Terkaitnya Kita Karya Sulung Syaz Eym
Pin! pin! pin! bunyi hon motor. Disambung pula dengan Assalamualaikum...Kalau dah hon macam tu, siapa lagi kalau bukan abang pos laju. Takpun courier J&T, LEL Ekpress courier yang biasa naik motor. Sejak terlajak rajin shopping online ni dah boleh hafal waktu jadual waktu courier hantar barang.
Kebetulan husband off day, tak payah nak ready awal tudung ekpress dan cardigan. Senang bila ada suami, bunyi hon je terus keluar ambil parcel. Sebenarnya memang dah ready tunggu parcel sebab ada beli barang.
Dah ambil, suami hulurkan parcel.
Isteri : eh, apa ni? Salah barang ke. Macam lain je.
Suami : Macam buku je.
Isteri : Buku? Siapa pula bagi buku
Bila buka, Ohhhh Kak Syaz rupanya yang bagi. Baru teringat Kak Syaz ada minta alamat. Tak sangka pula Kak Syaz nak bagi karya sulung dia "Terkaitnya Kita".
Terasa sangat bertuah dapat novel pertama Kak Syaz yang baru keluar di pasaran ni. Fresh from kilang cetak okay! ailebiu Kak Syaz. Kalau nak tahu, Fiza bukan seorang pencinta novel. Novel melayu yang Fiza pernah beli sendiri "Bukan kerana aku tak cinta".
Itupun terjebak sebab masa tu fenomena Jebat dan Mas dalam Drama Bukan kerana aku tak cinta. Jangan main-main sebab drama boleh terminat baca novel. Kes tak sabar nak tahu ending drama tu. Kemahenn..
Lepas tu sepi tak baca novel lansung, waima novel online pun. Tapi jadi minat baca novel online hasil penulisan Kak Syaz. Bukan hanya sekadar blogwalking tapi mengikuti setiap kali Kak Syaz update.
Jujur cakap, seronok membaca semua cerita Kak Syaz dengan gaya penulisan yang menarik. Bila dapat hard copy karya sulung Kak Syaz "Terkaitnya kita" ni rasa macam berbesar hati sangat. Good job Kak Syaz!
Tahniah berjaya menghasilkan penulisan bercetak yang pertama. Dan of course berjaya membuatkan Fiza minat baca novel. Satu kejayaan juga mungkin.
"Percayalah, sesungguhnya semua kisah-kisah hidup ini ada perkaitannya. Sama ada kita percaya atau pun tak saja"Ya, sangat setuju dengan kata-kata tu. Sememangnya kisah kita saling berkait antara satu sama lain secara kebetulan atau tidak.
Apa Yang Ada Dalam Terkaitnya KitaHatiku ada kamuSeperti yang awak mahuGalasJunSelesaiPesona FitraAntara duaDemi restuPerlu kembaliTaufan dalam hatiHikmah isu iniMerungkaiSejujurnya aku
Sebahagiannya ada yang Fiza dah baca. Jalan cerita teratur mudah faham dan plot twist yang tak terduga. Terhibur membaca. Semacam excited bila kau dah lama tak membaca novel, dapat pula novel yang best
Dan satu rezeki juga dapat hard copy cetakan pertama. Lain macam feel membaca dia. Lagi feel orang kata
"Satu cerita, banyak episodnya. Begitulah hidup ini, pelbagai rasa, pelbagai warna. Kerisauan, kehilangan, kekecewaan, penyesalan akan berselang-seli dengan kebahagiaan dan gelak tawa yang sesungguhnya memberikan pengalaman dan pengajaan meniti kehidupan."- Syaz EymNota kaki dari penulis Syaz Eym.
Tahniah sekali buat Kak Syaz Eym, Syazni Rahim Blog (www.syaznirahim.com) atas kelahiran karya sulung cetakan pertama dah keluar di pasaran. Teruskan menulis dan semoga berjaya mencetak banyak lagi karya-karya yang menarik seterusnya. I'm happy for you kak
Terima kasih sudi kirimkan novel ni untuk Fiza. Sangat-sangat suka dan hargai pemberian Kak Syaz ni. Semoga dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan dan berpanjangan. Aaaminn..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/terkaitnya-kita-karya-sulung-syaz-eym.html