Terjerit Jerit Macam Kongkang Fakta Ke Laut Ingat Orang Zaman Ni Bodo Kah


Zamri Zainal Abidin.. 


 Suara pagi


"PMX tidak henti-henti berjalan (makan angin) dengan jet peribadi milik kerajaan."






Begitulah, secara mudahnya maksud ceramah seorang tok guru mengutuk aktiviti Dato' Seri Anwar Ibrahim yang selalu ke luar negara satu lepas satu. Dikuatkan lagi kutukannya itu dengan mengatakan dakwaannya itu berasaskan 'fakta'. Suaranya yang terjerit-jerit itu menunjukkan kotak fikirnya memang yakin seratus persen apa yang didakwanya itu betul dan benar. Saya tidak pelik kerana sejak kenal tok guru itu di Mesir dahulu pun memang begitulah gayanya berceramah. 


Apakah benar dakwaannya satu fakta? Pada saya, berfikir bahawa PMX ke luar negara untuk makan angin itu pun sudah di luar akal sihat. Cuba teliti beberapa perkara mudah untuk kita 'menilai' aktiviti PMX.


1. Ketika ke luar negara PMX jarang ke luar bersama-sama isteri tercinta, Kak Wan Azizah. Bahkan satu moment yang sesiapa pun menyaksikannya akan terharu. Kak Wan menunggu di KLIA memyambut suaminya dengan reaksi rindu yang mendalam.


2. Tidak pernah ada dalam agenda lawatannya sesi padang golf dan seumpamanya. Sebaliknya ruang riadah beliau adalah dengan 'bris walk' di sekitar hotel penginapannya dan pernah dilakukan pada malam hari bersama-sama para delegasi. PMX terkenal seorang yang istiqamah dalam mengeluarkan peluh maka sebab itulah beliau sentiasa cergas pada usia 77 tahun.


3. Aktiviti rasmi sama ada mesyuarat, sidang akhbar, majlis tandatangan persefahaman dan tidak ketinggalan ceramah kepada khalayak akademik dan mahasiswa di universiti yang terlalu padat dalam sehari. Anggaran lima aktiviti sehari ketika berada di luar negara adalah lumrah. Tidak ada langsung masa untuk riadah yang tidak bermakna.


4. Setiap kali ke luar negara, antara aktiviti yang tidak ditinggalkan ialah pertemuan dengan golongan ilmuan Islam di negara terbabit. Kesungguhan dan konsisten PMX dalam aktiviti ini apabila beliau tidak kekok menyantuni dan berucap di hadapan khalayak mereka. PMX bukan dari kalangan ulama', tetapi idea dan cetusan pemikiran beliau sentiasa malar segar dan diterima baik oleh ulama' di luar negara. Mungkin standard mereka yang mengaku ulama' di Malaysia terlalu tinggi untuk menerima dan menghadam ucapan dan cetusan idea PMX. 😄


5. Demi tugas PMX berkorban kepentingan peribadinya seperti mana beliau tidak mengambil gaji sebagai seorang Perdana Menteri. Pada masa ini PMX sudah mendarat di Vientiane, Laos untuk sidang Kemuncak ASEAN 44-45, sedangkan baharu semalam kita dikejutkan dengan berita Kak Wan dimasukkan ke hospital dan masih berada di bawah pengawasan para doktor di Hospital Sultan Idris Shah. Apakah betul pemikiran kita untuk beranggapan PMX gemar sangat makan angin sehingga sanggup meninggalkan isteri tercinta yang masih di hospital? Nauzubillahhi, semoga dijauhkan daripada pemikiran songsang seperti itu.


Selamat bertugas demi rakyat PMX, semoga Kak Wan segera sembuh dan kembali cergas beraktiviti untuk rakyat seperti mana biasa. Semoga Allah SWT memberkati dan memberikan inayah kepada kalian berdua. Rakyat Malaysia banyak terhutang budi kepada PMX dan Kak Wan. Aamin. 


https://www.facebook.com/share/p/15gLKJPbQy/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/terjerit-jsrit-macam-kongkang-fakta-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Selalu Ingat Anak Bongsu Manja Sebenarnya Tak Mudah Macam Disangka

Orang Selalu Ingat Anak Bongsu Manja Sebenarnya Tak Mudah Macam Disangka

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 146 hits
Orang selalu ingat anak bongsu manja sebenarnya tak mudah macam disangka Menjadi anak bongsu dalam keluarga tidak selalu membawa kebahagiaan seperti yang sering digambarkan Malah ramai anak bongsu mengalami tekanan emosi dan perbandingan ya...
Alat Sukatan Zaman Dahulu

Alat Sukatan Zaman Dahulu

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 210 hits
Pada masa dahulu kebanyakan bahan jualan disukat menggunakan gantang termasuklah jual beli beras rempah dan sebagainya Ukuran gantang adalah yang paling besar Untuk sukatan kecil digunakan kepul atau dipanggil juga pot Sukatan lebih banyak ...
Relevankah Penulisan Blog Pada Zaman Kini

Relevankah Penulisan Blog Pada Zaman Kini

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 219 hits
Dulu blog adalah tempat di mana kita menulis berkongsi cerita atau sekadar meluahkan pendapat Tapi sekarang dengan kewujudan pelbagai media sosial yang lebih menarik seperti TikTok yang penuh dengan video viral dan Instagram yang lebih foku...
Zaman Najib Ada Tapi Dakaw Dan Tak Pulangkan Sebab Tu Gagal

Zaman Najib Ada Tapi Dakaw Dan Tak Pulangkan Sebab Tu Gagal

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 186 hits
GST ni satu isu yang tak mampu nak faham takkan faham tak mahu faham atau tak akan mahu faham Bila sentuh je bab GST laju dorang puji Najib Terus ulang ayat GST ni memang sistem percukaian yang cekap Yang biasa ikut penulisan aku dari dulu ...
Zaman Pn Baiki Umah Pm Dulu

Zaman Pn Baiki Umah Pm Dulu

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 180 hits
Miqdad ZakariaAlhamdulillah Untuk anak selesa di Sekolah zaman PN dulu benda pertama dibuat baiki rumah Perdana Menteri RM38 5juta Beli kereta kalis peluru RM1juta Zaman covid Dua cara berfikir berbeza
Abang Ingat Sabari Sibuk Rupa Rupanya Hilang

Abang Ingat Sabari Sibuk Rupa Rupanya Hilang

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 154 hits
Oleh Syeikh Baran Abang mangsa pembunuhan Sabari Baharom sebak apabila ditanya tentang perbuatan kejam suspek sehingga sanggup mencampakkan pesara Felcra itu ke dalam Sungai Padang Terap Wang Tepus di sini Ismail 69 berkata dia hilang kata ...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib