Terlalu Awal Untuk Anggap Vaksinasi Pasport Kepada Imuniti


azrulhakimieKerajaan perlu kaji keberkesanan vaksin sebelum buat sebarang keputusan KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk menganggap bahawa vaksinasi COVID-19 akan dijadikan sebagai asas untuk memperoleh ‘pasport imuniti’ supaya seseorang dapat bergerak dengan bebas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kerajaan masih perlu mengkaji dengan teliti hasil keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
“Vaksinasi membawa sinar harapan kepada kita semua, namun ia masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membuat keputusan mengenai sama ada vaksinasi itu akan menjadi ‘pasport imuniti’ dan membolehkan kita mengembara ke sekeliling dunia, misalnya.
“Marilah kita mendapatkan suntikan vaksinasi dan kemudian lakukan penilaian dari semasa ke semasa,” katanya dalam ucaptamanya yang disiarkan menerusi webinar Forward Malaysia: Charting New Paths to the Next Normal, anjuran Newcastle University Medicine Malaysia di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai ‘pasport imuniti’ yang dikemukakan oleh Pakar Perunding Perubatan Akut dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia Datuk Seri Dr Paras Doshi yang juga salah seorang penceramah webinar itu.
Dr Noor Hisham berkata, buat permulaan, kerajaan mungkin akan melonggarkan sekatan COVID-19 misalnya, dalam aspek kuarantin sekiranya program vaksinasi berjalan dengan baik.
Namun, pada waktu yang sama, katanya kerajaan perlu memastikan sama ada diperlukan suatu pemangkin atau sama ada tindak balas imuniti tubuh akan berkesan dan berpanjangan setelah satu atau dua tahun selepas menerima suntikan vaksin.
“Kita perlu melihat data … sekurang-kurangnya lapan bulan atau setahun dan mungkin maksimum sehingga dua tahun untuk melihat keberkesanan dan keselamatan vaksin.
“Saya rasa ada banyak persoalan yang belum terjawab ketika ini …tetapi kita berharap yang terbaik dan anda masih perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun anda telah menerima suntikan vaksin,” tambah beliau.
Dr Noor Hisham berkata sekiranya perlindungan dalaman (vaksin) dan luaran (mematuhi SOP) berjalan seiring, Kementerian Kesihatan mungkin akan mempertimbangkan semula mengenai ‘pasport imuniti’ ini dengan berbincang dengan rakan sejawatnya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Mengenai sama ada kita dapat kembali kepada kehidupan normal sebelum pandemik COVID-19 itu, ia adalah sesuatu yang kita harapkan menjadi kenyataan namun kita juga harus melihat kepada keberhasilan program vaksinasi sama ada ia berupaya memberi kita ‘pasport imuniti’.
“Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu … ketika ini diakui kita hidup dalam situasi yang amat sukar dan mencabar,” katanya.
Namun, katanya perkara yang lebih penting ialah rakyat perlu bersabar dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu sehingga keadaan pulih dan kehidupan kembali menjadi normal. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/terlalu-awal-untuk-anggap-vaksinasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlalu Awal Bincang Buka Sempadan

Terlalu Awal Bincang Buka Sempadan

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 234 hits
TERLALU AWAL BINCANG BUKA SEMPADAN KUALA LUMPUR Kerajaan belum berbincang untuk membuka semula sempadan negara meskipun program vaksinasi COVID 19 mula dilaksanakan di Malaysia dan negara lain Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob be...
Vaksinasi Awal Bantu Petugas Media Di Lapangan Kumpulan Wartawan

Vaksinasi Awal Bantu Petugas Media Di Lapangan Kumpulan Wartawan

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 200 hits
MALAYSIAKINI Beberapa kumpulan wartawan hari ini mengalu alukan laporan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menyenaraikan wartawan sebagai kumpulan petugas barisan hadapan yang layak untuk menerima vaksin awal Covid 19 Kesa...
Dinkes Tangsel Bantah Akan Gelar Vaksinasi Lansia Pada 10 14 Maret

Dinkes Tangsel Bantah Akan Gelar Vaksinasi Lansia Pada 10 14 Maret

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 166 hits
Dinas Kesehatan Kota Tangerang Selatan menegaskan kabar pelaksanaan vaksinasi Covid 19 bagi lanjut usia yang akan dilaksanakan pada tanggal 10 14 Maret adalah hoaks alias tidak benar
Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi Mysejahtera

Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 309 hits
Setahun lebih dah kita mengharungi hari demi hari dengan pelbagai ujian dalam penularan pendamik Covid19 ini Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tekanan demi tekanan kehidupan terpisah lama dengan insan insan yang tersayang amal ibadah ...
3 2 Juta Lansia Di Jateng Jadi Prioritas Vaksinasi Bersama Pelayan Publik

3 2 Juta Lansia Di Jateng Jadi Prioritas Vaksinasi Bersama Pelayan Publik

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 249 hits
Ganjar meminta semua Bupati Wali Kota menjadikan prioritas vaksinasi untuk lansia Mengingat sebelumnya program vaksinasi lansia awalnya hanya dilakukan di ibu kota Provinsi
Melihat Vaksinasi Covid 19 Drive Thru Untuk Lansia Di Kemayoran

Melihat Vaksinasi Covid 19 Drive Thru Untuk Lansia Di Kemayoran

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 190 hits
Melihat Vaksinasi Covid 19 Drive Thru untuk Lansia di Kemayoran Kementerian Kesehatan menggandeng aplikasi kesehatan Halodoc untuk menyediakan layanan vaksinasi Covid 19 secara drive thru kepada lansia Lokasi pertama layanan vaksinasi ini b...
Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 209 hits
PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Parlimen boleh kembali bersidang pada Mei selepas semua Ahli Parlimen diberi vaksin Beliau memberi cadangan itu berdasarkan semua 220 Ahli Parlimen diberi vaksin menjel...
Filipina Lancar Program Vaksinasi Seluruh Negara Hari Ini

Filipina Lancar Program Vaksinasi Seluruh Negara Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 235 hits
Images KONGSI ARTIKEL MANILA Filipina sudah melancarkan program vaksinasi secara besar besaran hari ini sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah melawan pandemik koronavirus Puluhan pekerja jagaan kesihatan dan
Cubaan Potong Barisan Vaksinasi Kj Seru Orang Ramai Salur Maklumat

Cubaan Potong Barisan Vaksinasi Kj Seru Orang Ramai Salur Maklumat

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 217 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin meminta pemberi maklumat untuk tampil sekiranya mempunyai aduan mengenai dakwaan cubaan memotong barisan dalam mendapatkan vaksin Covid 19 Dia berkata demikian sebagai menjawab ciapan Tw...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga