Terkini Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan Semakan Agihan Th



Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus yang akan diberikan kepada kira-kira 8.7 juta pendepositnya. Agihan keuntungan ini adalah bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan jumlah agihan keuntungan tersebut kekal seperti tahun kewangan sebelumnya, iaitu pada 31 Disember 2021.
Ini bermakna bahawa pendeposit TH akan menerima keuntungan sebanyak 3.10 peratus dari jumlah simpanan mereka, selepas dikurangkan dengan jumlah zakat yang perlu dibayar. Agihan keuntungan ini adalah satu bentuk ganjaran kepada pendeposit TH yang menyimpan wang mereka dalam akaun Tabung Haji. Ia juga menunjukkan bahawa TH berjaya dalam menguruskan dana pendeposit dan memberi keuntungan yang baik kepada mereka.
Agihan keuntungan yang kekal sebanyak 3.10 peratus ini juga memberi keyakinan kepada pendeposit TH bahawa mereka akan terus menerima keuntungan yang stabil daripada pelaburan mereka dalam jangka masa panjang.
Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 yang berjumlah RM2.65 bilion, meningkat dari jumlah agihan keuntungan sebelumnya pada tahun 2021 yang sebanyak RM2.46 bilion. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar, dan turut dihadiri oleh Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar, di suatu acara.
Dividen Tabung Haji 2022 Agihan Tabung Haji Zakat Ikuti telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini Malaysia serta maklumat mengenai bantuan serta kerja kosong kerajaan dan swasta.

Maklumat Dividen Tabung Haji 2022 Pengiraan agihan keuntungan tahunan 2022 didasarkan pada purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, seperti pengiraan pada tahun-tahun sebelumnya. Agihan keuntungan 2022 akan dikreditkan ke akaun pendeposit selepas TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.
Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 melalui pelbagai platform termasuk THIJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic, dan AmBank Islamic.
Namun, urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula pukul 8 malam hari ini sehingga pukul 12 tengah hari esok bagi melancarkan urusan pengkreditan agihan keuntungan. Agihan keuntungan ini adalah satu bentuk ganjaran kepada pendeposit TH yang menyimpan wang mereka dalam akaun Tabung Haji. Ia menunjukkan bahawa TH berjaya dalam menguruskan dana pendeposit dan memberikan keuntungan yang baik kepada mereka.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023 Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2023:
Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
Kadar Dividen TH 2023 (Bagi Tahun Kewangan 2022)
TH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Kadar keuntungan TH berbanding deposit tetap adalah seperti dalam infografik di bawah:

Agihan keuntungan TH tahun 2022 ini boleh disemak bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 melalui saluran berikut:
Semakan dividen TH melalui THiJARI Kaunter-kaunter Tabung Haji Saluran elektronik
Tarikh Semakan Dividen Tabung Haji 2023 Tarikh pengumuman dividen Tabung Haji biasanya dibuat pada bulan Februari / Mac tahun kewangan berikutnya. Namun bagi tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkannya pada 28 April 2023. Ia selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.
Sebelum ini, agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal. Keputusan itu mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank THiJARI ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023 Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021 / 2022 secara online melalui portal THiJARI:
Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my. Masukkan login ID yang telah didaftarkan. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’. Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2021 (seperti dalam gambar di bawah).

Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 Untuk makluman, bagi tahun lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Agihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit. TH memperuntukkan RM107 juta untuk melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tahun 2021. Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021. Jumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah THselama 59 tahun.
Pendeposit Tidak Perlu Lagi Bayar Zakat Setelah Menerima Dividen Tabung Haji Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.
“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.
Penutup Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH dapat membantu mereka diluar sana.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/04/dividen-tabung-haji-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Mengumumkan Dividen 3 10 Untuk Tahun 2022

Tabung Haji Mengumumkan Dividen 3 10 Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 224 hits
Hari ini Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan dividen atau agihan keuntungan iaitu sebanyak 3 10 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 Nilai ini kekal seperti tahun 2021 yang lalu dan kali ini bakal dimanfaatkan kira kira 8 7 juta ...
Pengumuman Dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2022 2023

Pengumuman Dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2022 2023

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 355 hits
BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2022 Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji Pengumuman Dividen Tabung Haji paling lambat dalam sejarah akhirnya terjawab dengan berita pagi tadi Biasanya dividen akan diumumkan dalam bulan Februari Tapi tahun...
Buka Akaun Tabung Haji Online Simpan Duit Raya Anak Mudahnya Ikut Langkah Ibu Ni Kongsi

Buka Akaun Tabung Haji Online Simpan Duit Raya Anak Mudahnya Ikut Langkah Ibu Ni Kongsi

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 266 hits
Dekat mana nak simpan duit raya anak anak Ada yang memilih untuk menyimpan di ASB namun ada pula yang memilih untuk ke Tabung Haji dan sebagainya Tak perlu ke bank tip langkah demi langkah secara atas talian yang dikongsikan oleh ibu ini me...
Cara Daftar Haji Dengan Deposit Dalam Akaun Tabung Haji

Cara Daftar Haji Dengan Deposit Dalam Akaun Tabung Haji

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 207 hits
Cara Daftar Haji Dengan Deposit Berapakah jumlah deposit yang diperlukan untuk daftar pergi haji jika seseorang itu tidak memiliki simpanan KWSP Anda boleh mendaftar haji dengan deposit sedia ada dalam akaun tabung haji di mana baki dalam a...
Cara Semak Kembali Keputusan Stam 2022 Jika Anda Gagal

Cara Semak Kembali Keputusan Stam 2022 Jika Anda Gagal

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 293 hits
Cara Semak Kembali Keputusan STAM 2022 Jika Anda Gagal Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2022 akan diumumkan pada 18 April 2023 Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah boleh mendapatka...
Sepanjang 2022 Bri Danareksa Sekuritas Rampungkan Transaksi Rp100 Triliun

Sepanjang 2022 Bri Danareksa Sekuritas Rampungkan Transaksi Rp100 Triliun

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 123 hits
BRI Danareksa Sekuritas berhasil merampungkan berbagai proyek strategis Perusahaan di Indonesia sebagai Lead Financial Advisory Sepanjang tahun 2022 total nilai transaksi yang telah diselesaikan lebih dari Rp100 triliun
Potret Rumah Ke 5 Haji Malih Halamannya Luas Boiyen Dan Dede Sampai Melongo

Potret Rumah Ke 5 Haji Malih Halamannya Luas Boiyen Dan Dede Sampai Melongo

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 204 hits
Nama Malih Tong Tong atau Haji Malih begitu populer di dunia komedi tanah air Haji Malih sering tampil di berbagai program komedi bersama Haji Bolot Terbaru Boiyen dan Dede berkesempatan untuk berkunjung ke rumah Haji Malih Rumah Haji Malih...
Worldskills 2022 Is A Vivid Demonstration Of The Competencies Of Our Youth

Worldskills 2022 Is A Vivid Demonstration Of The Competencies Of Our Youth

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 180 hits
image content A generated by theme end A Students from Castanay are competing with their peers in France and South Korea as part of the WorldSkills 2022 international championship More than 1 400 participants from 60 countries and regions t...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025