Beberapa maklumat daripada mereka dalam Bersatu jelas meragui apa yang diperkatakan oleh Pak Wan berhubung pertemuannya dengan Tun Mahathir itu.Kata mereka, yang paling tidak masuk akal ialah tentang kehadirannya untuk memberi nasihat dan mengajak Tun Mahathir agar bersama-sama membantu Muhyiddin membina negara.Siapa Pak Wan untuk memberi nasihat dan mengajak Tun Mahathir yang kedudukannya lebih tinggi serta pengalamannya jauh lebih banyak daripada beliau sendiri?Bukankah sebelum ini Tun Mahathir sudah menegaskan beliau tidak akan berhenti daripada berusaha untuk menjatuhkan Muhyiddin?Lagi pula, pertemuan dan nasihat itu hanya diberikan setelah Tun Mahathir bersama empat yang lain diberikan surat atas arahan Muhyiddin yang menyatakan kedudukan bekas Perdana Menteri itu telah terpecat daripada Bersatu?Jadi, apa wajarnya lagi untuk beliau mengadakan pertemuan, memberi nasihat dan mengajak Tun Mahathir untuk menyokong Muhyiddin?Selain itu, seorang pemimpin Bersatu pro Muhyiddin pula menegaskan, tidak ada sesiapa yang meminta Pak Wan untuk berjumpa dan konon untuk memberi nasihat kepada Tun Mahathir.Kata-kata Pak Wan langsung tiada logiknya, kata pemimpin berkenaan yang merupakan seorang Ahli MPT Bersatu.Maklumat lain memberitahu, keinginan Pak Wan bersama dan menyokong Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana bellau dikatakan memang ada perasaan kecil hati terhadap Muhyiddin berhubung kedudukannya dalam kabinet.Pak Wan dikatakan tidak berpuas hati dengan jawatannya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang tiada portfolio khusus berbanding mereka daripada “pelompat katak” dalam Bersatu yang diberikan kementerian lebih kanan oleh Muhyiddin.Sebagai Menteri Pembangunan Usahawan sebelum ini, Pak Wan berasakan beliau kini diturunkan gred kedudukan oleh Muhyiddin, meskipun beliau adalah rakan lama kepada Perdana Menteri.Rasa kecil hati dan tidak puas hati beliau itu bukanlah perkara baru, malah sejak awal pembentukan kabinet lagi dan ia juga telah diluahkannya kepada beberapa pihak yang rapat dengannya.Seorang Ahli MPT Bersatu mengakui Pak Wan ada meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas secara peribadi kepadanya berhubung jawatannya dalam kabinet.Sekarang, setelah pertemuannya dengan Tun Mahathir ini terdedah, dalihnya bahawa ia bertujuan untuk beliau memberi nasihat dan mengajak Tun Mahathir menyokong Muhyiddin sebenarnya sudah tidak berguna lagi.Bukan saja orang yang membaca kenyataan Pak Wan itu tidak mempercayainya, bahkan Muhyiddin juga turut ada perasaan yang sama.Muhyiddin sudah tentu berasa hati terhadap Pak Wan yang dilihat cuba mengkhianatinya, bahkan mungkin tidak mempercayainya lagi selepas ini, tambah Ahli MPT Bersatu tadi seterusnya.Untuk itu, bersama Dr. Shahruddin yang masih berdiam diri tentang tujuannya berjumpa Tun Mahathir, kedua-dua mereka ini sebenarnya perlu jujur dan berterus terang sekarang ini.Tiada guna lagi Pak Wan terus berdolak-dalik itu dan ini tentang pendirian politik atau pertemuannya dengan Tun Mahathir.Tambahan lagi, kedudukan nombor untuk Tun Mahathir dan PH mengambil alih semula kerajaan sudah pun ada, lebih baik diteruskan saja apa yang terpendam dalam hatinya selama ini.Takut-takut akan tertinggal bas nanti dan akhirnya langsung tidak dapat apa-apa. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |