Teroka Sumber Baharu Untuk Dapat Hasil
ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI

  KUALA LUMPUR: Negara masih bergantung kepada hasil cukai langsung dan tidak langsung serta hasil petroleum sebagai sumber pendapatan negara
 Justeru, sudah masanya Kerajaan meneroka sumber baharu bagi mendapatkan hasil
 Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd  Khairuddin Aman Razali mencadangkan perkara itu ketika membahaskan  Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam

 "Malangnya  pada hari ini, banyak sekali cukai yang dikecualikan ke atas golongan  kaya sebaliknya orang-orang miskin pula membanyar pelbagai cukai  melibatkan barangan keperluan asas mereka
 "Contoh cukai yang berasaskan model  zakat yang boleh diperkenalkan antaranya adalah cukai atas simpanan  korporat dan cukai atas pegangan dan keuntungan saham yang diambil  daripada lebihan kekayaan seseorang untuk dikongsi bersama dengan  golongan yang lebih memerlukan
 "Kerajaan diharapkan dapat memberikan maklum balas terhadap cadangan cukai baharu ini
 "Selain itu juga, cukai juga boleh  diperkenalkan seperti zakat sumber galian ke atas emas dan perak  termasuk petroleum, zakat pertanian dan zakat ternakan," ujar beliau
 Khairuddin turut menyatakan, konsep dan  model mudharabah, musharakah, wakaf dan sukuk al-ijarah yang membabitkan  penglibatan rakyat dalam pembangunan negara juga mesti diperluaskan  aplikasinya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan  pinjaman daripada institusi kewangan
 Tambahnya, kerajaan berkewajipan  mengguna pakai petunjuk Allah mengenai pengurusan ekonomi ini dan tidak  bergantung semata-mata kepada kemampuan akal sendiri yang sudah pasti  mempunyai kelemahan tertentu.  Kaji semula definisi miskin  Katanya, pada 2017 gaji median Malaysia  meningkat sebanyak 8% kepada RM2,160 daripada RM2,000 pada 2016,  hakikatnya pertumbuhan gaji sebenar adalah hanya 4.2% sahaja
 Ia disebabkan oleh kesan inflasi. Tidak hairanlah jika purata kadar kenaikan gaji pada 2017 juga menurun kepada 5%
 Tambahnya, dengan unjuran kadar inflasi  semakin meningkat sehingga berakhir tahun ini, kadar pertumbuhan gaji  pada 2018 dijangka sekali lagi mengalami penyusutan
 "Persolannya, bagaimana Kerajaan  menghadapai inflasi ini dalam pada masa sama melaksanakan SST bagi  menggantikan GST? Sebenarnya, cukai-cukai kepengunaan inilah yang  menyebabkan kadar inflasi terus berkembang
 "Kerajaan diminta agar mengkaji semula  definisi miskin dan miskin tegar yang digunakan pada masa ini supaya  kayu ukur baharu itu dapat menggambarkan dengan lebih realistik keadaan  sebenar kemiskinan di negara ini
 "Ini kerana takrif kemiskinan yang  diguna pakai pada hari ini terlalu kecil skopnya hanya melibatkan  perkara berkaitan makanan dan perkhidmatan asas tertentu sahaja," tegas  Khairuddin
 Beliau beranggapan, kesilapan dalam  memberikan definisi yang betul mengenai kemiskinan ini telah memangsakan  ramai orang miskin kerana terkeluar daripada senarai mereka yang layak  menerima bantuan
 Katanya, takrif menurut Islam termasuklah membezakan di antara miskin dan fakir sewajarnya dijadikan panduan
 Maka bagi menentukan PGK pula, lima item  keperluan asas wajib diperkirakan iaitu makanan, kediaman, pakaian,  pengangkutan dan pendidikan
 "Kerajaan digesa supaya meneruskan dan  meningkatkan elaun sara hidup nelayan kepada RM300 hingga RM500 sebulan  dan menambah bantuan musim tengkujuh
 "Kerajaan juga diminta menambah subsidi  padi dan menaikkan elaun untuk pesawah; menetapkan harga lantai bagi  getah pada paras RM4.00 dan menaikkan paras harga getah untuk layak  menerima Intensif Pengeluaran Getah (IPG)
 Malangnya, apabila Bajet 2019 tidak langsung menyentuh mengenai pendapatan para petani, peladang dan nelayan ini.
"Sedangkan golongan ini terhimpit dengan  masalah hasil, perubahan cuaca dan harga pasaran sehingga menjejaskan  pendapatan mereka yang sudah sedia rendah," ujarnya. – HARAKAHDAILY
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/teroka-sumber-baharu-untuk-dapat-hasil.html