Terpaksa Ambil Cuti Kecemasan


 Assalamualaikum...
BEBERAPA minggu yang lepas, Sk ada cerita yang CIP MYKAD Sk rosak dan hal ini cuma diketahui apabila Sk gagal memperbaharui lesen memandu di pejabat pos. Dugaan silih berganti, dahlah cip mykad rosak, kad atm pulak tamat tempoh dan geran kereta hilang 😆. Kad atm tamat tempoh tu, bukan masalah besar sebab Sk akan buat pindahan ke bank lain jika memerlukan tunai. Yang jadi masalah, geran kereta hilang, macam mana nak perbaharui cukai jalan? Nak buat di kiosk, mykad tak boleh baca. Pak Inche kata, boleh buat di kaunter secara manual. Iyo iyo aje. Dia paksa Sk buat hari ini, sebab dia cuti. Dia cuti la, kita ni kerja hari ahad. Ajak buat esok biar adil, sibuk katanya. Sibuk dia aje, sibuk kita tak nak kira. Jadi, kita mengalahlah isi borang keluar pejabat. Keluar waktu pejabat cuma dibenarkan tidak lebih empat jam sahaja ya. Kena punch out dan punch in.

Sampai di JPJ, seperti yang diduga memang beratur panjang la di JPJ tu. Setiap kali, cuma 10 orang sahaja dibenarkan masuk, ambil nombor giliran dan tunggu nombor giliran dipanggil. Walaupun begitu, tidaklah terlalu lama pun beraturnya. Sampai giliran Sk, seperti diduga, memang berkali-kalilah percubaan nak membaca mykad tu tetapi tetap gagal. Kecewa tu tak la.. sebab benda dah jangka, kan. Jadinya, Sk cakap Pak Inche, alang-alang, ambil cuti kecemasan teruslah Ingatkan, gol aje ada hatrik, ambil cuti ahad pun ada hatrik, dua minggu lepas cuti pergi SEDILI, minggu lepas cuti balik UTARA dan hari ni cuti atas URUSAN SERI PADUKA BAGINDA 😆
Dokumen yang diperlukan untuk Gantian Geran Kenderaan Hilang :
1. Kad Pengenalan pemilik kenderaan2. Salinan KP pemilik kenderaan hadapan dan belakang
Pemilik kenderaan mesti hadir, tidak dibenarkan wakil


Sk cadangkan, kami ke UTC Galeria Kotaraya, tapi PI kata, kita pergi terus ke wisma JPN di Setia Tropika. Tempat sesak tak ada parking pulak. Dapat parking jauh giler, nangis rasanya nak menapak di tengah panas terik. Jadinya, Sk ajak jugak ke UTC. Sampai UTC, kami terus ke pejabat JPN tapi... Pegawai Rela bertugas memberitahu, cuma yang telah membuat temujanji sahaja dibenarkan masuk, yang tiada temujanji kaunter akan dibuka jam 2.30, tengok jam baru 12.16 tengahari. Pak Inche tak nak pergi mana-mana, nak tunggu situ. Aaaa.. geram aku, dia la yang hilangkan geran tu 😜. Tapi, sesungguhnya Allah swt jua yang menggerakkan hati manusia, kan.. 😍
Dokumen diperlukan menggantikan MyKad rosak ialah MyKad asal.

Jadinya, selepas berurusan di kaunter JPN, dan diberitahu mykad boleh diambil jam 2, kami terus ke Medan Selera Kebayan. Dua beranak tu dah sarapan tosei di Bismi Curry House sebelum ambil Sk di pejabat. Sk pulak, macam selalu, cuma makan roti dan minum Kopi Kedah. Jadinya, terus ke Gerai Nasi Campur. Sk memang tak boleh nampak dua lauk ni, Keli Masak Lemak Cili Api dan Paru Sambal. Lepas tu nampak urap, pulak. Paru sambal sedap dan lembut parunya, cuma masak lemak tu tak terasa cili api atau kunyit, janji kenyang la kan. 

Akhirnya, dapat dah mykad baru. Kemahen la bulatnya muka, hahahaha. Tulah, suka sangat perabih makanan, kan. Masa Sk tunggu giliran ambil mykad, Pak Inche dan Iman dah beratur siap di kaunter JPJ. Tulah, orang dah ajak dari awal buat cukai jalan tu di UTC, nakkkk jugak ke JPJ. Pak Inche ni memang old school tau... tak nak dengar pendapat orang lebih muda macam Sk ni, hahahahaha. Sk kan remaja purba, Pak Inche remaja purba jugak, tapi purbakala, hahahahahaha


Alhamdulillah, dapat jugak selesaikan semua urusan hari ini walaupun terpaksa ambil cuti kecemasan. Dapat tukar MyKad, dapat ganti geran dan dapat jugak perbaharui lesen memandu dan juga dapat isi perutttt. Ni MyKad dah okey, bila-bila nanti bolehlah ke bank pulak ganti kad atm yang dah tamat tempoh. Tapi tu pun tengok kerajinan jugak sebab Sk ni bukan sejenis rajin nak berurusan kecuali benar-benar terpaksa. Teruk kannnn perangai... ampunnnn

















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/11/terpaksa-ambil-cuti-kecemasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Panjang Malaysia 2018

Cuti Panjang Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 135 hits
Picture Cuti Panjang Malaysia 2018p s Plan for next year holidays Cuti cuti Malaysia
Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2021

Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 259 hits
Picture Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2021 Picture Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2021 Picture Cuti Perayaan 2021
Kenapa Tak Digalakkan Kahwin Bulan Cuti Sekolah

Kenapa Tak Digalakkan Kahwin Bulan Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 256 hits
Ramai orang suka nak buat majlis kahwin pada masa cuti2 sekolah Lagi2 bulan 6 dengan cuti hujung tahun Masa tu meriah FB dan blo2 dengan jemputan2 walimatul urus kawan2 Sampai tak menang tanganlah nak pilih untuk pergi yang mana satu Tapi t...
Cuti Umum 2016 Malaysia

Cuti Umum 2016 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 169 hits
Senarai berikut adalah cuti umum di malaysia untuk tahun 2016 Semoga dapat memberi panduan untuk anda semua Kalendar Cuti Umum 2016 MalaysiaJadual Hari Kelepasan Am 2016 TarikhHariCuti UmumNegeri1 JanJumaatTahun Baru 2016Kecuali Johor Kedah...
Aktiviti Cuti Maal Hijrah

Aktiviti Cuti Maal Hijrah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah Alhamdulillah habis satu buku bukak buku baru semoga tahun nie kita diberi kekuatan untuk kumpul lebih banyak pahala lagi insyaAllah Apa aktiviti korang Semalam walaupun cuti tapi subuh2 kami suami iste...
Sejak Cuti Sekolah Bermula

Sejak Cuti Sekolah Bermula

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
Salam semua Ni la keadaan akak setiap hari sejak cuti sekolah bermula Gambar di bawah membayangkan keadaan tersebut Cube korang teka ape sebenarnye yang berlaku Cer teka cer teka Adoiiii hari hari camni bisa copot jantung mama tau
Cuti Deepavali Ke Farm In The City

Cuti Deepavali Ke Farm In The City

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum Orang lain ramai duk rentas negeri check in sana sini Kami masih setia duk Selangor hahaha So alkisah cuti Deepavali hari tu bawa kids datang FITC again Kali ke 3 dah aku datang sini sebenarnya Boleh refer entry FITC aku kat...
Cuti 2 Bulan

Cuti 2 Bulan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Disebabkan keadaan mental KK agak tak stabil dan emosi pun terkadang tak terkawal KK ambil langkah untuk bercuti dari berniaga KK bukan tak minat tapi keadaan memaksa KK untuk ambil masa dan perlukan re...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet