Terimbau Kenangan Ke Bukit Tinggi Indonesia
Assalamualaikum.
Cik Nor kalau nak cerita pasal travel memang tak banyak la sebab Cik Nor jarang travel jauh-jauh. Paling jauh pun ke Padang, Indonesia. Itu pergi dengan kawan kaki travel. Kebetulan pulak tiket kapal terbang memang murah yang amat. Cik Nor apa lagi lagi, terus sahaja on bila kawan offer. Nak buat macam mana Cik Nor ni bukan tahu sangat bab-bab travel ni. Tambah-tambah ke luar negara memang fail la.
Kalau masa Cik Nor travel dulu tak banyak travel agency yang tawarkan perkhidmatan percutian ke luar negara. Kalau nak pergi pandai-pandai lah cari maklumat dalam internet. Kalau rezeki menyebelahi kita, kita akan dapat bercuti dengan aman. Kalau sebaliknya banyak kita kena berhabis. Tapi kalau korang memilih Arba Travel percutian ini korang akan lebih lancar dan indah.
Bercuti ke luar negara ni banyak perkara yang nak kita kena ambik tahu. Bermula dari menempah tiket kapal terbang, tempat penginapan, tourist guide dan macam-macam lagi. Perancangannya biasanya mengambil masa yang lama. Di Arba Travel semua ini tidak berlaku kerana perkhidmatan mereka meliputi keseluruhan pakej yang ditawarkan. Kita hanya perlu membayar kos yang ditawakan dan semua mereka akan uruskan dari hari kita berlepas hingga ke hari kita kembali semua.Macam Cik Nor dulu terpaksa mencari sendiri tourist guide dan tourist guide tu kami kena bayar mengikut tempat yang kami ingin pergi. Bila berhenti makan, kami akan membayar makan dia sekali. Banyak juga kena keluar bajet lain walupun sesetengah telah kali settle kan sebelum berlepas ke luar negara. Tidak dinafikan bila bercuti tanpa perkhidmatan travel agency kita terpaksa menyediakan bajet sampingan semasa kita berada di sana. Mana tidaknya ada yang perlu kita bayar tanpa diduga.
Memang jauh perbezaannya kalau kita bercuti sendiri dengan menggunakan perkhidmatan travel agency. Perbelanjaan lebih jimat dan keselamtan kita terjamin kerana kita berjalan dalam kumpulan tidak bersendirian atau berdua. Arba Travel menyediakan itinerary khusus bagi setiap destinasi yang korang inginkan. Selain itu juga mereka juga menyediakan tourist guide yang mesra dengan pelancong terutama dari Malaysia.
Tempat penginapan juga kadang-kadang menjadi masalah bila kita travel sendirian. Mana tidaknya, kalau cari yang murah dan jauh dari bandar kita kena bayar lebih untuk pengangkutan. Bila cari dikawasan bandar harga nya boleh tahan mahal . Kalau dengan ArbaTravel kita boleh memilih untuk menginap dimana mengikut bajet yang kita mampu. Malah pengangkutan juga di sediakan oleh mereka. Jadi kita perlu pening untuk memikirkan tentang tempat penginapan dan juga pengangkutan. Semuanya terpulang kepada kita. Kita selesa untuk menggunakan private bus yang disediakan ataupun untuk menaiki pengangkutan awam.
Dulu masa ke Cik Nor ke Padang, Indonesia tempat makan tak menjadi masalah kerana majoriti rakyat Indonesia beragama islam tapi perlu berhati-hati juga. Tapi bila kita ke negara lain kita perlu mencari sendiri tempat makan yang halal dan kadang-kadang tu susah juga nak jumpa kalau tempat tu kita pertama kali sampai. Dengan Arba Travelitu tidak menjadi masalah kerana kita akan dibawa ke tempat makan yang halal malah sesetengah restoren ada menyediakan makanan Malaysia.Bab-bab membeli cenderahati ni Cik Nor tak ambik tahu sangat sebab ikut mood nak membeli ke tak. Tapi kalau masuk mana-mana kedai cenderahati niat dihati hanya untuk melihat sahaja tapi ada pulak yang memaksa, memang hilang mood nak membeli. Tapi dengan tourist guide Arba Travel mereka tidak membawa kita ke tempat-tempat seperti itu.
Kemain panjang Cik Nor bercerita pasal pengalaman lama travel dengan kawan telupa pulak nak bagitahu korang dengan Arba Travel korang boleh dapatkan servis visa Australia murah RM20. Pilihan ditangan korang, mana yang baik untuk korang travel.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2019/09/terimbau-kenangan-ke-bukit-tinggi.html