Terrace Cafe Qahwa Kopi Jelatok Retreat Farm Lenggeng Negeri Sembilan


Dah lama berhajat nak mengopi dan makan di Terrace Cafe Qahwa Kopi di Jelatok Retreat Farm, Lenggeng, Negeri Sembilan ni. Salah satu hidden cafe farm yang menarik di Negeri Sembilan. 
Saya tahu pun sebab terperasan sponsored post di instagram kalau tak silap. Ataupun scroll scroll terjumpa macam. Lupa! Tapi dah siap siap save supaya tak hilang

Memandangkan masing masing dah sihat. Alhamdulillah… kita ambil udara luar kejap. Jom ke Kampung Jelatok Negeri Sembilan mengopi dan makan makan di Terrace Cafe lenggeng farm. Sambil tu dapat sedut udara segar dalam kebun

Terrace Cafe Qahwa Kopi milik Jelatok Retreat Farm yang dibuka untuk pengujung bukan hanya untuk yang menginap di ReBarn Jelatok Retreat Farm.
Tak sangka, perjalanan agak mencabar juga. Melalui kampung, ladang sawit dan kebun, akhirnya sampai juga

Jelatok Retreat Farm terletak di atas bukit. Naik bukit je terus nampak ReBarn Jelatok Farm dulu. Cuma ada dua je. Tak pasti ada berapa bilik. Nak tahu maklumat lanjut boleh tengok di website Jelatok Retreat Farm. 

Macam menarik pulak menginap kat sini lari dari kesibukan bandar. Menginap di sini layan alam flora dan fauna. Udara pun segar.



Ada rezeki bolehlah menginap disini nanti. Bila tu tak tahulah. Kita pasang cita cita dulu. 


Sebelah kanan ReBarn Jelatok Retreat Farm jalan menuju ke Terrace Cafe.


Tak susah nak cari sebab ada penunjuk arah. Tempatnya taklah besar mana pun. Tak mungkin akan sesat.


Sebelum masuk ke cafe, nampak pintu merah ni menuju ke swimming pool. Tak pasti ada apa disebalik dinding Sahara loop ni



Pintu masuk swimming pool. Untuk yang menginap je kot ni



Marilah kita menuju ke tujuan utama datang sini. Leka tengok tempat lain pulak. Pertama kali datang memang agak jakun sikit kan



Sebelum masuk scan dulu Mysejahtera. Tak ada check suhu dah sekarang. 

Masuk dalam ikut je laluan ni. Kiri kanan penuh dengan pelbagai jenis tanaman pokok bunga dan daun hijau. 


Semua tanaman rare yang tak pernah saya tengok. Buah apa ni pun tak tahulah



Tertarik juga dengan tumbuhan yang berbuah warna ungu ni. 

Sebelum sampai cafe, melalui ruang ‘table for two’. Untuk romantic moment sesuai sangat. 


Terus jalan masuk ke cafe. Senyap sunyi, tak ada pengunjung lain. Kami disambut mesra oleh pekerja cafe dengan ucapan selamat datang


Menu yang tertulis di papan hitam.



Cafe agak luas dan banyak meja. Kami pilih duduk di tepi untuk lebih menghayati kehijauan dusun di lereng bukit. 

Baru duduk, dah dihantar buku menu. Tak banyak pilihan yang ada . Tapi saya dah aim Dori Fish & Chips tu.






Menu minuman yang ada



Encik suami pilih makan nasi + ayam masak hitam. Nasi putih ditaburi bawang goreng. Lauk ayam masak hitam, isi ayam tanpa tulang. Didatangkan bersama hirisan timun, sambal belacan dan juga keropok. Macam lama tak nampak keropok ni. Apa entah namanya ek


Lauknya nak kata sedap sangat tu tidaklah. Tapi boleh tahan sedap juga. Saya jamah jugak sesudu. Dari segi rupa nampak macam lauk kenduri kahwin. Saya kalau isi ayam sahaja, kurang feel makan lauk ayam tak ada tulang

Dori fish & chips pilihan saya. Besar boleh tahan portion ikan dori ni. French fries pun banyak dengan taburan paprika kot. Unik sikit, rangup dan sedap makan panas panas



Ritual sebelum makan, ambil gambar dulu. Stress betul nak ambil gambar bila berlatar belakang kan nur yang terlalu banyak tapi mendung sebenarnya. Kang ambil gambar berlatar belakangkan cafe macam tak menarik pulak. 
Nak juga ambil gambar berlatar belakangkan teres kebun yang cantik

tak ready lagi cameran dah tangkap 

Order juga scones sebab nak cuba rasa. Teringin nak makan sejak tengok kampung peopla tu lah. Nak buat tak pandai. Alang alang ada, order terus. Sedap rasa scones dia yang sangat buttery, rasa macam kuih suji ke kuih arab entah. Lepas dah sapu butter dan jem blueberry kot, bertambah sedap.
2 ketul RM8

Tak lupa jugak order kopi. Disebabkan Mocha tak ada, kita order cappucino je. Beli 1 je minuman dan kongsi berdua. Bukan jenis makan berulam air. Kadang beli 2 tak habis. Baiklah kita beli 1 je. Air cappucino sedap


Selesai makan, turun dari bukit nampak ada kuda. Kat sini ada haiwan lain jugak. Mungkin kalau stay di Jelatok Retreat ni ada aktiviti lain kot selain mandi kolam.


Agak agak rasa nak cuba kelainan menginap jauh dari bandar atau nak feeling makan di teres bukit sambil menikmati udara segar dalam kebun, bolehlah datang sini. 


Weekend mesti ramai lah kot sebab weekend ramai orang keluar kan bila cuti. Terrace Cafe Qahwa Jelatok Retreat Farm Lenggeng ni weekend buka awal sikit pukul 10:00 pagi. Hari biasa pukul 12 tengahari baru buka sampai pukul 6:00 petang

Lokasi :Lot 4065, Kampung Jelatok Mendom, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
Nak datang sini, waze kan je ' Jelatok Retreat Farm'. Confirm sampai!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/02/terrace-cafe-qahwa-kopi-jelatok-retreat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Santai Santai Minum Kopi Di Qah Wa Cafe Al Haddad Mart Bertam Kepala Batas

Santai Santai Minum Kopi Di Qah Wa Cafe Al Haddad Mart Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 361 hits
Qah Wa Cafe Al Haddad MartQah Wa Cafe Al Haddad MartQah Wa Cafe ni terletak di Bertam Kepala Batas Peminat Kopi boleh la datang try minum di sini Kopi yang korang minat tu la Cuppicino mocha dan lain lain lagi la da kat sini Selain tu ada b...
Menteri Besar Of Negeri Sembilan Yab Dato Seri Haji Aminuddin Bin Harun Commemorates Refreshed A W Seremban Drive Thru

Menteri Besar Of Negeri Sembilan Yab Dato Seri Haji Aminuddin Bin Harun Commemorates Refreshed A W Seremban Drive Thru

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 697 hits
Revamped outlet gets retro makeover and is the first in the country to have both an A W and a Jamaica Blue YAB Dato Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun Menteri Besar Negeri Sembilan and Ms Sophia Ch ng Director of A W Malaysia Sdn Bhd commem...
Highway Temiang Viral Highway Baru Negeri Sembilan Seakan Akan New Zealand Katanya

Highway Temiang Viral Highway Baru Negeri Sembilan Seakan Akan New Zealand Katanya

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 353 hits
Highway pun boleh jadi viral ye Viral sebab panorama highway ni seakan akan di New Zealand Bila mula viral tempat cantik ni mulalah orang datang nak feel macam berada di New Zealand kononnya Highway Temiang Seremban dah jadi tempat lokasi p...
Kembangkan Bakat Seni Kreatif Anda Di 5 Pusat Senidi Negeri Selangor

Kembangkan Bakat Seni Kreatif Anda Di 5 Pusat Senidi Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 208 hits
Sertai Bengkel dan Kelas Seni Kreatif yang Bukan Sahaja Bermanfaat malah Menyeronokkan Tahukah anda penyertaan dalam bengkel atau kelas seni merupakan satu cara yang efektif untuk menerapkan sikap fokus dalam diri seorang individu Penyertaa...
Prn Johor Parti Bangsa Malaysia Letak Calon Di Dua Kerusi Dewan Undangan Negeri

Prn Johor Parti Bangsa Malaysia Letak Calon Di Dua Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Parti Bangsa Malaysia akan meletakkan calon di dua kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor bulan depan Ketua Penerangannya Zakaria Abdul Hamid berkata PBM akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dan nam...
Fenomena Unik Di Indonesia Yang Bikin Pendatang Luar Negeri Heran Sampai Kagum

Fenomena Unik Di Indonesia Yang Bikin Pendatang Luar Negeri Heran Sampai Kagum

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 155 hits
Kelakuan kelakuan absurd masyarakat Indonesia ini memang layak dapat julukan fenomena unik tersendiri
Apakah Warga Johor Sudah Tidak Waras Untuk Mengizinkan Kroni Kluster Mahkamah Dan Banduan Untuk Urus Negeri Johor

Apakah Warga Johor Sudah Tidak Waras Untuk Mengizinkan Kroni Kluster Mahkamah Dan Banduan Untuk Urus Negeri Johor

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 220 hits
Johor sewajarnya menjadi Negeri yang PALING bersih dengan mengenepikan nostalgia umno lahir di Johor Perubahan sementara dan pengorbanan perlu DIBUAT oleh warga Johor dengan MENGHUKUM umno selagi mereka tidak berubah TunJUKAN kuasa rakyat d...
Bandara Juanda Dan I Gusti Ngurah Rai Untuk Perjalanan Luar Negeri

Bandara Juanda Dan I Gusti Ngurah Rai Untuk Perjalanan Luar Negeri

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 128 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan mengatakan pemerintah akan kembali menyesuaikan regulasi pintu keluar masuk internasional di wilayah Jawa Bali Seperti membuka 2 bandara untuk perjalanan luar neger...
Permohonan Rumah Kos Rendah Setiap Negeri

Permohonan Rumah Kos Rendah Setiap Negeri

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 197 hits
PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SETIAP NEGERI Bagi individu yang ingin membuat permohonan pembelian rumah kos rendah terkini permohonan boleh dibuat secara atas talian mengikut tatacara dan syarat yang telah ditetapkan oleh SUK Negeri masing ma...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash