Terperangkap Hampir 12 Jam Ali Budak Ajaib
Terperangkap Hampir 12 Jam, Ali Budak Ajaib! Seorang budak lelaki berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap hampir 12 jam dalam sebuah kereta yang dihanyutkan tsunami yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu.
Media Indonesia melaporkan budak lelaki itu ditemui dalam sebuah kereta yang ditimbuni kayu pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) berhampiran hotel Mutiara Resort di Pantai Carita.
Budak lelaki yang dikenali sebagai Ali itu diselamatkan selepas anggota penyelamat mendengar suaranya menangis di dalam timbunan kayu berkenaan.
Anggota polis mengalihkan kayu dan sisa runtuhan sebelum menemui kereta itu dihempap sebatang pokok yang tumbang.
Terperangkap
Satu rakaman video menunjukkan detik-detik kanak-kanak itu dibawa keluar dari dalam kereta dan menangis ketika didukung oleh seorang anggota polis.
TIGA penduduk wanita melalui kawasan penempatan yang musnah di Tanjung Lesung, Banten bagi mencari barang berharga. Ketika ditemui hanya kanak-kanak itu yang berada dalam kereta berkenaan.
Keadaan Sihat
Pihak polis memberitahu, kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan polis juga sedang mengesan ibu bapanya.
Artikel berkaitan
Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia meminta penduduk berwaspada terhadap cuaca dan gelombang tinggi pasca terjadinya tsunami pada Sabtu lalu.
Pihak BMKG menasihati agar masyarakat setempat tidak leka dengan sambutan Hari Natal yang sedang berlangsung.
Peringatan awal gelombang tinggi tersebut dikeluarkan di kebanyakkan wilayah tinggi pantai Indonesia.
Gelombak setinggi 1.25 hingga 2.5 meter berpeluang mengenai perairan utara Sabang, perairan Sabang-Banda Aceh, perairan barat Aceh, juga di perairan barat Pulau Simeulue hingga Kepulauan Mentawai, perairan Enggano-Bengkulu, perairan barat Lampung, Samudera Hindia barat Sumatera dan Selat Sunda selatan.
Selain itu, mereka turut menjangka gelombang tinggi itu di perairan selatan Jawa hingga Pulau Sumba, Selat Bali hingga Selat Lombok dan Selat Alas bagian selatan, perairan Pulau Sawu hingga Pulau Rote Kupang, Laut Timor selatan NTT, laut Sawu hingga selat Ombai, perairan selatan Flores, Samudera Hindia selatan Jawa hingga NTT, laut Natuna Utara.
BMKG juga menjangka potensi gelombang tinggi di perairan Utara kepulauan Anambas hingga kepulauan Natuna, laut Jawa barat, laut Flores, perairan kepulauan Baubau hingga kepulauan Wakatobi, Laut Banda barat, perairan selatan Kepulauan Sermata hingga kepulauan Tanimbar, laut Arafuru barat, laut Sulawesi, perairan Utara Sulawesi, perairan Kepulauan Sangihe hingga Kepulauan Talaud.
Perairan Bitung Manado, laut Maluku Utara, perairan Halmahera, laut Halmahera, perairan Utara Papua Barat hingga Papua dan Samudera Pasifik utara Halmahera hingga Papua juga berpeluang menghadapi gelombang tinggi.
Sumber: Serambi News
The post Terperangkap Hampir 12 Jam, Ali Budak Ajaib! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/terperangkap-hampir-12-jam-ali-budak-ajaib/