Terra Luna Do Kwon




















 1. Terra Luna, a previous darling dalam dunia crytpcurrency, telah jatuh merudum sejak beberapa hari lepas. Daripada harga all time high of $120 beberapa minggu lepas, ianya jatuh ke $1.12, atau kejatuhan lebih 90% semasa saya menulis post ini! Market capitalization yang dahulunya melebihi $30 billion kini tinggal hanya $1.6 billion.






2. Kejatuhan ini adalah ketara, dan adalah mengejutkan memandangkan yang Terra Luna merupakan salah satu top 10 coin, model algorithmic stablecoin yang canggih (dahulu) dan amat diminati oleh ramai pelabur dalam dunia crypto, termasuk saya sendiri.


3. A short explanation tentang Terra Luna dan ‘sister coinnya’ UST untuk newbies: UST adalah sejenis stablecoin yang di tambat (peg) nilainya pada $1. Berbeza dengan kebanyakan altcoin yang lain (termasuk bitcoin dan ethereum), nilai stablecoin kekal pada $1. Furthermore, berbeza dengan kebanyakan stablecoin yang lain pula (contoh Tether dan TrueUSD), peg UST menggunakan model algorithmic, dan tidak terus kepada USD. Rumusannya ialah nilai UST patut kekal pada $1. 


4. Hubungan UST dan Luna adalah simbiotik: Luna di ‘burn’ (dimusnahkan) untuk mencipta UST dan terbalik. Jadi kita sentiasa boleh menukar $1 UST ke $1 Luna – dalam teori. Sistem ini direka bentuk untuk memanfaatkan bekalan dan permintaan; sekiranya permintaan untuk UST jatuh dan harganya kehilangan tambatan kepada dolar, arbitrageurs (peniaga yang membuat wang daripada ketidakcekapan pasaran) akan (secara teori) menjual LUNA untuk UST sehingga nilainya dipulihkan.


5. Jadi apa yang berlaku yang menyebabkan kejatuhan ini? Jawapan sebenar belum pasti tetapi berita spekulasi yang terbit ialah kerana UST telah dijual secara besar-besaran oleh seorang pelabur yang juga membuat short-selling Luna. In other words, there was a coordinated attack on both UST dan Terra Luna. Serangan ini bukan sahaja menjatuhkan nilai UST di bawah $1, ianya turut menjejaskan nilai Luna – kerana lebih banyak Luna perlu di isu untuk mengekalkan nilai, yang malangnya menambah kepada kejatuhan nilai tersebut. Worse, kejatuhan awal ini membuatkan pelabur panik dan mereka turut menjual Luna untuk mengelakan kerugian yang lebih besar.


6. Terdapat beberapa pengajaran di sini. Pertamanya, cryptocurrency adalah produk yang baru jadi rules, regulations dan praktisnya belum di set in stone. Ada yang belum jelas, dan malah ada yang berubah-ubah dari masa kesemasa. Ini bermakna risiko yang jauh lebih tinggi wujud dalam dunia cryptocurrency jika dibandingkan dengan pelaburan lain termasuk saham, hartanah dan emas. 


7. Keduanya, walaupun pulangan dalam dunia crypto adalah insanely tinggi (boleh masuk ratusan dan malahan ribuan peratus), oleh kerana risikonya yang tinggi, pelabur digalakkan melabur hanya wang yang betul-betul extra dan tidak akan digunakan dalam masa dua atau tiga tahun ke hadapan. Dalam kata lain, wang yang mereka boleh dan mampu kehilangan semuanya! 


8. Ketiga, dan ini strategi yang saya selalu sarankan, kita tidak boleh melaburkan semua wang kita dalam hanya satu atau dua pelaburan – tidak kira berapa hebat pelaburan tersebut. Sebab jika kita melaburkan semua wang kita di dalam hanya satu pelaburan dan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pelaburan tersebut – seperti yang berlaku kepada Terra Luna – kita bukan sahaja akan menanggung kerugian tetapi boleh jatuh papa kedana!


9. Apakah Terra Luna akan recover? Semasa saya menulis post ini, masa depan terdekat nampak samar-samar sahaja. Walaupun founder Terra Luna, Do Kwon dan team beliau sedang berusaha keras untuk memperbaiki situasi (dan nilai kedua UST dan Luna), ramai yang bertanya apa yang boleh dibuat untuk mencegah situasi yang sama daripada berlaku lagi di masa hadapan?














# di masa akan datang ada lebih baik membaiki cara merompak dan lanun kemudian diterjemahkan sebagai derma, tetapi jangan lah pula masuk ke akaun sendiri dan dalam negara - belajar dari pengalaman supaya risiko tidak berulang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2022/05/terra-luna-do-kwon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terra Luna Crash Apakah Semua Bitcoin Milik Luna Telah Dijual

Terra Luna Crash Apakah Semua Bitcoin Milik Luna Telah Dijual

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 184 hits
Hujung minggu lalu apabila stablecoin UST Terra menunjukkan tanda tanda ketidakstabilan pertama merosot daripada tambatan dolarnya kepada 0 985 Luna Foundation Guard yang bertanggungjawab untuk mengawasi ekosistem Terra memilih untuk menggu...
Kwon Ahreum Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Doyoung Nct

Kwon Ahreum Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Doyoung Nct

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 271 hits
Baru baru ini timbul desas desus mengenai seorang pelakon Kwon Ah reum yang dikhabarkan dengan penyanyi kumpulan NCT iaitu Do young namun dia menafikan perkara tersebut sekeras kerasnya Terbaru pihak agensi Kwon Ah reum SWMP berkata Pertama...
7 Potret Memukau Luna Maya Di London Cantik Banget Dan Disebut The Real Queen

7 Potret Memukau Luna Maya Di London Cantik Banget Dan Disebut The Real Queen

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 226 hits
Sederet foto Luna Maya di London begitu mencuri perhatian Luna disebut sangat cantik sampai ada yang menyebutnya sebagai the real queen Berikut beberapa fotonya
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Pembuluh Darah Mata Gadis Remaja Pecah Gara Gara Tahan Bersin Elak Malu

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Parent S Guide To Spanaway Kids Swimming Schools Finding The Perfect Fit

Ahli Parlimen Kota Bharu Sembang Kari Kata Netizen

Ulasan Bailout Sapura Bukti Kasih Madani Kepada Maha Kaya

Suami Ipar Masak Untuk Keluarga Anak Aku Terus Makan Phew

Anggota Jpj Dipenjara Setahun Kena Denda Rm80 000 Sebab Rasuah

Tips Temuduga Kerajaan