala Chord

Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan