Terokai 10 Hidden Gem Percutian Anda Di Johor 6 Daripadanya Ada Di Muar



Terokai 10 “Hidden Gem” Percutian Anda di Johor, 6 Daripadanya Ada Di Muar!
ANDA mungkin tidak pernah terlintas untuk melawat Muar, Johor tetapi selepas ini pasti mengubah fikiran untuk berkunjung di negeri di selatan tanahair ini.
Sebagai pekan bersejarah di Johor, Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani adalah salah satu permata tersembunyi di Malaysia yang perlu anda pertimbangkan untuk melawat dalam masa terdekat.
Diisytiharkan sebagai Bandar Diraja Johor oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada 2012, Muar yang sentiasa aman dan bersih telah menjadikannya sebagai salah satu bandar terbersih di Asia Tenggara.
Terkenal dengan kopi, inap desa, makanan dan budaya serta warisan penuh bersejarah, ia merupakan destinasi sempurna untuk penggemar makanan dan mereka yang mencari tempat tenang untuk berehat
Jika singgah ke Johor, ini merupakan 10 ‘hidden gem’ selatan yang sedang menunggu untuk anda terokai.
1. Kopi 434 Jika anda mencari rasa asli kopi tempatan di Muar, inilah tempat yang patut dikunjungi.
Ditubuhkan pada tahun 1953, Sai Kee Coffee ialah sebuah rumah kayu dua tingkat yang terletak sangat dekat dengan sungai Muar, dan di seberang Stesen Bas Bentayan.
Mereka menyediakan kopi asli seperti Kopi Gajah, Kopi O dan Kopi Musang (Luwak). Jika tidak pernah mendengar tentang kopi yang dikaitkan dengan gajah mahupun musang, anda mungkin mahu Google sebelum menghirupnya.
Selain itu, mereka juga menyediakan espresso, cappuccino, white coffee dan banyak lagi. Jangan lupa bawa pulang produk lambang kedai mereka iaitu Kopi Cap 434!

2. Desa Keroma Resort Muar Apabila anda merancang perjalanan bercuti, ingat bahawa penginapan adalah sangat penting.
Desa Keroma Eco Resort Muar merupakan destinasi pelancongan di daerah Muar dan antara yang terbaik di negeri Johor terletak di Parit Keroma Laut Jalan Joned.
Resort ini amat sesuai untuk keluarga, jabatan kerajaan dan swata, NGO dan persatuan untuk menjalankan aktiviti atau program seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, program motivasi dan seminar atau mesyuarat kerana semua kemudahan yang disediakan serba lengkap dan sangat memuaskan.
Terbahagi kepada dua laman utama iaitu laman A dan laman B, Desa Keroma Eco Resort menawarkan pelbagai pilihan penginapan antaranya Villa Kayu Manis di Laman A menyediakan 16 kamar asas (katil kelamin) dengan harga RM120 seunit atau RM140 pada cuti umum.

3. Muar Leather Craft (MLC) Pengalaman kerja seni kraf kulit selama lebih 30 tahun dikembangkan fungsinya dengan menubuhkan Muar Leather Craft yang telah mula beroperasi sekitar tahun 2018.
Berkecimpung dengan seni kraf kulit sejak tahun 1989, pemilik Muar Leather Craft, Roslin Osman, 58, menjelaskan, selain daripada menghasilkan produk seni rekaan berasaskan material kulit haiwan, MLC juga ingin memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang definisi sebenar produk kraf kulit yang tidak atau jarang diketahui umum.
Selain itu, pelanggan atau pengunjung juga harus celik dalam memilih produk buatan kulit bukan sahaja kerana reka bentuknya malah, kualiti jahitan dan ketepatan jenis kulit dengan produk dihasilkan.
Menyentuh kembali pembabitannya dalam menghasilkan produk utama, sarung tangan jenama FootJoy dan Titleist, Roslin berkata, buat masa ini dia hanya mampu memenuhi 200,000 unit sarung tangan berbanding satu juta permintaan.
Tidak terkecuali dari tempias kesan pandemik, MLC masih boleh bernafas lega lantaran permintaan penyambung pelitup muka yang menggalakkan dari pelanggan.

4. Tiram Sungai Muar Penternakan tiram di dasar sungai merupakan warisan terkenal di muara Sungai Muar.
Tiram spesies ini, satu-satunya yang terdapat di dunia dan hanya terdapat di muara Sungai Muar di Johor telah disahkan sebagai spesies baharu dan dinamakan Crassostrea (Magallana) saidii.
Lebih unik lagi, disahkan bahawa spesies itu tidak terdapat di kawasan lain di dunia melalui penyelidikan dilakukan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Queen’s University Belfast.
Spesies itu dikenali sebagai ‘tiram putih’ dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih krim serta berkualiti tinggi.
Ia lebih mendapat sambutan penggemar tiram berbanding spesies Crasssotrea belcheri (tiram kapak) juga boleh dijumpai di muara Sungai Muar.
Kegiatan mencari tiram di situ turut menjadi tumpuan pelancong yang mahu melihat secara dekat bagaimana nelayan menyelam ke dasar sungai bagi mendapatkan spesies berkenaan.
Kaedah unik ‘menyelam tiram’ di Oyster Bay bukan sahaja menjadi daya tarikan pelancongan terbaharu di daerah ini tetapi menjadi pusat penyelidikan haiwan akuatik berkenaan dan juga pembangunan usahawan di kawasan berkenaan.
Jika berkesempatan, anda sendiri boleh merasai pengalaman makan tiram yang mana merupakan tiram Sungai Muar yang mendapat permintaan baik sama ada individu biasa hingga ke restoran besar dan hotel tertentu berikutan rasa enak dan kaya dengan nutrisi untuk kesihatan menjadikannya amat digemari ramai.

5. Songkok Masood Hussin Jenama songkok “Masood Hussin” sangat terkenal di Bandar Diraja Muar, namun tidak ramai mengetahui bahawa seni warisan songkok yang diasaskan oleh Allahyarham Masood Hussin lebih 75 tahun lalu, kini diwarisi cucu perempuannya, Nurdalila Abd Ghani.
Menurut Nurdalila, keistimewaan songkok Masood Hussin adalah ia diperbuat dengan tangan dan material yang digunakan diimport selain saiznya tinggi sedikit berbanding songkok biasa.
Atas minat mendalam terhadap seni buatan aksesori pelengkap baju Melayu itu, wanita berusia 42 tahun itu nekad membuka kedainya sendiri di Jalan Abdullah di Muar pada 2002 untuk menjual secara komersial songkok jenama arwah datuknya yang pernah popular di Muar sekitar tahun 1960-an.
Tambahnya lagi, perniagaannya juga tidak terkecuali daripada terjejas ketika penularan wabak COVID-19 dengan sebelum itu penjualan mampu mencecah sebanyak 30,000 songkok setahun, namun pada tahun lalu (2020) jualan hanya sekitar 10,000 songkok.
Butik Songkok Masood Hussin Jalan Majidi Muar di sini, bukan setakat menghasilkan produk secara buatan tangan, malah pelanggan boleh menempah sendiri rekaan, warna dan fabrik mengikut lilitan kepala yang tepat.

6. Fortune Dragon Yong Peng Patung Kemakmuran Naga di Yong Peng, Johor telah siap dibina pada 2016 dengan anggaran kos RM8 juta.
Ia dikatakan sebagai terowong naga terbesar di dunia dengan panjang 115 meter tetapi fakta ini tidak benar kerana mereka membina naga sepanjang 21 kilometer di Wilayah Henan China beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, Fortune Dragon memberikan pengalaman berjalan mengelilingi taman dan pelawat masuk melalui mulut naga dan keluar berhampiran ekor.
Di dalamnya terdapat 144 anak tangga yang disusun secara naik dan turun mengikut badan naga tersebut.
Dinding dalaman naga itu dipenuhi dengan rangkaian lukisan tradisional Cina dengan kapsyen dalam bahasa Cina, Melayu dan Inggeris.

7. Labis Sunrise Farm Menikmati keindahan pemandangan di Labis Sunrise Farm, merasai buah-buahannya yang sedap dan pengalaman pelancong datang ke sini tidak akan dapat dilupakan jika anda singgah atau menginap di homestay disediakan di sini.
Jika cuaca dalam keadaan baik pada hari tersebut, anda mungkin berpeluang melihat matahari di waktu pagi memecah langit yang menghubungkan Labis dan Segamat, dua bandar utama Johor.
Anda juga berpengalaman merasai pengalaman menaiki bas mini melalui jalan laterit yang condong sedikit lebih mencabar sebelum sampai ke pintu masuk utama Labis Sunrise Farm.
Selepas melalui prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, termasuk pemeriksaan suhu dan imbasan kod QR MySejahtera, anda akan menuju ke Titik Tinjau Keluar yang menawarkan pemandangan persekitaran subur di ladang berdekatan homestay tersebut.
Terletak di tempat bertingkat tertinggi di kawasan itu, tempat ini menyerupai rumah tradisional Melayu lengkap dengan ukiran kayu keras tempatan yang rumit dan hiasan tradisional yang unik kepada Johor.
Tanpa apa-apa selain kehijauan subur di sekeliling, anda juga boleh melalui kawasan seluas 150 hektar dipenuhi dengan spesies tumbuhan serta buah-buahan tropika yang tidak terkira banyaknya.

8. Muar Art Gallery Di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri, orang ramai telah mula mengambil serius konsep kafe.
Bukan hanya mahu memegang secawan minuman istimewa di tangan mereka, tetapi mereka juga mahu merasai pengalaman di dalam kafe direka indah sambil melihat beberapa karya seni terpilih yang akan memukau fikiran mereka.
Bagi pengunjung yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Muar, Muar Art Gallery adalah gabungan ruang seni, hab makanan dan kedai di bawah satu bumbung.
Terdapat begitu banyak untuk ditemui dan dipelajari terutamanya dalam ruang seni yang mereka sediakan. Terokai sisi kreatif anda sambil berseronok melawat seni di kafe tersebut.

9. Muar Street Art Memandangkan Muar antara bandar yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri, makanya nilai sejarah ini telah diangkat dan diadaptasikan melalui lukisan-lukisan mural di dinding-dinding bangunan yang penuh dengan maknanya tersendiri.
Kebanyakkan mural yang berada di sekitar Muar ini berkonsepkan budaya masyarakat tempatan, jadi tidak hairanlah sekiranya anda berjalan-jalan di celahan lorong lalu melihat banyak lukisan mural yang memaparkan gambar seperti alatan muzik dan tarian tradisional Johor serta gaya hidup masyarakat terdahulu.
Anda pasti terimbau kenangan lalu saat menatap mural-mural di Muar ini kerana setiap lukisan mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri.

10. Sate Maharani Bando Muo Mesti anda rasa sedikit janggal untuk mulakan sarapan dengan makan sate? Tidak bagi orang di ‘bando Muo’ kerana memang sangat terkenal dengan sate makanan kegemaran semua peringkat umur.
Anda pasti sanggup berkejar ke Muo semata-mata untuk menikmati keenakan Sate Maharani Muo, R&H Cafe yang menyediakan 3 jenis sate, iaitu sate ayam, sate daging dan sate perut..
Jika anda makan Sate Maharani ini, anda akan dapat merasai kelainan yang begitu sempurna, semua rasa ada pada Sate Maharani, rasa rempah-ratusnya, masam manisnya, dan lemak masinnya, semua secukup rasa.

Pengalaman menarik meninjau hidden gem ini dirasai seramai 17 wakil media terdiri daripada agensi media cetak, elektronik dan media baharu yang menyertai Program Ekspresi Media: Southern Hidden Gem anjuran Tourism Malaysia selama empat hari dari 23 hingga 26 November 2021.
Program bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong bagi menguar-uar jaminan produk pelancongan bersih dan selamat dalam amalan norma baharu khususnya di Wilayah Selatan. Program ini turut mendapat kerjasama Pejabat Daerah Muar bagi mempromosikan produk-produk pelancongan negeri Johor.-Destinasi
Terokai 10 “Hidden Gem” Percutian Anda di Johor, 6 Daripadanya Ada Di Muar!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’ PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

The post Terokai 10 “Hidden Gem” Percutian Anda di Johor, 6 Daripadanya Ada Di Muar! appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/12/terokai-10-hidden-gem-percutian-anda-di-johor-6-daripadanya-ada-di-muar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Flashmob Amk Johor Tuntut Harga Barang Turun

Flashmob Amk Johor Tuntut Harga Barang Turun

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 206 hits
Angkatan Muda KEADILAN Johor menuntut kerajaan BN bertindak lebih agreasif dan segera dalam menurunkan harga barang Menurut Ketua AMK Johor R Yuneswaran kerajaan BN hanya pandai memberi seribu satu alasan namun realitinya harga barang tidak...
Five Year Old Boy Dies Of Suspected Abuse In Johor

Five Year Old Boy Dies Of Suspected Abuse In Johor

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 188 hits
Iskandar Puteri district police chief ACP Dzulkhairi Mukhtar said police were informed on the incident at about 12 20pm by a Sultanah Aminah Hospital staff after the boy was sent to the hospital by his mother Picture by Ahmad ZamzahuriJOHOR...
T21l04 Bermalam Di Hermess Hotel Johor

T21l04 Bermalam Di Hermess Hotel Johor

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 256 hits
Sekarang jam menunjukkan waktu 7 31 pagi Kami sekeluarga berada di Hermess Hotel Johor yang terletak di alamat 51 Jalan Bestari 1 4 Taman Nusa Bestari 81200 Johor Bahru Johor Kami sampai di sini dan daftar masuk pada jam 11 30 malam semalam...
Melaka Kekal Juara Ternak Katak Johor Pula Atasi P Pinang

Melaka Kekal Juara Ternak Katak Johor Pula Atasi P Pinang

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 205 hits
Oleh AMREE AHMAD TERNAKAN katak secara komersial mampu beri pendapatan lumayan kerana permintaan haiwan amfibia ini amat popular di seluruh dunia MEDIA SOSIALPUTRAJAYA Melaka menjadii negeri paling banyak ternakan katak di Malaysia sepanjan...
Farewell Dinner Di Restoran Sri Pantai Kampung Pasir Putih Pasir Gudang Johor

Farewell Dinner Di Restoran Sri Pantai Kampung Pasir Putih Pasir Gudang Johor

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 461 hits
Farewell Dinner di Restoran Sri Pantai Kampung Pasir Putih Johor Selesai sudah farewell dinner yang dihadiri department aku sahaja sempena meraikan minggu minggu last our boss Daisy Boss yang nak berhenti boss lah yang belanja Gituhh HAHA K...
Isu Projek Hsr Kl Johor Bahru Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Projek Hsr Kl Johor Bahru Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 260 hits
BH ONLINE Dewan Rakyat di Parlimen Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Isu mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Johor Bahru dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam ...
The Colours Of Life Bengkel Raptai Sstp Jpn Johor

The Colours Of Life Bengkel Raptai Sstp Jpn Johor

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 271 hits
The Colours of Life Bengkel Raptai SSTP JPN Johor Hari ni full Packed Sepagian di SSTP Bengkel dan raptai untuk Kolokium PSA esok Kami AJK Montaj Jalan OK Ada sedikit penambahbaikan perlu dibuat Terus roger team untuk pengemaskinian Terus k...
Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura Ura Yang Beliau Sedang Intai Kerusi Parlimen Di Johor

Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura Ura Yang Beliau Sedang Intai Kerusi Parlimen Di Johor

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 324 hits
KLUANG Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan atau mengiyakan ura ura yang beliau sedang mengintai kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata masi...
Paradigm Mall Johor Bahru Greets Malaysian Breadwinners With Vtl 11 29 Welcome Home Special Treats

Paradigm Mall Johor Bahru Greets Malaysian Breadwinners With Vtl 11 29 Welcome Home Special Treats

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 295 hits
Paradigm Mall Johor Bahru welcome Malaysians with the VTL 11 29 Welcome Home special treats Paradigm Mall Johor Bahru one of the shopping malls under WCT Malls Management Sdn Bhd welcomes Malaysians working in Singapore who are coming home ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian