Terkini Kerajaan Arab Saudi Tidak Menggantung Sementara Visa Umrah
Sebelum ini Ohmedia dapat info mengatakan kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan suapaya menggantung sementara visa umrah serta visa pelancong kepada mana-mana negara yang terkesan dengan penularan wabak kerana bimbang wabak berkenaan menular di Mekah dan Madinah.
BACA: Kerajaan Arab Saudi Gantung Sementara Visa Umrah!
Dipetik dari Berita Harian, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, setakat jam 9,30 pagi tadi, tiada sekatan visa bagi tujuan umrah dimaklumkan oleh Kedutaan Arab Saudi. Maklum beliau, Kerajaan Arab Saudi hanya mengumumkan akan menyekat jemaah dari negara yang terjejas wabak, tapi tidak disebut negara yang tersenarai.
Tambah beliau, melalui semakan yang telah dibuat dengan syarikat penerangan Arab Saudi, tiada arahan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah. Jelas beliau, kemungkinan Arab Saudi menggantung kemasukan bagi negara yang terjejas teruk dengan wabak ini, seperti China dan Hong Kong.
Walaubagaimanapun, masih terdapat laporan dari media Arab, seperti Arab News menyatakan bahawa kerajaan Arab Saudi sudah menetapkan penggantungan sementara bagai memastikan keselamatan orang awan terjamin dengan mengelakkan penularan wabak ini. Sama-samalah kita nantikan sama ada benar berlaku penggantungan ini.
#UPDATE: Saudi Arabia has placed a temporary ban on Umrah pilgrims in an attempt to ensure public safety by preventing the spread of the coronavirus.https://t.co/576su0HHmk pic.twitter.com/tKz5OBnyMB— Arab News (@arabnews) February 27, 2020
OHMEDIA: DIHARAP AGAR WABAK INI TIDAK MENULAR DISANA SEHINGGA MENGANGGU JEMAAH-JEMAAH UMRAH MELAKUKAN IBADAH DISANA.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca tentang kerajaann Arab Saudi tidak menggantung sementara visa umrah di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/02/terkini-kerajaan-arab-saudi-tidak.html