Terpaling Islam Tetapi Terpaling Bazir


 

Memandangkan kita di musim hari raya, pegangan biasa yang dipakai orang Melayu dalam menyediakan sajian makanan ‘biar lebih jangan kurang’ harus ditinggal, dan dibetulkan. Di hari raya ini, amat lazim kita akan menyaji makanan dengan banyak untuk tetamu yang datang. Para tetamu pula dek sudah berkunjung ke banyak rumah tidak akan lagi terdaya untuk melantak banyak, dan sajian yang tidak dipelankan awal itu akan berlebihan lantas melanyah.
Sudah masa kita berkempen dan beraksi sewajarnya dalam merancang penyediaan makanan, dengan kasad untuk memilih bersederhana. Pegangan ‘biar lebih jangan kurang’ itu harus ditukar kepada ‘buat jamah jangan membazir’.
Untuk orang Melayu, beragama Islam terdapat ayat suci al-Quran dari ayat 27 surah al-Isra’ yang melarang amalan membazir, firman Allah terjemahannya; “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran ialah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Ada banyak sebab pegangan ini mesti dikempenkan. Kita perlu menyedarkan masyarakat yang makanan berlebih dan bersisa dan terbuang ini merosakkan alam sekitar.

Suka tidak suka kita orang Melayu, yang terpaling Islam adalah yang terpaling membazir. Dalam bulan Ramadan yang lalu, umat Melayu telah melakukan pembaziran yang sangat tidak Islami. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp, Pauze Mohamad Taha, dilaporkan berkata kira-kira 4,600 tan makanan yang masih elok terbuang di seluruh Semenanjung semasa bulan Ramadan. Peningkatan ini menaik sejak dua tahun lalu. Beliau bukanlah bercakap kosong tetapi mengemukakan data yang mana anggaran ini datang dari bazar Ramadan. Itu belum lagi pembuangan makanan ketika berbuka dan kemudian setelah moreh.
Menurut data Konpendium Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 2020, 44.5% daripada komposisi sisa pepejal harian adalah sisa makanan. Pecahan dari jumlah tersebut, kita mendapati 76% merupakan sisa makanan yang sudah rosak dan tidak boleh dimanfaatkan sedangkan baki 24% sisa makanan pula boleh dielak. Dalam masa sama, 1/4 lagi daripada makanan sudah sempat dibazirkan semasa proses penyediaan, pengeluaran, dan penggunaan.
Pembaziran makanan ini pula akan merangkai menjadi pembaziran penggunaan sumber ekonomi. Ini kerana ia juga bermaksud pembaziran ke atas penggunaan sumber seperti air dan bahan api dalam penyediaan makanan tersebut, serta menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida ke dalam atmosfera.
Menurut Yusof Saari dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, “setiap satu kilo daging memerlukan 15,500 liter air, setiap satu kilo gula menggunakan 1,500 liter air”. Manakala petrol pula, “setiap 0.17 kilo daging menggunakan 0.159 gelen petrol dan setiap 0.22 kilo beras menggunakan 0.0098 gelen petrol”.
Dalam hal pelepasan karbon dioksida pula, “setiap satu kilo daging sebanyak 27 kg karbon dioksida dilepaskan dan bagi setiap satu kilo ayam sebanyak 6.9 kg karbon dioksida dilepaskan”.
Pendeknya, lebih banyak kita membazir makanan, maka lebih banyak pula kita menyakiti alam sekitar yang kemudiannya akan datang kembali menyusahkan kita dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh ia mengakibatkan pemanasan global akibat pembebasan gas metana yang terhasil daripada proses penguraian sisa makanan.
Kita juga tidak sedar sisa makanan yang dibuang ini akan menyakiti bumi. Sebagai orang Melayu yang terpaling Islam, kita selalu berangan menjadi khalifah Allah di muka bumi; baikkah kita menjahanamkan bumi sedangkan ada larangan Allah agar tidak melakukan kerosakan? Negara-negara yang amat memberi perhatian kepada sisa makanan ini nampaknya bukanlah negara Islam. Di Asia, negara Jepun, Taiwan, Thailand, dan Korea Selatan sangat tegas membasmi pembaziran makanan.
Taiwan sebagai contoh menyediakan satu program kebangsaan iaitu “National Development Plan-Green Industry-Resource Recycling and Reuse Program” antara 2003 ke 2008 yang menggalakkan penglibatan aktif industri dan sektor swasta untuk mengurangkan sisa pembuangan makanan. Thailand memastikan pembuangan sisa makanan dalam polisi peringkat kebangsaan dengan sasaran menurunkan peratusan pembuangan sisa makanan dari 30% pada 2016 kepada 62% pada 2021 dan 90% pada 2026 kelak. Di Jepun terdapat undang-undang mewajibkan industri dan mereka dalam industri makanan mengitar semula sisa makanan menjadi baja kompos, makanan haiwan, dan biogas. Nampaknya yang bukan Islam lebih membenci syaitan daripada kita. Ini kerana mereka bencikan pembaziran.
Di Malaysia, satu intervensi pihak berkuasa yang boleh dilakukan ialah mendenda kediaman, surau-masjid, pekedai malah individu yang tidak menghabiskan makanan. Dengan ingatan mana-mana rumah, restoran, atau pelanggan yang memesan atau membeli makanan hendaklah boleh mengukur sendiri saiz kehendak, serta kebolehdayaannya untuk menghabiskan makanan itu. Dalam erti kata lain, jika tidak boleh menghabiskannya maka jangan dibeli banyak atau diambil berlebihan. Demikian juga sesebuah kedai atau restoran, dan hotel hendaklah mengukur saiz pelanggan biasanya dan beringat agar tidak sampai membuang makanan yang pasti rosak.
Kita boleh meminjam panduan Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan yang mewujudkan sistem bayar atau denda untuk kediaman yang membuang lebih sisa makanan. Selain itu, kita mesti mula menjadikan persoalan pembaziran makanan dimasukkan dalam silibus mana-mana mata pelajaran sekolah. Pendidikan boleh menyelamat dan membantu perubahan sikap ini berlaku.
Anak-anak kita hendaklah digerunkan bahawa sisa makanan mereka yang tidak habis itu akan dihantar ke tapak pelupusan sisa pepejal untuk dilupuskan. Di situ, sisa makanan yang dibuang mula menghasilkan bau, cecair larut resap, dan tempat untuk merebaknya bakteria dan virus. Kita mesti mengingatkan anak-anak yang tapak pelupusan sisa pepejal di negara kita kebanyakannya telah mencapai jangka hayatnya dan tidak lagi mampu menampung sisa pepejal yang terhasil.
Penambahan sisa terhadap yang sedia ada membawa kepada kerosakan alam. Kemungkinan ada banyak tapak pelupusan sisa yang tidak sanitari iaitu tidak berkemampuan untuk melupus atau merawat secara cekap dan lengkap. Ia membawa pula kepada pencemaran sungai dan air tanah yang kemudian masuk ke dalam pili kita. Inilah kerosakan bumi yang dilakukan oleh ramai umat terpaling Melayu dan terpaling Islam sehingga memberikan kesan rantaian terhadap ekosistem alam.
Sikap tegas diperlukan supaya keraian, parti-parti, kenduri-kendara, moreh yang penuh pembaziran dan lewah ini dapat dikawal. Kempen untuk umat Melayu terpaling Islam ialah ‘buat jamah jangan membazir’. Inilah kemadanian yang mesti digerakkan segera. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/terpaling-islam-tetapi-terpaling-bazir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Cikgu Terpaling A Lakonan Izzue Islam Zamarul Hisham Cik B

Drama Cikgu Terpaling A Lakonan Izzue Islam Zamarul Hisham Cik B

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 451 hits
Tonton siri mini raya Cikgu Terpaling A lakonan Izzue Islam Zamarul Hisham Scha Elinnea dan ramai lagi akan disiarkan pada Hari Raya Pertama hingga Raya Ketujuh pukul 10 30 pagi di TV3 Judul Cikgu Terpaling A cikguterpalinga telefilemcikgut...
Negara Ini Bukan Negara Islam Tapi Punyai Undang Undang Arak Yang Sangat Ketat Kalah Negara Islam

Negara Ini Bukan Negara Islam Tapi Punyai Undang Undang Arak Yang Sangat Ketat Kalah Negara Islam

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 158 hits
Negara ini bukan negara islam tapi punyai undang undang arak yang sangat ketat kalah negara Islam Setiap kali masuk bulan Oktober selain daripada cuti umum tak berapa nak ada orang Malaysia jugak akan bising dengan isu Oktoborfest Tahun ni ...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 202 hits
Petugas dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan cerapan menggunakan teleskop Celestron Nexstar 5SE bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh 1 Syawal 1444H di Pusat Cerapan Menara Universiti Malay...
Nama Pejuang Islam Ni Banyak Kali Dah Posting Bodo Aku Rasa Dia Ni Sekolah Rendah Dulu Dok Kelas Paling Belakang

Nama Pejuang Islam Ni Banyak Kali Dah Posting Bodo Aku Rasa Dia Ni Sekolah Rendah Dulu Dok Kelas Paling Belakang

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 168 hits
Logik walaun Duit mesti datang dari sumber alam je Kalau tak ada sumber alam mesti miskin Sebab tu dia kata dia miskin sebab dinafikan royalti Sumber alam tu bonus Tanpa sumber alam pun masih boleh jana pendapatan melalui industri dan apabi...
Umat Islam Malaysia Akan Bangkit

Umat Islam Malaysia Akan Bangkit

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 397 hits
Golongan KAPITALIS cuba menyekat umat Islam di Malaysia
Telefilem Maaf Terakhir Lakonan Izzue Islam Nabila Huda

Telefilem Maaf Terakhir Lakonan Izzue Islam Nabila Huda

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 289 hits
Tonton telefilem Maaf Terakhir arahan Pali Yahya akan disiarkan pada Hari Raya Pertama pukul 2 petang di TV3 Judul Maaf Terakhir maafterakhir telefilemmaafterakhirWaktu Siaran Sabtu 22 April 2023 2 00 petangRangkaian TV3 tontonnPengarah Moh...
Ada Kemungkinan Beberapa Negara Islam Nampak Anak Bulan Khamis Ini Tapi Arab Saudi Confirm Raya Sabtu

Ada Kemungkinan Beberapa Negara Islam Nampak Anak Bulan Khamis Ini Tapi Arab Saudi Confirm Raya Sabtu

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 155 hits
KIM SYAZIEPusat Astronomi Antarabangsa memaklumkan hampir mustahil untuk melihat anak bulan Syawal pada Khamis ini walaupun menggunakan teleskop dari mana mana sahaja di dunia Arab Seperti dilapor laman berita Agensi badan astronomi yang be...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever