Terjah Food Villa Hatyai 1 Stop Centre
Aduiii tak habis lagi story cuti-cuti ke Hatyai, Thailand bulan lepas..K.fiezz ooo k.fiezz..Busy bebenor tu..hehe..Okey jom sambung..Sebelum story day trip kitaorang kat sini, meh nak citer dulu tempat yang kitaorang terjah kat Hatyai, Thai ni..Ke mana kitaorang ney?
Tadaaaa....Food Villa Hatyai!!Masa ni k.fiezz tak tahu pun adik ipor nak bawak ke sini. Dia cakap nak pi cari kasut je..K.fiezz asalnya malas nak ikut..Tapi mak mertua joint sekali, okey lah..Ikut jugakkkk...Memandangkan masa ke sini, mr hubby kena kerja jugak dari hotel so k.fiezz memang berjalan ikut family mertua je..
Kat Food Villa Hatyai ni macam 1 stop centre. Semua ada kat sini..Kedai kasut, Uniqlo, Food Villa (food court) lah senang cerita..Eh banyak lah kat sini..Tempat dia memang besar, luas..Semua ada kat sini..Cuma panaih lit lit je weiiii..Nasib lah ada buggy car..Agak dah penat berjalan, kitaorang tunggu buggy car lalu..haha...
JOM TERJAH FOOD VILLAMenarikkk kat sini...Macam-macam ada..Nak beli souvenir pun ada kedai kat sini. Siap terima duit Malaysia lagi. Tapi kitaorang tak masuk..Tengok dari luar je.. Cuma temankan adik ipar bawak anak dia cari kasut.
Luassss weiii tempat ni...Panaih lit lit satu hal..Sila lah bawak payung kalau tak tahan panaih..K.fiezz dah risau je sakit kepala..Maklum lah sejak dah berusia ni, tak tahan kena panaih..Mula lah migrain sibuk nak singgah.
Kat sini kitaorang masuk kedai kasut, Uniqlo, kedai mekap & food villa..Eh tak lupa Lotus pun ada jugakkkk..Masa kat sini nampak public toilet ...Cantikkk tengok dari luar tapi k.fiezz tak masuk..Elok pula tak nak terkencing ke apa. Biasa lalu je tandas, mesti nak singgah...hehe...Masa kat sini pundi kencing ni behave pulak..haha..
Dalam food villa..Cari lah makanan apa yang nak..Kat sini, nak cari makanan halal tengok yang ada signboard HALAL..Biasanya ada je..Cuma kena extra alert sikit mata tengok..
Kedai kasut yang adik ipar singgah nak cari kasut untuk anak dia..Tapi tak ada saiz pulakkk..Kalau tak silap...Kedai souvenir yang terima duit Malaysia, depan je kedai kasut ni.
Nasib ada buggy car ni..Penatttt + panaih lit lit jalan kaki dalam ni..
Kedai jual barangan mekap..Rasanya kat sini tak nampak yang ada offer pun..So just cuci mata je lah..
Menu pilihan..Pad Thai.
Rasa dia boleh lah..K.fiezz tak perah pun limau tu sebab lepas makan risau nak tercirit..So makan dengan sos je. Nasib lah ada sos..Kalau idak, tak ada rasa..Teh ais tu ingat-ingat lupa rasa dia..Macam kurenggg sikit, kalau tak silap..
Wajib lah kan..Nak juga ber wefie sebelum makan..
Auchhh with beloved mother in law..
Ni depan Uniqlo..Biras k.fiezz ada beli seluar kat sini..Murah sikit harga dia dari kat Malaysia kata biras k.fiezz..Sis tak beli ke?Cuci mata je..Nak beli tapi mr hubby tak follow sekali..Dia stay kat hotel..Ada kerja..
Overall trip ke Food Villa Hatyai ni, menarik sebab one stop centre. Macam-macam ada kat satu tempat..Lepas tu cantik, luas cuma panaih je lah..Selain dari tu, untuk cuci mata jalan-jalan memang sangat lah okey..Pi bercuti kan, so kita explore tempat orang...
Pssttt - Suka tengok environment kat Food Villa Hatyai ni...Luas, cantik, kemas...Sedap mata memandang...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/11/Terjah-Food-Villa-Hatyai-1-Stop-Centre.html