Termenung Jugaklah


Sebelum aku menyambung main game Cooking Diary bagi memenangi anugerah Cosmic Chef, aku nak lah update barang cerita yang tadaklah happy ending mana untuk ditatap dalam lipatan sejarah.

Selepas tiga bulan menganggur dan kerja sekadar ikut masa sendiri ni (yang jujurnya tadaklah dapat pulangan yang sampai boleh dipertontonkan dikhalayak ramai seperti kebanyakan yang berlaku dikalangan so we called them 'entrepreneur'). Termenung jugaklah akunya....

Masa sekarang semua orang bergantung hidup pada mencari rezeki yang based on hierarchy pyramid alternatif bagi sistem MLM.

Since aku adalah sejenis manusia yang paling bermasalah bila hidup berhierarki ni, awal aku nasihatkan korang untuk tidak sama sekali tidak, untuk menjadikan aku bahan ujikaji bagi perkara sebegini. Aku support ya aku akan beli. Tapi untuk join, samada beli dekat korang atau tidak itu pilihan yang aku bebas untuk buat.

Dia semacam laju je semangat rebel tu nak berevolusi bila orang push dan pressure aku (don't you dare challenge my patient). Sampai rasa macam terpaksa pesan dekat sesiapa yang gemar sistem ini untuk jauhi aku sebabnya aku bakal membawa aura toksik dan pelbagai ion negatif dalam hidup korang.

Aku suka tengok semangat korang berbisnes, suka tengok korang berjaya, aku support apa jua yang korang buat (dari jauh). Cukup sekadar itu. Orang yang betul-betul aku akan support dan percaya hanya mereka yang benar-benar kenal aku dan aku kenal mereka. Baru aku dengan rela hatinya akan bagi sokongan 100%.

Biarlah aku masih termenung dikala korang dah duduk di istana sekalipun, janji aku tak langgar prinsip hidup aku sendiri.

Biarlah ia lambat, biarlah ia bergerak seperti siput babi sekalipun, janji aku tidak terlibat dengan sistem hierarki dan piramid kristal yang dicipta untuk mengaburi mata makhluq mediocre seperti aku ni.

Aku sedang dalam proses belajar untuk terima hakikat yang hidup aku bukan seperti series HIMYM, TBBT, FRIENDS, mahupun Will & Grace. Tapi lebih kepada hidup Spongebob Squarepants yang suka masak Krabby Patty. Literallynya.

Aku terpaksa terima hakikat yang mimpi aku terlalu sukar direalisasikan. Lebih-lebih lagi bila aku menolak unsur-unsur yang kebanyakkan sifu perkenalkan. See, bermasalahnya aku ni. Dia lebih sukakan kajian sendiri sebelum main terjun dan angguk kepala pada orang yang dia sukar untuk terima konsepnya.

I wish I was simple-minded.

I wish that it doesn't have to be this complex. But, whenever I tried to pretend that I'm okay with this kind of life, part of me just wanna die. While part of them, already becoming polythene.

Orang cakap, nak suka sesuatu tu kita kena berlakon yang kita sukakannya. Nanti lambat laun kita akan terimalah dengan sendirinya. 'Bagi ia masa' kata mereka.

Termenung lagi...

"Macam mana kau nak dapat sesuatu kalau kau tak fight for it?"

I'm not a fighter mother.

I'm a surrender...

A rebellious and what I called myself as a petualang.

Always retreat whenever the battle started. Coz that's my nature.

I already lost before the battle started.

Kalau kau nak berjaya, pergilah, aku support kau.

Tapi, biarlah aku sebagai pesorak yang setia untuk kau. Aku takut pada kejayaan....tapi aku suka lihat kau berjaya....

Termenung jugaklah nak faham diri sendiri...

Aku takut pada limpahan cahaya...

Kau pun tahu aku rabun silau kan?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sofieadie.com/2020/06/termenung-jugaklah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amir Kerap Termenung Disebalik Jeriji Besi

Amir Kerap Termenung Disebalik Jeriji Besi

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 235 hits
216 total views 216 views today Viral di media sosial hari ini mengenai berita kematian seorang kanak kanak yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi Kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu dan bapa tirinya s...
Jiran Sempat Ambil Gambar Mangsa Termenung

Jiran Sempat Ambil Gambar Mangsa Termenung

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 144 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA Kanak kanak yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinyaMELAKA Seorang gadis iaitu jiran kepada kanak kanak yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera...
Hukum Memakai Pendakap Gigi

Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Pac Sahkan Penangkapan Pegawai Felcra Isu Projek Rm1 2 Bilion



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Kebiasaan Buruk Yang Harus Dihindari Untuk Kesehatan Tubuh

Canon Meningkatkan Kesedaran Laut Melalui Bengkel Fotografi Dan Pameran Yang Menarik

Unveiling Malaysia S Hidden Gems With A Travel Pass

15 Patriotic Centerpiece Ideas For Every Style

Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

Kad Pat G Cara Daftar Akaun Semak Permohonan Baru Renew