Terperangkap Dek Konsert


 

Golongan bukan penggemar PAS sedang ‘seronok’ mengkritik, mempersenda, serta mentertawa PAS. Membelasah keras pun ada. Golongan ‘neutral’ atau mereka yang mengaku tidak memihak kepada mana-mana parti politik ada juga turut serta. Semuanya gara-gara konsert diadakan di Kelantan – negeri simbol pemerintahan PAS di Malaysia.
Tidak boleh disalahkan mereka yang menyerang PAS sebab parti itu kerap melemparkan pelbagai tuduhan terhadap penganjuran konsert, dan tentunya persembahan konsert itu sendiri.
Terbaharu (Ogos lalu) Pemuda PAS Pusat dengan lantang menyifatkan penganjuran konsert secara “bertalu-talu” suatu “kerja gila yang akan menjemput kemurkaan Allah”. Pasti kita masih ingat kenyataan yang dikeluarkan ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Kemudian atas sebab yang hanya mereka sahaja tahu, Pemuda PAS ‘melembutkan’ kenyataannya (sekali lagi menerusi Ahmad Fadhli) “menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk membatalkan serta menarik semua keizinan penganjuran semua konsert melibatkan artis antarabangsa”. Tidak disebut status konsert artis tempatan.
Jelas bukan lagi desakan menyeluruh yang disuarakan PAS. Namun Ahmad Fadhli mendakwa “ini bukan soal parti politik, bukan soal kecenderungan politik partisan – sebaliknya soal agama”.
Apabila konsert Riuh Sokmo! diadakan di Kelantan (negeri yang PAS perintah sejak 1990), Pemuda PAS Pusat tidak mengeluarkan kenyataan membantah. Mungkin kerana ia konsert tempatan bukan antarabangsa? Waullahualam.
Hakikatnya sebaik sahaja konsert itu diadakan pelbagai reaksi keras dan sinis timbul dicurah ke atas PAS, khusus golongan bukan penggemar PAS dan mereka yang ‘neutral’ seperti dikatakan tadi. Video konsert juga tular menunjukkan persembahan muzik rock yang mendapat sambutan hebat pengunjung, terutama anak gadis – sesuatu yang selama ini kerap dimarahi PAS.
Persoalannya tidak ada kah kumpulan bijaksana dan bijaksini dalam PAS yang boleh menjangka parti akan dikecam dengan adanya konsert di Kelantan? Pemuda PAS Kelantan mengeluarkan kenyataan dua hari setelah konsert berlangsung.
Kata ketuanya, Mohamad Kamal Mohamed, pihaknya bimbang “suburnya budaya konsert” di Kelantan dan menyifatkan ia “bertentangan dengan dasar Membangun Bersama Islam yang dibawa kerajaan negeri”.
Akan tetapi ketika kenyataan itu dikeluarkan PAS, bukan sahaja di Kelantan sudah dituduh ‘cakap tak serupa bikin’ dan “bising hanya bila konsert diadakan di negeri orang lain. Bila di negeri PAS perintah konsert beres boh”.
Maka muncul Idris Ahmad cuba memberi penjelasan. Bagi saya “damage control”. Kita tahu beliau menteri agama dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, dan dalam PAS, naib presiden.
Sebagai menteri, Idris mempertahankan kerajaan pusat tentunya. Kata beliau, kerajaan pusat tidak boleh ambil apa-apa tindakan berhubung penganjuran Konsert Riuh Sokmo kerana “di luar bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia”.
Selaku naib presiden parti, Idris mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Kata beliau pihaknya dimaklumkan konsert berkenaan “bukannya dianjurkan kerajaan negeri”.
Sebenarnya tidak ada tuduhan kerajaan Kelantan menganjur konsert itu. Menurut laporan, konsert Riuh Sokmo! itu sebahagian acara Kembara Riuh Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan MyCreative Ventures, dengan kerjasama Celcom Axiata Bhd.
Menteri komunikasi dan multimedia ialah Annuar Musa, dan beliau juga Ahli Parlimen Ketereh mewakili Umno-BN, dan Ketereh tempat acara kembara itu diadakan.
Bolehlah dikatakan Annuar membawa Kembara Riuh Keluarga Malaysia ke Ketereh (sekaligus konsert Riuh Sokmo!), bagi menjayakan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Ismail Sabri.
Menurut Idris, yang bersama Annuar duduk dalam Kabinet Keluarga Malaysia, acara berkenaan “sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan atau PBT serta memenuhi syarat ditetapkan”.
PBT yang dimaksudkan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang mentadbir bandar dan daerah berkenaan yang terletak di selatan jajahan Kota Bharu. Majlis itu di bawah kawalan kerajaan negeri.
Maka berpegang kepada apa yang dikata Idris, adakah boleh disimpulkan kerajaan PAS Kelantan ‘berpuas hati’ dan ‘merestui’ kelulusan yang diberi kepada penganjur acara Kembara Riuh Keluarga Malaysia dan konsert Riuh Sokmo! itu?
Lagi pun Idris turut berkata, “di Kelantan, PBT ada peraturan sendiri dan sekiranya melanggar undang-undang ditetapkan terpulang kepada kepada kerajaan negeri untuk ambil tindakan”.
Menurut pemerhati politik, di Kelantan ada enakmen hiburan berkaitan pemantauan dan pengeluaran permit persembahan tetapi “enakmen itu longgar dan sangat boleh dieksplotasi”.
Apa pun bagi saya tidak dapat elak daripada berkata konsert dijadikan isu untuk dikaitkan dengan politik, khususnya untuk mendapat “political mileage” meskipun Pemuda PAS kata ini “soal agama bukan politik”.
Semasa Pemuda PAS menyelar penganjuran konsert betubi-tubi Ogos lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim (orang Umno) menyahut bahawa kementeriannya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melihat dan membuat penilaian semula garis panduan kelulusan konsert hiburan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun reaksi itu memang dijangka kerana Umno, yang ada wakil bersama PAS dalam kerajaan pusat, tidak mahu dan tidak boleh dilihat, apa lagi dituduh, tidak sensitif terhadap soal agama.
Mengingatkan saya pada 1980-an ketika Umno dan PAS bersengketa sengit – masing-masing berlumba-lumba membuktikan siapa lebih Islamik. Tidak mustahil ini berulang.
Sehingga sekarang setiap kali sesuatu perkara dijadikan “soal agama”, ada sahaja pihak yang akan berlebih-lebihan mengorak langkah demi membukti ‘aku lebih alim, aku lebih Islam daripada kamu’. Bukan saya tuduh mereka tidak Islamik, cuma mereka terdorong untuk memberitahu mereka “berkelebihan” supaya disokong orang Melayu-Islam, terutama di peti undi.
Dan, konsert kerap menjadi mangsa kerana mudah dipergunakan untuk memungut “political points”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/terperangkap-dek-konsert.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertaraf Dunia Konsert Golden Hour Dihadiri Ramai Artis Dipuji Peminat

Bertaraf Dunia Konsert Golden Hour Dihadiri Ramai Artis Dipuji Peminat

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 156 hits
Konsert The Golden Hour IU semestinya luar biasa ARTIKEL BERKAITAN Konsert The Golden Hour yang diadakan di Stadium Olimpik di Seoul pastinya mencetuskan fenomena dan berjaya memuaskan hati ramai pihak Rata rata dalam kalangan peminat sanga...
Senarai Lagu Konsert Mingguan Gegar Vaganza 9 Dan Keputusan Peserta Gv9 Yang Tersingkir

Senarai Lagu Konsert Mingguan Gegar Vaganza 9 Dan Keputusan Peserta Gv9 Yang Tersingkir

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 250 hits
Konsert Gegar Vaganza 9 2022 akan disiarkan secara langsung bermula pada 18 September 2022 Jam 9 00 malam di Astro Ria dan Astro Prima Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk menonton konsert Gegar Vaganza 9 di rumah korang mempunyai pil...
Kang Daniel Umum Konsert Jelajah Dunia First Parade Di Malaysia Pada Tahun Ini

Kang Daniel Umum Konsert Jelajah Dunia First Parade Di Malaysia Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 198 hits
Artis solo Kang Daniel telah mengumumkan konsert jelajah Asia 2022 ARTIKEL BERKAITAN Pada 16 September KONNECT Entertainment telah melancarkan poster konsert jelajah dunia 2022 Kang Daniel First Parade bermula dengan negara Asia Antara nega...
Baby Shima Tak Puas Hati Perli Pu Syed Konsert Kat Kelantan Senyap Pula

Baby Shima Tak Puas Hati Perli Pu Syed Konsert Kat Kelantan Senyap Pula

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 178 hits
Penyanyi dangdut Baby Shima mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang tidak membantah berhubung penganjuran sebuah konsert hiburan di Kelantan baru baru ini Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dia seolah olah hairan golon...
Jayakan 2 Hari Konsert Iu Akui Sedang Alami Masalah Pendengaran

Jayakan 2 Hari Konsert Iu Akui Sedang Alami Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 183 hits
Semua kagum apabila melihat IU berjaya menghabiskan konsert selama dua hari baru baru ini dengan mempersembahkan puluhan lagu selama beberapa jam buat peminat tersayang ARTIKEL BERKAITAN Namun siapa sangka penyanyi itu sedang menerima rawat...
Konsert Riuh Sokmo Pemuda Pas Bimbang Negeri Serambi Mekah Dimurkai Allah

Konsert Riuh Sokmo Pemuda Pas Bimbang Negeri Serambi Mekah Dimurkai Allah

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 247 hits
Konsert Riuh Sokmo Pemuda PAS bimbang negeri Serambi Mekah dimurkai AllahPemuda PAS Kelantan meluahkan rasa bimbang dengan penganjuran Konsert Riuh Sokmo yang berlangsung di negeri itu kerana program seperti itu jelas bertentangan dengan da...
Konsert Sulung Faztival Fazura 2022 Mencatat Sejarah Tersendiri Dan Dua Rekod Baharu

Konsert Sulung Faztival Fazura 2022 Mencatat Sejarah Tersendiri Dan Dua Rekod Baharu

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 284 hits
Assalammualaikum semua Konsert sulung Faztival Fazura 2022 yang telah diadakan Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad 11 September 2022 telah berlangsung dengan gilang gemilang Konsert dimulakan dengan nyanyian pembukaan oleh YBhg Dato M Nasir ...
Netizen Dah Macam Penyiasat Berbaju Sedondon Ke Konsert Shuib Akhirnya Jawab Spekulasi Bercinta Dengan Watie

Netizen Dah Macam Penyiasat Berbaju Sedondon Ke Konsert Shuib Akhirnya Jawab Spekulasi Bercinta Dengan Watie

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 603 hits
Usahawan terkenal Shuib Sepahtu akhirnya tampil menjawab spekulasi yang mengaitkan namanya dengan seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah Dakwa sesetengah netizen Shuib dikatakan menjalin hubungan bersama Watie setelah ...
Hadir Konsert Dewa19 Netizen Sindir Nabil Ahmad Yang Ni Tak Lupa Tarikh Pulak

Hadir Konsert Dewa19 Netizen Sindir Nabil Ahmad Yang Ni Tak Lupa Tarikh Pulak

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 196 hits
Hari ini platform TikTok dipenuhi dengan video persembahan konsert Jelajah Ulang Tahun ke 30 daripada kumpulan terkenal Indonesia Dewa19 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur semalam Meskipun hujan ia tidak pernah m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba