Terpengaruh Juga Beli Serbuk Perasa Cendawan Viral Ni
Serbuk perasa cendawan yang viral kat Tik Tok. Duk lalu lalang kat fyp k.fiezz. Kebetulan sebelum ni k.fiezz ada cakap kat mr hubby nak beli serbuk perasa yang tak ada msg atau lebih sihat lah senang cerita. Masa sembang pasal ni dengan mr hubby, tak kenal pun lagi serbuk perasa cendawan ni. Lepas dari tu baru lah k.fiezz tengok lalu lalang orang duk share pasal serbuk perasa cendawan ni. Mula sorang, lepas tu sorang lagi..Eh sekarang ni kemain meriah kat fyp k.fiezz asyik lalu lalang..
BELI JUGA LAH SERBUK PERASA CENDAWAN
Udah lalu lalang je, terpengaruh juga lah beli satu. K.fiezz mula kenal serbuk perasa ni dari mak si Umar Cucun tu share. Ada orang tanya kat mak Umar ni, pakai serbuk perasa apa untuk makanan adik Umar tu?Lepas mak Umar ni tunjuk serbuk perasa cendawan ni baru lah k.fiezz kenal dengan serbuk perasa tanpa msg ni. Sesuai untuk budak-budak juga sebab bebas msg.
Dah lalu lalang je, beli juga lah. Mula konon nak ambil dua botol. Save shipping tapi tak pernah try lagi serbuk perasa cendawan ni, jangan tamak sangat. Try satu botol dulu. Nanti kalau rasa okey, beli lagi yea tak. Kat Tik Tok sekarang banyak kupon free shipping. hehe..Apa ada hal..
Dekat Tik Tok Shop, range harga lebih kurang macam ni je cuma yang best dapat free shipping. Yeay.
Seller post out barang, cepat tapi serbuk perasa cendawan k.fiezz ni boleh stuck kat J&T K.Selangor dekat 3 hari. Sabo je lah sis tengok status dia hari-hari..Berbulu je mata tengok tak bergerak-gerak dari J&T K.Selangor tu. Malas nak complaint. K.fiezz tunggu je lah bila kurier nak lepaskan barang ni ke stesen yang betul diaorang kat KL. Alhamdulillah lepas 6 hari, serbuk perasa cendawan ni selamat sampai kat rumah. Legaaa..
Masa serbuk perasa cendawan ni sampai k.fiezz tak terus guna sebab masa tu k.fiezz tengah bedrest. Tak boleh nak masak. Jadi letak je lah dulu kat rak dapur. Semalam baru k.fiezz gunakan serbuk perasa tanpa msg ni. Tak sabar nak try masak guna ni benornya masa sampai haritu tapi kena hold dulu. hehe
Saiz dia besor tau uoll...Dalam gambar ni nampak macam kecil tapi sebenarnya tak. Besor..Boleh tahan lama.
KELEBIHAN SERBUK PERASA CENDAWAN NI?
Apa kelebihan dia yeak sampai viral kat Tik Tok. Ramai yang beralih guna serbuk perasa tanpa msg ni sebab recommend oleh Yatie Kitchen. Mesti ramai kenal k.yati yang popular dengan pelbagai resipi dia. Ramai antara kita ni pun suka masak ikut resipi k.yati ni termasuk lah k.fiezz. hehe. Jadi bila orang yang pakar masak, cadangkan serbuk perasa cendawan ni untuk letak dalam masakan kita supaya lagi sedap, mesti lah ramai yang cari. Lagipula kandungan serbuk perasa ni lebih sihat.
Eh membebel pula sis ni. Sambung balik cerita apa kelebihan Serbuk Perasa Cendawan ni
Pengganti terbaik untuk msg Meningkatkan rasa masakanSumber selenium yang baik untuk pundi kencingKaya dengan sumber vitamin B2 & juga B3Tingkatkan fungsi imunRendah kaloriTinggi Zat BesiTinggi Anti-OksidanTinggi Vitamin DDiperkaya dengan kalsium dan Vitamin BSesuai untuk vegetarianDi buat dari bahan semulajadi
Kandungan Serbuk Perasa CendawanSerbuk cendawanEkstrak cendawanGaramVitamin BKalsium
Boleh letak dalam semua jenis masakan ke?
Nama pun serbuk perasa, boleh letak dalam semua jenis masakan. Ikut lah pada kita.
DAH RASMI GUNA SERBUK PERASA CENDAWAN NI?
Lepas hampir sebulan tak masak, semalam k.fiezz baru start masak semula. Harus lah rasmi guna serbuk perasa cendawan yang sis beli ni. Tak sabor nak try rasa masakan yang diletak dengan serbuk perasa tanpa msg ni. Sedap ke idak
Semalam k.fiezz masak kuetiau goreng. Dah tumis semua bahan, letak kuetiau, sayur. Kemudian baru letak serbuk perasa cendawan ni pula. Kacau-kacau bagi sekata. Memang tak letak garam sebab dalam serbuk perasa ni dah ada garam juga. Kang masin pula weii..Kita agak-agak je letak
Hasil dia..Not bad. Tapi k.fiezz rasa lain kali k.fiezz kena letak serbuk perasa ni dulu baru bahan utama. Sebab semalam dah letak kuetiau, baru masukkan serbuk perasa ni macam tak berapa sekata. Ada part yang kena. Ada part tak kena. Bila part yang kena memang rasa kuetiau sedap hehe..Part yang tak kena rasa tawor.. haha..Sokay lah experience kan. Lepas ni dah tau, rasanya better masukkan serbuk perasa cendawan ni dulu untuk bagi rasa dia sekata semua..Kemudian baru bahan utama
Overall memang rasa masakan lagi sedap. Paling penting tak risau nak letak serbuk perasa sebab yang ni serbuk perasa tanpa msg. hehe
SUKA MASAK..Ewahh..hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/09/Terpengaruh-Juga-Beli-Serbuk-Perasa-Cendawan-Viral-Ni.html